Sumber The Sun
Gara-gara tindik pada bahagian bibirnya, seorang wanita muda maut selepas mengalami jangkitan yang akhirnya merebak ke otak.
Andressa Souza, 20, meninggal dunia selepas 24 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital da Vida di Dourados di selatan Brazil.
Memetik laporan The Sun, ibu kepada Andressa, Maria Aparecida da Silva memaklumkan anak perempuannya menindik bibir bawah dua bulan sebelum terkena jangkitan maut itu.
Gambar hiasan
Tidak dapat mengingat premis yang melakukan tindikan tersebut, Maria berkata dia hanya ingat anaknya membayar £9 (RM 47.50) untuk prosedur tersebut.
Andressa mula mengalami sakit kepala dan demam teruk pada 13 Jun. Maria menyangka dia terkena demam denggi kerana terdapat penularan di kawasan kejiranan mereka.
Bagaimanapun, selepas dibawa ke hospital, doktor memaklumkan jangkitan sudah memasuki salur darah Andressa dan telah merosakkan 37 peratus otak anak perempuannya.
Sumber The Sun
Andressa meninggalkan suaminya dan anak lelakinya yang baru berusia tiga tahun. -CARI
|