CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2827|Reply: 31

Fahrin Ahmad Mahu Pelakon Berusia Diberi Peluang Jadi Watak Utama

[Copy link]
Post time 26-7-2022 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Fahrin Ahmad berpendapat pelakon berpengalaman, berusia atau matang juga perlu diberi peluang untuk melakonkan watak utama dalam sesebuah drama.


Fahrin, 43, berkata pelakon dalam kelompok seperti dirinya masih lagi mempunyai pengikutnya tersendiri.


Foto: IG




"Saya sudah lama memberi pendapat bahawa industri kita perlu ada drama yang menampilkan barisan pelakon yang lebih matang. Sebabnya sekarang ini saya tengok 'trend' lebih terarah kepada pelakon muda. Boleh lihat mereka yang menjayakan watak yang lebih matang dan seumpamanya.


"Jadi inisiatif untuk menghasilkan drama seperti Selamanya Suri Cinta yang menampilkan barisan pelakon yang matang seperti saya, Siti Nordiana, Faradhiya dan Sham Visa patut disokong.


"Saya percaya pada zaman platform Over-The-Top (OTT) ini seperti Netflix dan sebagainya, drama seperti ini tetap ada penontonnya. Ramai penonton berusia yang mahukan drama yang dibintangi oleh pelakon berpengalaman seperti ini," katanya.




  



Fahrin menjawab pertanyaan media mengenai mengenai drama terbaharu lakonannya, Selamanya Suri Cinta yang mengetengahkan empat pelakon berusia pada sesi temubual secara virtual, hari ini.


Berkongsi lanjut mengenai drama 20 episod terbitan Suhan Movies itu, Fahrin berkata dia agak kekok menjayakan watak antagonis, malah mendedahkan ramai peminat yang meluahkan rasa kurang selesa melihat dirinya menjayakan watak itu.




  



"Saya membawakan watak antagonis, suami yang jahat. Saya cuba menjayakannya dengan sebaiknya, walaupun ada yang memberi maklum balas, saya nampak kelakar membawakan watak sebegitu.


"Sedangkan saya sudah mencuba yang terbaik dan saya harap ia boleh diterima. Alhamdulillah ada juga yang boleh melihat sisi lain dalam lakonan saya kali ini," katanya.


Menurut Fahrin, dia tidak pernah memilih watak kerana percaya tawaran diterima berdasarkan permintaan syarikat penerbitan.




  



"Sebelum ini saya pernah menjayakan watak antagonis, tapi saya pernah menerima maklum balas apabila ada makcik-makcik yang tidak suka saya melakonkan watak sebegitu.


"Saya sentiasa terbuka untuk mencuba watak yang berbeza. Tapi memang watak yang selalunya diberikan kepada saya adalah watak baik," katanya.




  




Selain Fahrin, drama Selamanya Suri Cinta yang diarahkan oleh Zamri Zakaria dan nukilan skrip oleh Azilah Wahab, Ramlah Rashid, Hasnita Hamidi dan Haslizawaty Hassan turut menampilkan pelakon lain seperti Siti Nordiana, Sham Visa dan Farahdhiya.


Drama ini ditayangkan setiap Khamis dan Jumaat, jam 9.30 malam di TV9, mulai 15 Julai lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Carcosa at 26-7-2022 11:05 PM

Eh anak dia umur brp? Mcm cepat nau besar.
Nak tanya : Zaman platform over the top tu, gapo dio?

Edit : ok dah gugel

"Layanan Media Over The Top (OTT) adalah
layanan media yang ditawarkan langsung kepada penonton melalui Internet. OTT melewati platform televisi kabel, siaran televisi, dan televisi satelit; jenis perusahaan yang secara tradisional bertindak sebagai pengontrol atau distributor konten tersebut"
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 11:16 PM | Show all posts
masalah nya yang minat drama pukul 7 tu suka yang muda ..mada ada filem serius...semua pasal kahwin/ cinta ceo dan ada perempuan tak bertudung cuba rampas kekasih orang
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak… takkan watak budak kolej nak bagi kat pelakon senior? Awkward la teringat rosyam nor jadi Danish, Aaron Aziz jadi anak Maria Farida. Tak semua watak sesuai dengan pelakon senior. Kalau watak suami isteri okay la kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
plot datuk ceo megah holding bercinta dengan sekriteri muda pulak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mustaffa kamal tu relak je berlakon dari badan ketak ketak sampai bulat……
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2022 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisahla pelakon berusia ke apa janji cerita ok pelakon tak kayu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 07:19 AM | Show all posts
berlakon onlyfans je la bang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
I masih tak boleh move on masa FA kahwin, suka sangat dengan wife pilihan dia, wife dia pun tak gedik, rilex dan cool ja
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 07:38 AM | Show all posts
betul gak apa yg fahrin cakap..kadang ada watak yg tak sesuai dgn pelakon ..watak matang tapi pelakon tu muda yakmat..muka macam masih form 5 tapi  bawak watak pengarah syarikat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Rachel_Green replied at 27-7-2022 07:38 AM
betul gak apa yg fahrin cakap..kadang ada watak yg tak sesuai dgn pelakon ..watak matang tapi pelako ...

When I first became creative director I was 27……now 5 yrs on….I am runing few companies….

Ko ghaser?

Ko hidup dlm zaman batu bila?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 pn abg fahrin msh sedap utk ditonton dlm tv yachhh...berbanding hero kucing kurap yg statik je cara berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 07:58 AM | Show all posts
aina_shaira replied at 27-7-2022 07:22 AM
I masih tak boleh move on masa FA kahwin, suka sangat dengan wife pilihan dia, wife dia pun tak gedi ...

aku kalo bab ni mesti teringat kat si jering...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 08:03 AM | Show all posts
jalan cerita kena berat kalau nak bagi watak utama pelakon berusia ni..
takkan korang nak berlakon lagi stock2 kahwin paksa, ade ex-gf/bf yg cuba kacau rumahtangga sampai mcm takde orang lain yadaa yadaaa....

movie Bisik Pada Langit, telemovie Lebai Sampan... mengetengahkan Jalil Hamid as watak utama.
Untuk aku.. best. Untuk BBNU yg gemar Kpop dan acah2 air ruji starbucks mungkin whoareyous kan je...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok syam Danish pun kalau berlakon takmo jd watak skadar abah2 ceo megah holding ke apa dia mesti nak watak utama yg berbeza.
Cth jadi ketua penjahat ke, lelaki tua kawen ngn pompuan muda ke.
Kat malaysia ni asal pelakon tua dia akan pegang watak mak2/abah2 je hat mana berlakon sbb cari rezeki mmg sauk jelaa walaupun skrip asik sama je.
Tp yg golongan A biasanya lebih selektif, masalahnya malaysia ni kurang naskhah yg berkualiti balik sama2 je jln cerita.
Tp dengarnya kat viu byk drama2 yg bagus berbanding drama petang2 kat tb3 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
AshkieLa replied at 27-7-2022 08:03 AM
jalan cerita kena berat kalau nak bagi watak utama pelakon berusia ni..
takkan korang nak berlakon l ...

Betul
Drama RTM byk je senior jd hero
Jalil Hamid/Ahmad Tarmimi
Mcm telemovie Melissa Saila/Sabri Yunos
Elok je muka2 Sabri Yunos/Khir Rahman lead
Klu hadap drama TV3 pkl 7 mmg tak jumpa la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 08:52 AM | Show all posts
Yelah, producers pun buat drama-drama yg matang sikit, bukan drama bbnu ja. Asik asik drama suamiku la boyfriendku la,nyampahz
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 08:56 AM | Show all posts
kalau berusia si robot zul aripin tu jer yg producer suka
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 pun abam pahrin tetap salah sorang hero drama pkl 7 ptg pujaan weols zaman study dulu okeh...dulu petang2 satu rumah berkumpul depan tv tengok drama seindah sakura dgn rindu bertamu di abu dhabi....drama tv3 dulu2 best dari ptg membawak ke malam...hero2 dulu pun best mcm shah jazel, azlee khairi, adi putra, sein, aqasah, nazim...sekarang ni drama dengan pelakon 2x5 sendu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 10:05 AM | Show all posts
fahrin kena terima hakikat now org nak tgk hero2 level2 meerqeen ni utk drama

utk filim kalau ko power mcm beto ke.... adi putra ke xpe gak.. ini kau..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.062349 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list