CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 592|Reply: 0

Suami Cedera, Isteri Maut Langgar Babi Lintas Jalan

[Copy link]
Post time 15-7-2022 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Tukang masak maut apabila motosikal dinaiki bersama suaminya terlanggar seekor babi di Jalan Kampung Melaka berdekatan Surau Hidayah Kampung Melaka, kira-kira pukul 7.30 pagi ini.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Abdull Razak Osman berkata, Nor Hasmah Aidah Daud, 34, berasal dari Kampung Gulau meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.




Mayat mangsa yang meninggal dunia akibat kemalangan setelah motosikal dinaiki bersama suaminya terlanggar seekor babi di Jalan Kampung Melaka berhampiran Surau Hidayah Kampung Melaka, Sik pagi ini.





“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggangi suami mangsa, Khaifulrizan Abd Wahab, 44, datang dari arah Kampung Melaka menuju ke arah Gulau.


“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba seekor babi melintas dari sebelah kiri jalan ke sebelah kanan jalan di hadapan laluan motosikal terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurut Abdull Razak, akibat jarak yang terlalu dekat, motosikal mereka berlanggar dengan babi tersebut sebelum kedua-duanya tercampak di atas jalan.


Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di bahagian kepala kerana tidak memakai topi kaledar, manakala suaminya cedera dan luka di bahagian kepala.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Sik untuk dibedah siasat selepas mendapat keputusan ujian saringan Covid-19.


“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040841 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list