CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 811|Reply: 7

Nak 'Selfie' Punya Pasal, Pelancong Cedera Jatuh Dalam Kawah Gunung Berapi

[Copy link]
Post time 15-7-2022 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara ingin berswafoto, seorang pelancong Amerika Syarikat cedera selepas terjatuh dalam kawah Gunung Vesuvius, Itali.


Pegawai berkata, lelaki berusia 23 tahun itu dan keluarganya tiba ke puncak gunung berapi, yang berlatar belakangkan pemandangan menakjubkan ke bandar Naples dengan mengambil laluan yang dilarang.




Foto: Getty Images/NBC




Media Itali melaporkan, pelancong itu sedang mengambil swafoto di puncak gunung berapi setinggi 1,281 meter itu, apabila secara tidak sengaja dia terjatuhkan telefon bimbitnya itu.


Apabila telefon itu terlepas dari genggaman tangannya, dia turun ke kawah cuba mendapatkannya semula sebelum hilang keseimbangan dan jatuh beberapa meter.


Pemandu pelancong gunung terbabit, terpaksa turun ke dalam kawah untuk membantu menyelamatkannya, manakala polis dikerahkan dengan sebuah helikopter penyelamat


Pelancong itu yang mengalami luka dan lebam di lengan dan belakangnya dirawat.




Foto: Guide Vulcanologiche Vesuvio/NBC




Dia dan tiga ahli keluarganya kini berdepan dakwaan kerana menceroboh tanah awam.


Gunung Vesuvius terletak 9.6 kilometer dari Naples dan terkenal dengan letusan pada 79 tahun Masihi yang memusnahkan bandar Rom Pompeii serta membunuh 16,000 penduduk.


Kali terakhir ia meletus pada tahun 1944 dengan pakar mengatakan, ia menamatkan kitaran yang pada tahun 1631.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloknye bior meletus sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape tak.meletus masa.dia selfie je?kan senang...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 05:56 PM | Show all posts
Nasib ngkaw tak jadi pompeii. Gigih, yihh!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 06:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib hang la labu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyusahkan orangg. Herlokkk terbenam teruss jee dalam kawah apii tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 12:48 PM | Show all posts
Nasib baik umur masih panjang lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.055953 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list