|
|
Peminat sukan bina badan dikejutkan dengan berita kematian Jerry Ward, 46, pada malam Khamis.
Bagaimanapun, punca kematian legenda sukan bina badan itu masih belum jelas.
 IG/Daily Star
Atlet legenda itu sempat menyiarkan video di saluran YouTube miliknya beberapa jam sebelum dia meninggal dunia.
Menurut Dave Palumbo dari Rx Muscle, Ward sebelum itu ada mengadu rasa sakit pada bahagian rusuk kirinya, .
Palumbo berkata, Ward menyangka dia berkemungkinan tercedera ketika membawa bagasi dan keadaan menjadi lebih teruk selepas dia menggunakan kerusi urut, lapor Daily Star.
Seorang rakan mereka turut menyarankan Ward untuk membuat pemeriksaan tetapi dia memutuskan untuk tidur, menurut Palumbo.
Berita kematian Ward disahkan oleh promotor, Gary Udit pada Jumaat (22 Julai) di laman Instagram.
Sumber: mStar |
|