Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih sepanjang Ramadan
Oleh BERNAMA - Februari 22, 2025 @ 8:13pm
KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang Ramadan tidak lama lagi.
Arahan itu diumumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menerusi akaun X rasminya pada Rabu, sebagai sebahagian daripada garis panduan dan arahan kepada masjid bagi persiapan bulan Ramadan pada Mac ini.
Kementerian itu menjelaskan, larangan itu bertujuan untuk memastikan kesucian masjid, mencipta suasana yang kondusif bagi menjalani ibadah serta menjamin keselesaan jemaah.
"Kementerian juga menegaskan keperluan untuk menetapkan kawalan terhadap pemasangan kamera di masjid dan tidak menggunakannya untuk merakam imam serta jemaah ketika solat…," menurut kenyataan itu.
Arahan itu turut menyatakan bahawa imam bertanggungjawab memberikan kebenaran kepada jemaah, mengesahkan tiada pelanggaran dilakukan mereka, mengetahui maklumat berkaitan jemaah serta mendapatkan kelulusan penaja yang sah bagi bukan warga Arab Saudi.
Kementerian turut menekankan larangan mengumpul sumbangan kewangan bagi projek penyediaan iftar (berbuka puasa) dan lain-lain. Sekiranya terdapat penyediaan iftar, ia hendaklah diadakan di tempat yang disediakan di perkarangan masjid serta di bawah tanggungjawab imam dan bilal.
Pihak yang bertanggungjawab menyediakan iftar perlu membersihkan kawasan berkenaan sejurus selepas berbuka serta dilarang mendirikan bilik atau khemah sementara bagi tujuan itu, menurut kenyataan berkenaan.
Kementerian juga menggesa petugas masjid, termasuk imam, pendakwah dan khatib, untuk meningkatkan kesedaran agama dengan menerangkan keutamaan bulan Ramadan, hukum-hakamnya, galakan melakukan amal kebaikan serta kepentingan memanfaatkan keberkatan hari dan malam sepanjang bulan itu.
Pemeriksa masjid akan mempergiat lawatan lapangan bagi memastikan semua arahan kepada petugas masjid dipatuhi dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu. – BERNAMA
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 23-2-2025 02:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
asamfish replied at 23-2-2025 02:02 PM
ye. saya pun rasa mcm tu. annoying sgt dgn yg serba serbi nak tunjuk live/rakam masa beribadah. ...
Kalau yg live personal tu mmg wajib la dihalang..nak2 yg siap ade videografer mengikut sepjg berihram utk content..jijixx sgt kelaku mcm ni..xreti nak hargai moment beribadah..alasanya nak influence netizen benda2 yg baik
Post time 23-2-2025 03:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
adeqbun replied at 23-2-2025 12:37 PM
Ai rs bkn live media official ni...ni yg jemaah yg nak tunjuk live die jemaah kat mekah
Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang Ramadan tidak lama lagi.