Di sebalik kejayaan lagu Casablanca yang kini semakin popular dalam kalangan pendengar, penyanyinya iaitu Naufal Azrin turut berdepan dengan kecaman sesetengah pihak sehingga ada yang menggelarkan dirinya murtad.
Menurut Naufal, 23, kecaman tersebut disebabkan dia sebelum ini pernah tampil dengan kumpulan nasyid Zayne dan kini dilihat beralih kepada genre muzik berbeza.
Foto: IG
"Saya baca komen-komen yang diberikan oleh netizen, ada yang katakan saya murtad kerana sebelum ini menyanyi nasyid dan sekarang keluar dengan lagu Casablanca.
"Memang rasa tertekan juga apabila mendapat kecaman begitu, namun apa boleh buat? Kita tidak boleh nak tutup mulut orang lain, biarkanlah mereka nak bercakap.
"Mujurlah komen tersebut hanya di media sosial, jadi tidaklah memberi kesan sangat kepada saya.
"Sebagai penyanyi, rasanya saya perlu fleksibel. Kalau lagu sebegini boleh serlahkan bakat saya, apa salahnya untuk teruskan sahaja," katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, baru-baru ini lirik lagu nyanyian bersama Nuha Bahrin ini turut menjadi bualan ramai termasuk guru bahasa Melayu kerana dikatakan terdapat penyalahgunaan tatabahasa.
Menerima dengan hati terbuka pandangan semua pihak, Naufal juga tidak menolak isu tersebut menjadi faktor lagu nyanyiannya mendapat sambutan hangat.
"Lirik yang ditulis adalah luahan penulis. Jadi saya rasa sama ada degub atau denyut sama sahaja. Dalam lirik lagu juga dibenarkan untuk menggunakan apa sahaja perkataan yang kena dengan hati penulis.
"Setiap orang ada pendapat masing-masing. Saya terima semua yang diperkatakan untuk lebih maju ke depan," jelasnya.
Sementara itu, Naufal juga meluahkan rasa syukur apabila lagu ini berjaya meraihkan jumlah tontonan sebanyak 10 juta di Youtube dalam tempoh kurang sebulan dilancarkan.
Tidak memilih dalam soal pemilihan genre lagu, Naufal menyerahkan semuanya kepada syarikat pengurusan untuk menentukan hala tuju muzik yang bakal ditampilkan pada masa akan datang.
"Kami tidak meletakkan harapan untuk lagu ini jadi viral. Syukur dengan sambutan yang sangat baik sehingga berjaya mencecah 10 juta tontonan.
"Untuk pemilihan lagu selepas ini saya tidak tahu lagi kerana menyerahkan semua kepada pihak pengurusan. Terima sahaja apa sahaja jalan yang telah ditetapkan," ujarnya. -CARI
diraf yang dulu kononnya berdenyut kepala dengar lagu tu kat sana-sini pun hujung-hujung himpit kau jua dekk.. kau relax-relax jaa, pedulikan cakap orang.. janji dapur berasap vassss
Post time 27-7-2022 06:52 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ko tglkn jela nasyid tu dik. Jd faizal tahir sbg contoh.. Dlu alim2 je gaya nyanyi nasyid dgn mirwana. Pastu msuk genre lain.. Nah kauuh... Bukak baju superman terus mendoniaaa smp skang.. Mgkin jln seni ko pn mcm tu