CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10619|Reply: 110

Ali Puteh Diperdaya, Tak Dapat Bayaran Dan Faedah Sepanjang Jadi Duta Ayam

[Copy link]
Post time 15-7-2022 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Ali Puteh mendedahkan, dia tidak lagi mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat pembekal ayam selepas dilantik sebagai duta April lalu.


Menurut Ali,  keputusan itu dibuat kerana enggan namanya terbabit dengan skandal penipuan syarikat berkenaan terutamanya yang membabitkan hal bekalan ayam kepada peniaga dan pembeli.


Foto: IG





“Saya tidak mahu ada pihak yang berdepan dengan masalah apabila berurusan dengan syarikat pembekal itu selepas beberapa isu timbul.


“Terus-terang saya juga kecewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian antara saya dengan syarikat itu tidak berjalan seperti yang sepatutnya,” katanya.




Foto: via Utusan




Ali, 33, yang juga juri lokasi untuk siri jelajah Awesome Raja Lawak kesal kerana sudah memberikan sepenuh komitmen selaku duta namun tidak menerima sebarang bayaran seperti dijanjikan.


Tambah Ali, dia ralat kerana melepaskan beberapa tawaran bernilai puluhan ribu kerana mahu menumpukan perhatian sebagai duta dan usahawan ayam bersama syarikat itu seperti yang diminta.


  



“Saya terima tawaran kerana diperkenalkan orang seorang kawan yang memang saya kenal dan peluang perniagaan turut ditawarkan bagi saya.


“Saya melihat ia sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil tapi perkara lain yang timbul,” katanya.




  



Ali berkata dia juga mempunyai kontrak sah dengan syarikat berkenaan dan sudah beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan namun tiada jalan penyelesaian.


Malangnya, Ali menambah dia tidak merima sebarang bayaran dan faedah sepanjang bergelar duta meskipun sudah melakukan beberapa komitmen.


  



“Sedih sebab saya lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada peluang ini dan saya ada tanggungjawab serta tanggungan.


“Saya terima dan saya percaya ada hikmah cuma saya perlu tampil untuk membuat penjelasan berhubung hal ini.


“Saya enggan masalah timbul dan nama saya terkait apabila syarikat ini membuat urus niaga. Saya tidak mahu ada pihak lain jadi mangsa,” katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 01:32 PM | Show all posts
sedihnya baca berita ni
cash in action ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 01:32 PM | Show all posts
Duta Ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:08 PM | Show all posts
tak payah nak mengadu domba bagai la...... Allah bayar cash je sekarang ni. Dulu kan ko yg terpaling.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
somehow sedih jugak tgk kisah hidup dia ni lepas kes dulu. tapi yelah, mungkin jugak kerana ketamakan. i betul2 ambik byk pengajaran drpd kes dia dgn kakap iparnya tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:16 PM | Show all posts
kesah pulak aku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia lepaskan tawaran lain yg kononnya value berpuluh ribu, means jadik duta ayam lagi masyukklah kan tapi sayang payment sangkut. Maybe kena barsihkan hati tu dulu. Baru rezeki lancar
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:21 PM | Show all posts
bekas kak ipar baru beli kereta baru..
dia jugak belum habis susun..
makin susah pulak ditunjuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni nama nya kifarah Ali..kifarah
ingat tu ya
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bukan ke sebelum ni dia kata takde tawaran kerja pastu yg ni kata lepaskan tawaran  puluh ribu  pulak
Btw Litam..adanukerr
Sedangkan Sukor Majid siap dah bayar duit pun kepala ayam tak nampak (sekarang tak tahu dah setel ke belum) ni kan pulak kau semata duta
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:45 PM | Show all posts
up citer sedih dgn harapan dapat job lain lagi.. pastu nganjing netizen
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmmm…baca nama ko je, rasa kesian aku hilang ntah ke mana2
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:02 PM | Show all posts
so apa lagi, saman lah company tu.... kakak ipar boleh kau saman, takkan deal ada valid contract bagai tak boleh nak saman...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kacau harta anak yatim ni jgn main2 ye.. cash on delivery je selalu.. jarang shopeepay later
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:34 PM | Show all posts
sorry tetap tak kesian... sbb riak tu masih ada
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:37 PM | Show all posts
Org yg tamak selalu rugi, bagai Ali dengan bayang2..
eh kesah pulak aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tmak sllu rugi
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Peringatan dan pengajaran utk kita semua.
Jgn main² dgn harta pusaka ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih ada masa utk bertaubat, tunggu apa entah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 04:09 PM | Show all posts
Diayam-ayamkan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.899399 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list