View: 10685|Reply: 3
|
Kekasih buat surprise pada Selena Gomez- Susun nachos atas lantai bilik mandi, isi sos cheese dalam tab mandi
[Copy link]
|
|
Kisah percintaan penyanyi Selena Gomez dan penerbit Benny Blanco kerap kali mengundang rasa kurang senang warganet.
Terbaharu, Benny, 36, sekali lagi mendapat kecaman netizen apabila melakukan kejutan buat Selena bersempena Hari Kekasih pada 14 Februari.
Menerusi perkongsian di Instagram, Benny dilihat menyusun kepingan nachos di atas lantai bilik tidur menuju ke bilik air bersama luahan cinta terhadap Selena.
Kejutan itu tidak terhenti di situ apabila Benny turut mengisi pencicah nachos iaitu sos keju di dalam tab mandi.
Benny juga menyediakan semanguk nachos untuk dicicah bersama sos keju tersebut.
Malah tanpa ragu Benny turut mencelup nachos ke dalam sos keju tersebut sebelum memakannya dengan penuh berselera.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata loya dengan sikap pengotor Benny.
"Pengotor! Tak terbayang kalau ada kotoran tersekat di tab mandi itu.
"Malang siapa yang akan membersihkan tab tersebut!," antara komen netizen.
Pada Disember 2024, Benny dan Selena akhirnya bertunang selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Meolls tengok si benny ni busuk & tak mandi..Tapi sayang betul dia dekat Selena |
|
|
|
|
|
|
|
Benny ni suka masak....Selena suka makan..
So mmg sesuai each other......perasan Selena Sukà org layan die makan..mcm bagun2 pepagi makan. Dah tersedia....best kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, betul pon tekaan SG si benny ni jewish. Btw, mcm mana dia berfikir kan. Kot gf x suka bunga, byk lagi cara lain nak buat suprise. Duit byk kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|