View: 1775|Reply: 14
|
Ramai Persoal Apa Kelayakan MK K-Clique Sampai Diangkat Jadi Ikon Pelajar?
[Copy link]
|
|
Sejak kebelakangan ini isu mengangkat golongan selebriti atau pempengaruh media sosial sebagai ikon atau duta menjadi perdebatan apatah lagi jika ia untuk memberi inspirasi kepada golongan remaja.
Menyedari tentang perkara itu, penyanyi rap MK memberitahu tanggapan itu bukan sesuatu yang dapat dielakkan apatah lagi setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Foto: IG
"Saya tahu ada yang pertikaikan penglibatan saya sebagai duta kerana bergelar artis. Saya bukan manusia sempurna namun bersyukur diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ikon.
"Saya sendiri telah membuatkan ibu bapa berasa bangga kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Ilmu adalah sangat penting untuk semua orang kerana itu adalah salah satu tujuan hidup.
"Alhamdulillah kehadiran saya juga diterima baik dan saya melihat ini juga platform terbaik untuk menyebarkan perkara positif," katanya kepada mStar.
MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, berkata demikian ketika ditemui pada majlis Kejayaan Pelajar Cemerlang SPM 2021 PTTI yang mana dia merupakan salah seorang ikon bagi pusat tuisyen atas talian tersebut.
Untuk rekod, MK yang juga anggota kumpulan K-Clique mempunyai diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah.
Bercakap mengenai penglibatannya dengan PTTI, MK melihat ia satu penyebab untuk dirinya berubah menjadi insan lebih baik memandangkan dirinya merupakan ikon golongan pelajar sekolah.
"Ini tahun kedua saya dilantik sebagai duta, ia banyak mengubah diri saya menjadi insan lebih baik. Saya perlu menjadi ikon kepada pelajar, disebabkan itu saya sentiasa perlu menjaga tingkah laku termasuk cara penampilan.
“Saya faham tugas sebagai ikon adalah untuk menjadi contoh kepada golongan pelajar. Saya banyak berkongsi pengalaman hidup supaya mereka bersedia untuk berdepan dengan pelbagai cabaran di masa akan datang,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, MK berkata tinggal berjauhan dengan keluarga merupakan antara pengorbanan terpaksa dilakukan apatah lagi ketika ini kesihatan ibu tersayang tidak mengizinkan.
Sebak mengenangkan ibu tercinta di Tawau, Sabah, dia bagaimanapun bersyukur kerana keluarga di kampung halaman memahami tanggungjawabnya untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur.
"Kalau bercakap tentang hal ibu, saya memang sedih. Saya hanya harapkan doa daripada peminat dan semua yang mengenali saya untuk sentiasa doakan syurga saya.
"Setiap orang ada pengorbanan tersendiri... untuk saya adalah terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga.
"Syukur Alhamdulillah, ibu saya memahami dan dia tahu anaknya ini merantau demi mencari rezeki. Setiap hari saya akan menelefon ibu di kampung dan minta dia doakan kejayaan saya," katanya.
Baru-baru ini tular rakaman memperlihatkan penyanyi rap itu pulan ke Tawau bagi menjenguk ibunya yang kurang sihat dan ia menjadi perbualan ramai apabila MK mengetuai bacaan doa buat ibunya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
xpela pejam sebelah mata sbb ko kacak dekkk |
|
|
|
|
|
|
|
Kacak kewwwww?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk jd ikon, boleh la mula dgn cntoh tidak memakai rantai seperti wanita ye Mk... |
|
|
|
|
|
|
|
dah macam muka budak ijat dah dia ni.
gigi tu kot? |
|
|
|
|
|
|
|
better lagi si MK ni dari yang siapa kejadah stoppa tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
so, berapa pointer heshe masa diploma dulu? matilah kepochi teringat saharul ridzwan yang suka flex result masa diploma. Diploma je pon kowser. Namun result heshe letop lah. Lagi satu si fizo omar yang ada diploma jah namun berangan nak wife educated pelbagai. Meols cannot brain yach. |
|
|
|
|
|
|
|
Mk ni budak pandai kat sabah katanya
Ok le tu |
|
|
|
|
|
|
|
Gigi tu...
Adoiii..ganggu betul mata aku ni..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la ada diploma.aku ingat dia bdk kelas belakang spm pun tk pass |
|
|
|
|
|
|
|
ai pun tgh cari belah mana yg menepati kriteria kacak tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmm..bole la ada diploma, pandai mengaji. |
|
|
|
|
|
|
|
teen_angelJB: Gigi tu...Adoiii..ganggu betul mata aku ni..haha gigi veneer je tuuu... ada duit boleh la buat
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 26-7-2022 09:49 PM
ai pun tgh cari belah mana yg menepati kriteria kacak tuh
Kacak keeee? |
|
|
|
|
|
|
| |
|