CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1700|Reply: 19

Sukan Komanwel Birmingham 2022

[Copy link]
Post time 20-7-2022 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 20-7-2022 08:54 AM

Sasaran baharu enam emas di Birmingham

Oleh Sukhairi Thani - Julai 19, 2022 @ 5:45pm
sukhairi@nstp.com.my

url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]

MAJLIS penyerahan Jalur Gemilang yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah).


KUALA LUMPUR: Kontinjen Sukan Komanwel Birmingham 2022 diletakkan sasaran baharu enam pingat emas pada temasya empat tahun sekali itu yang dijadual berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan sasaran berkenaan dengan enam sukan diletakkan sebagai prospek utama bagi menjelmakan kilauan pingat emas diimpikan.

"Berdasarkan perkembangan terkini prestasi atlet negara, enam pingat emas yang disasarkan adalah daripada sukan akuatik terjun, angkat berat, badminton, gimrama, boling padang dan powerlifting.

"Sasaran itu adalah realistik berdasarkan beberapa faktor seperti penarikan diri pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dari menyertai Sukan Komanwel kali ini.

"Selain itu, kemalangan yang menimpa pemain skuasy negara, S Sivasangari juga menyebabkan sasaran pingat emas dalam acara beregu wanita terpaksa dikaji semula," kata Ahmad Faizal.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena majlis penyerahan Jalur Gemilang yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ini menyasarkan tujuh emas menerusi badminton (dua emas) manakala gimrama, boling padang, angkat berat dan skuasy serta powerlifting masing-masing satu emas.

Bagaimanapun, sasaran pingat itu mahu dikaji semula susulan penarikan diri jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia dan atlet skuasy wanita negara, S Sivasangari yang tidak dapat beraksi kerana terbabit dalam kemalangan.

Kontinjen Malaysia diketuai Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merangkap Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya akan dibarisi 105 atlet dan menyertai 14 jenis sukan termasuk empat sukan para.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Emas pertama Malaysia.

Terima kasih, Aniq!

Bravo angkat berat!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aniq memecahkan rekod Sukan Komanwel dalam saingan clean and jerk dengan angkatan 142 kilogram. #AWANInews #AWANI745
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2022 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 31-7-2022 03:08 AM

Syabas Malaysia!!

Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin berjaya mempertahankan pingat EMAS, kategori 61kg lelaki dengan angkatan keseluruhan 285kg di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Tahniah Aznil!

#MalaysiaBoleh
#B2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2022 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Syabas dan tahniah????

Komanwel 2022: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom raih gangsa acara keirin lelaki

-----------------------

Commonwealth-cycling : National track cyclist Muhammad Shah Firdaus Sahrom wins bronze in men's keirin

#CommonwealthGames
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 3-8-2022 05:55 AM

PINGAT PERAK PERTAMA MALAYSIA !

Tahniah buat Erry Hidayat apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara 71KG (L) selepas berjaya mengangkat bebanan 138KG dalam snatch dan 165KG dalam acara clean & jerk dan mengumpul 303KG seecara keseluruhan .

Keputusan Penuh Angkat Berat 71KG (L)
Sheuli Achinta (313KG)
Muhammad Erry Hidayat (303KG)
Shad Darsigny (298KG)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-8-2022 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 3-8-2022 06:34 AM

Tahniah! Pingat emas untuk Malaysia

Sukan Komanwel: Pasukan badminton campuran raih emas ketiga negara di Birmingham, tundukkan India 3-1.

Malaysia bangga

#Birmingham2022 #commonwealthgames

Badminton Association of Malaysia - BAM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2022 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah!!! Siti Zalina Ahmad Meraih Pingat Gangsa.

Lawn Bowls Perseorangan Wanita

#KontinjenMALAYSIA
#DemiMalaysia
#B2022
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Penampilan sulung membuahkan hasil di Sukan Komanwel buat atlet judo lelaki negara, Amir Daniel Abdul Majeed melakar sejarah untuk meraih pingat GANGSA ketiga negara dalam acara judo 73 kg.

Tahniah anak muda!

Kredit: Twitter Olympic Malaysia

#HarimauMalaya
#DemiMalaysia
#B2022
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2022 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Syabas Bonnie!

Malaysia raih pingat emas ke-4 ???? menerusi Bonnie Bunyau Gustin dalam acara powerlifting kategori lightweight lelaki.

Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau juga berjaya memecah rekod Sukan Komanwel dengan angkatan seberat 220 kg

#MalaysiaBoleh
#B2022
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2022 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Syabas dan tahniah kepada Atlet Terjun kelahiran Negeri Sabah (Gabriel Gilbert Daim) telah menaiki podium dengan memenangi Pingat Perak bagi acara Mens Synchronised 3M Springboard bersama pasangan Syafiq Putih di Commonwealth Games Birmingham 2022.

#SabahMajuJaya #msns #MelahirkanAtletBertarafDunia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 6-8-2022 07:14 PM

#Birmingham2022 | #RhythmicGymnastics

Terlepas pingat sebentar tadi untuk final Ball Apparatus tapi Izzah Amzan bangkit untuk menyumbang pingat Gangsa bagi acara Clubs Apparatus. Izzah mencatat 28.600 mata untuk kedudukan ke-3. Well done, Izzah! #B2022 #KamiTeamMalaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
#Birmingham2022 | #RhythmicGymnastics

EMAS untuk MALAYSIA daripada Ng Joe Ee! Dia berjaya meraih 29.700 mata bagi Ball Apparatus untuk mencipta kejayaan ini di penampilan pertama dia dia Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022. Tahniah Joe Ee!  #B2022 #KamiTeamMalaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2022 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
#Birmingham2022 | #Diving

NG YAN YEE 吴丽颐 dan Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan pingat Perak seterusnya buat Malaysia! Mereka mencatat 299.85 mata keseluruhan untuk berada di tempat kedua. Well done! #B2022 #KamiTamMalaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
#BHsukan #SukanKomanwel2022 Atlet gimrama, Ng Joe Ee menghadiahkan pingat emas kelima kontinjen negara pada temasya Sukan Komanwel selepas memenangi disiplin bola.

https://bit.ly/3BTM8Rk
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 07:54 PM | Show all posts
Selepas 11 hari mengerah keringat dan kudrat, Kontinjen Malaysia menamatkan cabaran di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dengan pencapaian membanggakan apabila meraih keseluruhan 7 pingat emas, 8 perak dan 8 gangsa.
Selepas berakhir kesemua acara sejak temasya berkenaan dibuka secara rasmi pada 28 Julai, Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 07:54 PM | Show all posts
Selepas 11 hari mengerah keringat dan kudrat, Kontinjen Malaysia menamatkan cabaran di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dengan pencapaian membanggakan apabila meraih keseluruhan 7 pingat emas, 8 perak dan 8 gangsa.
Selepas berakhir kesemua acara sejak temasya berkenaan dibuka secara rasmi pada 28 Julai, Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 07:55 PM | Show all posts
Sidang Media - Rangkuman Kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
sumber pautan utama:
https://www.facebook.com/Olympic ... os/1067826673857889



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 07:58 PM | Show all posts
Elok benarlah kalau kita based on the PC, sukan sukan yang tak pamerkan pretasi baik diberi intervention.

Ithink dah terlalu banyak and kerap dah  ahli forum , yg mengikuti perkembangan sukan sukan kegemaran mereka tak kiralah bermusim ke atau memang  konsisten ikuti perkembangan sukan dah kata ade something kena lakukan pada sukan terjun...

ni depa dah tengok kesannya,

dan suka renang...

memanah kali ni tak ada ye, okay ...

so lawn bolwl pun...

wow - tahniah yg pamerkan persembahan yg baik and boleh serap  tekanan terutamanya atlet gimrama.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 07:59 PM | Show all posts
Elok benarlah kalau kita based on the PC, sukan sukan yang tak pamerkan pretasi baik diberi intervention.

Ithink dah terlalu banyak and kerap dah  ahli forum , yg mengikuti perkembangan sukan sukan kegemaran mereka tak kiralah bermusim ke atau memang  konsisten ikuti perkembangan sukan dah kata ade something kena lakukan pada sukan terjun...

ni depa dah tengok kesannya,

dan suka renang...

memanah kali ni tak ada ye, okay ...

so lawn bolwl pun...

wow - tahniah yg pamerkan persembahan yg baik and boleh serap  tekanan terutamanya atlet gimrama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.150389 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list