View: 2477|Reply: 23
|
Wanita Dihukum Rejam Sampai Mati Guna Batu Kerana Berzina
[Copy link]
|
|
KHARTOUM: Seorang wanita di Sudan dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati kerana disabit bersalah melakukan zina.
Kes itu yang pertama direkodkan di negara itu sejak hampir sedekad lalu.
Lapor The Guardian, Maryam Alsyed Tiyrab, 20, ditahan oleh polis di White Nile di Sudan pada bulan lalu.
Menurut Maryam, dia akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
Gambar Hiasan
Majoriti hukuman rejam yang dikenakan ke atas golongan wanita, dibatalkan di mahkamah tinggi.
Aktivis bimbang dan melihat hukuman terbabit sebagai petanda bahawa rampasan kuasa tentera yang berlaku di Sudan menyebabkan penggubal undang-undang menarik balik hak wanita ditetapkan di bawah kerajaan sebelum ini.
Sementara itu, Pusat Kajian Keadilan dan Keamanan Afrika (ACJPS) yang berpangkalan di Uganda memaklumkan hukuman itu melanggar undang-undang domestik dan antarabangsa.
ACJPS turut menggesa Maryam dibebaskan segera tanpa syarat.
Jelasnya, wanita itu tidak diberikan perbicaraan yang adil dan tidak dimaklumkan bahawa keterangan dibuat semasa soal siasat akan digunakan untuk menentangnya.
“Maryam juga dinafikan hak untuk mendapatkan wakil undang-undang,” jelasnya.
Tambah ACJPS, hukuman rejam merupakan satu bentuk penyeksaan yang dibenarkan negara dan melanggar hak asasi manusia.
Pada 2020, kerajaan peralihan Sudan selepas penyingkiran Omar al-Bashir, mengumumkan pembaharuan kepada beberapa undang-undang jenayah dan dasar syariah.
Pembaharuan itu tidak merangkumi hukuman rejam namun pada bulan Ogos, Sudan meratifikasi konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang penyeksaan. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
So yang lelaki lepas kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by batu kikir at 15-7-2022 10:46 AM
Inilah hukuman guna pala lutut sendiri je.
Bila terlalu ramai ularmak......masing2 ada pendapat sendiri2.....jauh dari hukuman yg dinyatakan dalam Al Qur'an.
Oh Al Qur'an tak lengkap.....kena ambil hukum dari hadith. Nauzubillah.
Bila berpandu kepada hadith.......sipolan dengar dari sipolan dengar dari sipolan dari sipolan ini.......maka berkatalah.....(itupun banyak perbedaan pandangan dan tafsiran hadith2 ni).........last2 makin
blurrr......masaalah makin tak selesai. |
|
|
|
|
|
|
|
So yg jantan tu lepas utk menabur kote ke betina lain ke? Lobai2 suka lah benda2 sebegini kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian jika tidak dapat pengadilan yang sewajarnya..
Elok pasangan dia pula kena sula. |
|
|
|
|
|
|
|
pakai dildo barangkali? .. tapi memang pelik, lelakinya mana, dah mati kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan je kena hukuman.
Yang jantan lepas mcm tu je.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau msia laksana hudud, pupuslah pompuan, memang ramai kaki zina |
|
|
|
|
|
|
|
rosedemon replied at 15-7-2022 11:20 AM
kalau msia laksana hudud, pupuslah pompuan, memang ramai kaki zina
kat Msia..depa...'terlanjur'...jer pon. |
|
|
|
|
|
|
|
wanita tu mmg dah berkahwin ke? |
|
|
|
|
|
|
|
yang jantan lepas takda bukti kot..bukti hanya kat pompuan tu,,,begitulah |
|
|
|
|
|
|
|
Compare dgn rejam ni, sembelih sounds lebih 'humane'. Jadi lembu di aidil adha lagi untong.
|
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 15-7-2022 10:44 AM
Inilah hukuman guna pala lutut sendiri je.
Bila terlalu ramai ularmak......masing2 ada pendapat sen ...
Itu yg timbul aliran asyairah & maturudiah...walhal ASW mmg direct dari nabi saw |
|
|
|
|
|
|
|
Mariam ni bapa Muslim ibu Christian dibesarkan oleh ibu sebagai penganut Christian. Dia berkahwin dengan suami berugams Christian, dituduh berzinar. |
|
|
|
|
|
|
|
takda defence lawyer, court bersidang tanpa police complaint, disoalsiasat sampai dipaksa mengaku, terus dihukum mati - ni la pembunuhan kaum wanita secara sistematik. |
|
|
|
|
|
|
|
yang ini aliran 'kefala lututlah' kot
|
|
|
|
|
|
|
|
So si jantan terlepas mcm tu je ke?? yang direjam si perempuan je ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Pasangan tiada khabar berita? |
|
|
|
|
|
|
| |
|