View: 1922|Reply: 19
|
Aishah Ilias Tengah Cuba Nak Buat Diri Glamour, Tolak Watak Kampung
[Copy link]
|
|
Aishah Ilias tampil menjawab punca dirinya terpaksa menghilangkan diri ketika namanya menjadi bualan ramai menerusi drama Cinta Ibadah pada 2014.
Aishah berkata, dia menghilangkan diri atas hal peribadi dan sukar dijelaskan secara terbuka.
Foto: IG
"Sebenarnya ada sebab ia berlaku, tetapi saya tidak boleh untuk mendedahkannya kerana ia membabitkan soal keluarga.
"Disebabkan itu, saya pilih untuk 'rehat' sekejap dan apabila semuanya sudah selesai, sekarang saya kembali semula berlakon," katanya.
Menurut Aishah, meskipun sedar namanya kurang popular berbanding rakan-rakan seangkatan seperti gandingannya dalam Cinta Ibadah iaitu Fattah Amin, namun Aishah tidak menganggap perkara itu sebagai satu tekanan.
"Saya memang ada, bukan senyap. Tawaran berlakon yang kadangkala kurang menarik membuatkan saya perlu teliti. Maklum saja cerita Melayu balik-balik 'Megah Holding'.
"Tawaran cerita begitu ada dan memang saya terima, namun tidak kena dengan minat. Walaupun nama saya kurang popular, tetapi sebilangan watak kurang sesuai dengan saya seperti watak kampung.
"ernah sebelum ini saya membawa watak seperti itu, tetapi tidak menjadi kerana kurang bersuaian dengan wajah.
"Walaupun persaingan dengan artis baru itu memang ada, tapi itu rezeki masing-masing kerana sebagai contoh Che Ta (Rozita Che Wan) turut memulakan kerjaya lakonan agak lambat, tetapi meletup sehingga sekarang.
"Jadi sekarang ini saya sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula," katanya.
Dalam pada itu, Aishah kini muncul menerusi filem berjudul Musyrik - Api Neraka Menantimu yang turut menampilkan Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies sebagai pelakon utama.
Karya terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu sedang ditayangkan di pawagam sejak 7 Julai lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun nama saya kurang popular, tetapi sebilangan watak kurang sesuai dengan saya seperti watak kampung. Maklum saja cerita Melayu balik-balik 'Megah Holding'.
Dia nak apa sebenarnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Elehhh kemahin lagi kau watak kg tak sesuai dgn muka.
Perasan sungguh lahaiiii.
Eh Susan Menan,Maria Farida tu pun wajah kacuk elok je berlakon watak org kg.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan pasal watak kg kau yg tak reti belakon kot.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Kt estet tu ramai je muka macam ko.. Apalah dosa dgn watak kampung? Elok jer artis2 lain amik watak tu.. Mesti dia ni sejenis yg kekwat kt set kan |
|
|
|
|
|
|
|
apa dia igt pegang watak kampung tak boleh glamor ke?
eh blah la |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 15-7-2022 01:45 PM
Kt estet tu ramai je muka macam ko.. Apalah dosa dgn watak kampung? Elok jer artis2 lain amik watak ...
Tgk muka pun tau mcm sejenis kekwat je |
|
|
|
|
|
|
|
dia blakon x best la.. masa pkp tu.. ada channel drama sgt.. ada la citer dia blakon.. tp aku notice muka dia btmbh cantik n bdn pn langsing.. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah terserempak..dia ni mmg style2 model, tinggi boleh tahan..tak sesuai la kot watak kampung utk dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Remilah begum wannabe. Hari2 ada benang baru dlm porem cari wpun gosip tah pape asalkan ada benang baru dlm porem cari. Nk kekal relevan wpun supaya org x kenal sheols smpi org kenal. |
|
|
|
|
|
|
|
watak kmpg pn bole je jadi glamor |
|
|
|
|
|
|
|
Nnasda53 replied at 15-7-2022 01:34 PM
Elehhh kemahin lagi kau watak kg tak sesuai dgn muka.
Perasan sungguh lahaiiii.
Eh Susan Menan,Maria ...
Teringat cerita Maria Farida berlakon dgn Azhar Sulaiman tu, maknya Joyah. Elok je dia bawak watak orang kampung meniaga gerai makan. Siap Joyah ada cakap lagi, ayah Maria Farida tu rupa helok (sebab tu anaknya cun melecun) tapi laki tak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Nuyak replied at 15-7-2022 04:55 PM
pernah terserempak..dia ni mmg style2 model, tinggi boleh tahan..tak sesuai la kot watak kampung utk ...
Boleh je bawak watak kampung. Contohlah... masa baby dia kena buang/terbuang, orang kampung yg jumpa dan jaga dia. So rupa dia takdela rupa kampung sebab asal usulnya tak diketahui... kemain iols reka plot drama |
|
|
|
|
|
|
|
Aiii macam kekwat ajer kau ni
Padanlah lambat glamer |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya dia..kenapa xmeletop eh..sbb faktor usia ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...pandaiii...dia demand la tuu..irl memang cantik je dia, natural beauty...
|
|
|
|
|
|
|
|
Confuse dia ni dgn syiqin kamal. Mcm sepesen ja |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni aku pernah jmp masa iv pramugari qatar ke emirates dulu..biasa2 aje lh muka dia.takdelah lawa sangat pon.lawa pon sbb make up aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko nak kate wajah ko tu urband sgt ke esah oiy |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnyaaa acik2 kampung punya anak lagi cantik dari ko dik...
ambik je la apa watak sekalipun... bukannya popular pun ko walaupun dapat watak utama dulu2 tu...
hujung2 sendu jugak... baik kau jadi pembantu dekat rumah asuhan je kalau dah memilih sangat ecah oi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|