View: 18993|Reply: 9
|
[Dunia]
Menteri Indonesia saran penduduk tanam cili hadapi kenaikan harga
[Copy link]
|
|
Menteri Indonesia saran penduduk tanam cili hadapi kenaikan harga
Oleh KOSMO!
22 Februari 2025, 5:52 pm
ORANG ramai membeli cili di Surabaya, 8 Januari lalu. - Foto AFP
JAKARTA – Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian menyeru penduduk untuk menanam cili kerana harga bahan mentah itu dijangka meningkat dalam bulan Ramadan, lapor portal berita Suara semalam.
Tito berkata, cili merupakan tanaman yang mudah dijaga dan cepat untuk mendapatkan hasil.
“Tumbuhan ini mudah ditanam dan ia mudah serta cepat dituai,” katanya ketika mengulas mengenai data Badan Pusat Statistik (BPS) yang menunjukkan kenaikan harga barang tertentu di beberapa wilayah pada minggu kedua Februari ini.
Sebagai contoh, Tito memaklumkan, harga cili merah meningkat di 196 daerah atau bandar, minyak masak di 166 daerah atau bandar dan harga gula pasir menaik di 148 daerah atau bandar.
“Barangan yang perlu kita waspada (kenaikan harga) adalah cili merah, minyak goreng, gula pasir, cili padi, dan bawang putih,” ujar Tito.
Saranan Tito itu bagaimanapun menerima kecaman ramai, termasuk pendakwah bebas, Gus Arifin yang menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.
Menurut Gus Arifin, tempoh masa untuk menuai cili adalah 75 hingga 80 hari sedangkan bulan Ramadan akan tiba kurang dua minggu.
“Biji cili jika ditanam hari ini, ia hanya boleh dituai dalam 75 hingga 80 hari lagi. Bagaimana menteri tidak boleh memikirkan perkara itu?” katanya di platform X.
Hantaran itu menjadi tular dan menerima ulang ciap daripada pengguna media sosial yang bersetuju dengan pendapatnya.
“Jika saya boleh tanam cili sendiri, semua jenis sayur akan saya tanam dan menternak pelbagai jenis haiwan. Saya juga akan menghasilkan tenaga elektrik sendiri dan bina negara sendiri,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sama mcm perangai menteri Msia...tanam sendiri kalau mahal... |
|
|
|
|
|
|
|
Saranan Tito itu bagaimanapun menerima kecaman ramai, termasuk pendakwah bebas, Gus Arifin yang menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.
Indon kalau nak yang toxic tak payah cari. Pemimpin di sana perlu next level punya kental.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa banyak warga yang mngecam ?
Itu terjadi karena adanya ketidak konsistenan antara perkataan dan perilaku pejabat-pejababt itu ...Mereka sering mengatakan atau menyerukan ..
Mari kita gunakan produk buatan lokal .. tetapi para pejabat itu malah lebih banyak memakai atau memamerkan produk impor.. |
|
|
|
|
|
|
|
Produk Impor, baru la tak Bifoti taste posh
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini harga santan plak nak naik. Kita tunggu muntri suggest tanam kelapa.  |
|
|
|
|
|
|
|
Patut menteri jwb..mkn kurma aja,bulan Ramadhan bukan pesta masakan, makan apa yg ada ja |
|
|
|
|
|
|
|
Dkt malaysia dh ramai petani yang buat tanam cili ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|