CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7786|Reply: 85

Satu Malam Dapat RM10 Ribu Buat Live Tiktok, Ryan Bakery Tak Keruan Dapat Hadiah 'Singa' Dari Sultan Pemurah

[Copy link]
Post time 26-7-2022 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Siapa tidak kenal dengan pemilik nama Ryan Bakery iaitu sosok tubuh yang terkenal dengan sketsa mengimbau zaman kanak-kanak di TikTok.


Maka tidak hairanlah apabila dia menerima hadiah mahal yang bernilai ribuan ringgit daripada penonton ketika membuat sesi siaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini.


Momen tersebut bukan hanya mengejutkan Ryan tetapi turut membuatkan para netizen teruja sehingga mereka membuat kira-kira tentang jumlah hasil yang berjaya diraih TikToker itu.




Foto: via mStar




Ada yang menyatakan jumlah keseluruhan yang diperoleh dalam satu sesi itu adalah sekitar RM10,000.


Ia berikutan, kira-kira tujuh hadiah mahal seperti ‘singa’ diberikan sepanjang sesi tersebut berlangsung dan kesemuanya diperoleh daripada pemegang akaun Sultan Pemurah.


Selain itu, pemuda yang berasal dari Perak itu turut menerima hadiah-hadiah lain daripada pengikutnya di aplikasi berkenaan.




  



“Dalam video ni saja dia dapat nak dekat RM10,000.


“Seekor lion RM650 x 7 darab sendiri. Belum gift lain. Lebih RM10,000 gaji dia untuk satu malam.


“Lion harga RM1,500. Dia dapat RM125,000, so that means dia dapat semalam RM2,500. TikTok ambil 60 peratus daripada gift.




Foto: via mStar




Antara tujuh gift yang diberikan pemilik akaun Sultan Pemurah.


Antara tujuh 'gift' yang diberikan pemilik akaun Sultan Pemurah.


“29999 (coin) = USD460. TikTok ambil 66 peratus, baki USD157 Ryan dapat.


“Lepas dikira-kira hampir RM 7+++. Tak relaks,” ujar beberapa netizen.


Selain ingin mengetahui jumlah pendapatan yang diperoleh daripada gift tersebut, rata-rata netizen mula ‘menyiasat’ siapakah gerangan Sultan Pemurah berkenaan.


“Siapakah di sebalik sultan?


“Sapa sultan ni? Ramai juga TikTokers dia bagi gift lion.


“Sultan ni siapa... boleh kata banyak live yang dia bagi lion.


“Sultan sangat ni weh. Semalam dalam live Imran pun dia bagi macam-macam.


“Walau siapa pun sultan tu, semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki.. Biarlah sultan tu memberi tanpa dedahkan gerangan sendiri.


"Betul ke kerabat diraja JDT (Johor Darul Takzim),” aju beberapa netizen lagi sambil meminta supaya Sultan Pemurah turut mengikuti live mereka.


Mengakui terkejut dengan pemberian daripada pengikut, Ryan kemudiannya mengucapkan terima kasih dan berdoa semoga pemberi terus dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan.


“Thanks for the gift guy’s,” katanya sambil mengulangi nama Sultan beberapa kali selepas menerima beberapa hadiah lagi.


Di samping reaksi wajah yang terharu, dia menyatakan sesi live tersebut dibuat untuk menunjukkan permainan yang dimiliki dan bersembang santai bersama pengikut.


Dia turut meminta supaya Sultan Pemurah berhenti menghantar gift mahal seperti itu selain meluahkan kebimbangan jika ia dilakukan oleh kanak-kanak yang menggunakan akaun media sosial milik ibu atau bapanya yang telah syncing dengan kredit kad.


Terdahulu video perkongsiannya itu ditonton lebih 2.7 juta pelayar TikTok.


Dalam pada itu, menerusi posting video yang dimuat naik di akaun tunangnya bernama Farah, Ryan berkongsikan kisah gembira bahawa dia mendapat banyak gift.


Malah, dia turut menyatakan akan menghantar rombongan bagi melangsungkan majlis perkahwinan mereka berdua.


"Umi tunggu walid hantar rombongan kahwin ya," katanya ringkas sambil meminta tunang tidak menghubunginya buat sementara waktu kerana sedang bersiaran langsung.


Susulan video tular dia menerima hadiah mahal itu, seorang pelayar Facebook berkongsikan maklumat tentang nilai bagi setiap gift yang diterima Ryan.


“Ketika Ryan Bakery buat live kat TikTok dia, memang banyak orang bagi gift. Tapi yang biasa.


“Tiba-tiba ada seorang nama ‘Sultan Pemurah’ bagi gift singa pada Ryan. Bila saya check harga gift, RM1,049.90,” ujarnya di Facebook.


Menerusi hantaran yang sama dia turut memuji influencer berkenaan yang bijak memanfaatkan teknologi masa kini.


“Inilah untung bila pandai manfaatkan media sosial.


“Zaman yang kita kena cari peluang sebaik mungkin di media sosial untuk jana pendapatan dan personal branding,” tambahnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak lagi prefer bagi tip dalam cam4
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lerr baru tau tiktok amik 66% choiii

Iols rasa budak2 yg main tiktok ni takpun anak kayangan yg kesepian tp duit byk.

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
No wonder kak mah join tik tok
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:37 PM | Show all posts
ada orang kata sultan pemurah tu si kacak anak ds vida
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:45 PM | Show all posts
banyaknya portion yang tiktok amik. Amik sesikit je sudahlah tiber meols marah padehal tak main tiktok pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2022 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat awai artikel Sapa ygtidak kenal dengan bla3...?

Ramai kot tak kenai. Ingat hang tu penting sangat untuk dikenali ramai
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:50 PM | Show all posts
OO baru tau. Aku mula2 ingat pebenda gift ni.. Boleh wat duit.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 01:55 PM | Show all posts
belum kawen dah umi waled

geli pulak rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:59 PM | Show all posts
rosedemon replied at 26-7-2022 01:37 PM
ada orang kata sultan pemurah tu si kacak anak ds vida

bukan..ada vid ryan sembang dgn sultan pemurah tu..anak tido sebelah katanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa tak kenal? ..

Iols tak kenal dekkkk.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertengok tiktok yang mak dia suap nasi & sayur tu. Luas betul lubang hidung. Tu je nak cakap kbai
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
takde tiktok dan tak kenal.
bila nak kayanya main tiktok kalau 60% amek dek tiktok. mcm singa tu kalau ikutkan dia dpt rm125k, tp dek peras di tiktok dpt rm2.5k je.
yg dok gelek2 kat tt tu agaknya dpt brp sen je semalam?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:06 PM | Show all posts
current favorite tiktokers iolls

tapi tak pernah join live TT ni, semak

style macam bigo punya live
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:13 PM | Show all posts
folow dia kt ig
video2 yg dia buat mengimbau kenangan zaman kekanak terkinja, mmg best
menghiburkan dan menceriakan hari2 gituuu.. ke aku je yg mudah terhibur hahahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru pecat seorang pekerja nie..sibuk nak TikTok live Masa kerja senantiasa ..elok pulak rakan2 live dia tu pun pekerja2 gomen .Tak pulak kena tindakan undang3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 03:41 PM | Show all posts
haaa jgn esok bila nak fofular budak ryan ni poyo pulak. selalu org dah jd influencer ni gituuu...sebab dah glamor khenn
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:44 PM | Show all posts
iols ingatkan ryan utube nak unwrap toys.. ryan tuh glamer la.. hat ni iols tak kenai..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorang collegue iolls ni masa duty siap boleh buat tiktok live berjam² pulak tu. Mmg la bos iolls tak ckp pape sbb duty ikut giliran attend customers, tapi tak appropriate la. Time kerja kot. Masa tak duty time lain tu ko buat la berbelas jam pun.
Mengikut kata dia kena kejar every week punya target brp jam seminggu kena live. So dpt la give² yg followers dia bagi. Kdg sebulan cecah jgk 400+ usd. Agaknya sbb tu la semua mengejar buat live tiktok ni kot. Easy money. Ko borak la pape janji live capai target brp jam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:47 PM | Show all posts
hahaha... br tau pasal tiktok hahaha

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 160936 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28
Murung lepas bapa meninggal remaja usia 16 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kondo
RalineMurung lepas bapa meninggal remaja usia
Views : 17585 Replies : 7
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26009 Replies : 9
Jefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan pada jari
RalineJefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan
Views : 12397 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.052020 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list