CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1899|Reply: 9

Nad Zainal Beri Pesanan Kepada Penyondol Suami Orang

[Copy link]
Post time 15-7-2022 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Nad Zainal memberikan sokongan kepada rakannya iaitu Puteri Sarah Liyana yang kini berdepan masalah pergolakkan rumah tangga dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof.


Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, berkata, dia berada di pihak Puteri Sarah dan baginya aktres itu berhak untuk menyuarakan apa yang berlaku.


Foto: IG




"Secara peribadi saya tidak terlalu mengenali dia (Puteri Sarah) mahupun suami dan individu 'ketiga' itu secara dekat. Namun, saya tetap memberikan sokongan 100 peratus kepada isteri dan ibu teraniaya.


"Sekiranya berkelapangan saya akan menghantar mesej kepadanya dengan memberikan kata-kata semangat dan memintanya bersabar berdepan dengan ujian," ujarnya kepada mStar.




  



Bagaimanapun, Nad enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan Puteri Sarah kerana disifatkan terlalu peribadi dan tidak sesuai untuk diperkatakan secara peribadi.


"Saya ini orang luar, jadi tidak berani untuk masuk campur. Biarlah itu masalah rumah tangga mereka, lagipun kita sendiri mempunyai masalah masing-masing," jelasnya.


  



Dalam pada itu, Nad berharap wanita di luar sana harus lebih memahami perasaan wanita lain lebih-lebih yang sudah berumah tangga.


"Walaupun lelaki itu memburukkan kekasih, tunang atau isteri seharusnya kita kena ingat bahawa perkara itu tidak semestinya betul. Kalau betul mungkin dia akan berubah sekiranya kita tidak campur tangan dalam hubungannya.




  



"Jadi kita kena ambil kira semua perkara-perkara dan bersedia untuk pergi! Kita juga tiada hak untuk mengambilnya lebih-lebih lagi apabila lelaki itu sudah mempunyai anak.


"Sekiranya betul-betul ingin berkahwin juga dengan lelaki itu, minta dengan cara baik. Pergi jumpa keluarga dan mengatakan sanggup untuk menjaga anak.


  



"Berani untuk hadap semua itu. Mungkin ia akan ambil masa yang lama dan sukar, tetapi lakukan dengan cara yang baik-baik," tambahnya lagi. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyondol dan suami/isteri yg berjaya disondol deserve each other.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 11:23 AM | Show all posts
jaga jela suami chuol nek nad
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 01:24 PM | Show all posts
nad buat bibir ker ? awat muncung semacam aku tgk bibir dia..
Okla bg sokongan kt PS tapi tkyah la komen2 lebih2 nasib kita pun belum tentu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 01:29 PM | Show all posts
rosedemon replied at 15-7-2022 11:23 AM
jaga jela suami chuol nek nad

hahah xpe die slamat..sape je nak sondol laki die
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu dengar kata mcm suami dia tak kerja kan? Klu tak keje biasanya susah sikit orang nak sondol.. Anyway, aku suka dia berlakon.. Tapi dia ni kalau berjalan, kasar/bersepah betul nampak.. Tak suka betul tgk scene dia berjalan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2022 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku okay dgn Nad berlakon
Tidak lah beria nak tgok walau pun aku tau dia boleh berlakon
Tapi Lepas tgok Kirana aku lagi bertambah suka dan nak tgok dia berlakon dlm next project
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:25 PM | Show all posts
watak dia sbg Kirana dlm Dendan Seorang Isteri sexy sungguh. Sampai iols igtkan dia dah cerai keke. yeayyy ari ni last episode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 11:44 PM | Show all posts
anakmak replied at 15-7-2022 01:53 PM
Dulu aku okay dgn Nad berlakon
Tidak lah beria nak tgok walau pun aku tau dia boleh berlakon
Tapi L ...

kan? boleh buat hashtag #janganjadikirana hahaha
aku balik cuti from overseas pun boleh sangkut tgk citer ni walaupun watak datin diana tu kayu betul takleh ditolong dah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ini berlakon bagus...tapi katek.
Tak ada umpp tok jadi heroin.  Untuk jadi pelakon mesti ada height sikit...

Tak perlu tinggi sgt... Lain lah nak jadi model catwalk. Harusss tinggiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.102906 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list