View: 1276|Reply: 9
|
Belum Jutawan, Hari-Hari Putera Amaris Doa Minta Jadi Kaya
[Copy link]
|
|
Putera Amaris sentiasa memasang impian untuk bergelar seorang individu yang berjaya dan kaya demi membantu lebih ramai golongan susah.
Bagi jejaka berusia 37 tahun itu, dia tidak pernah berhenti berdoa agar Tuhan mengurniakan rezeki yang melimpah supaya sasaran untuk membantu lebih ramai individu yang memerlukan dapat dicapai.
Foto: IG
"Sejak empat tahun menggerakkan kerja amal bersama pasukan saya semuanya saya lakukan kerana Allah SWT. Saya buat kerja-kerja amal ini untuk membantu orang yang susah. Jadi saya memang kena set diri 'aku kena kaya' untuk bantu lebih ramai bagi orang yang memerlukan.
"Dalam masa yang sama, saya juga bertuah kerana isteri juga adalah tulang belakang dan penguat semangat dalam menggerakkan program infaq, bersama-sama dengan pasukan sendiri.
"Saya pun belum lagi bergelar jutawan. Tetapi saya berdoa dan mengharapkan doa semua orang agar saya dikurniakan rezeki lebih untuk sama-sama saya kongsikan dengan orang yang susah," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah Amaris, program infaq yang pernah dijayakan menerusi kempen Sama-Sama Kenyang dengan kerjasama Pertubuhan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasak) masih diteruskan.
"rogram itu masih berjalan seperti biasa setiap hari. Kami tak berhenti. Sasaran kami untuk membantu asnaf dan artis veteran juga masih digerakkan termasuk usaha untuk mendapatkan rumah untuk artis veteran yang tak berkemampuan.
"Walaupun tanggungjawab kian bertambah, ia tak membuatkan saya rasa penat atau terbeban pun. Malah, rasa seronok dan teruja sebab ia juga berkaitan dengan program infaq dan amal khususnya golongan bumiputera.
"Saya tak cukup rehat atau tak cukup tidur pun tetap saya nak buat. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur untuk saya teruskan kerja-kerja amal ini dan harap Dia juga izinkan yang terbaik untuk usaha-usaha yang dijalankan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metrou
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai amran...
Sian ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu dia ada jual satay goreng. Sekarang tak tau jual apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih bersama anding ke? Ke dah lama putus? |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak himpit mak hayam kaya & retis-retis ponen vottom kaya ke tuwwww.... hihihihi! Ruhainies muka kemut versi jantan... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni baik lah. Penah tolong i dulu . I nk bg bayaran dia terus tolak.. thank you Amar. Semoga terus berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Nak beramal tu buat lah diam2..ni pungpang duk jaja cerita merata..kita baca pun meluat..tak impress pun. Kau nak kaya tapi apa kau buat utk jadi kaya tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|