CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22882|Reply: 247

"Dia Senang Lenang Lepak Shisha, Pergi Thailand Berminggu-Minggu,"-Nadya Syahera Berang Dengan Suami Langsung Tak Tolong Jaga Anak

[Copy link]
Post time 14-7-2022 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Nadya Syahera meluahkan perasaan, terlalu tertekan dengan sikap suami yang terlalu sibuk dengan kerja dan tidak membantu dirinya untuk menguruskan anak-anak.


Kata Nadya dia dah puas pendam perasaan namun suaminya, Fizul Nawi seolah-olah tak peduli apabila dia cuba mengadu.


Foto: IG




"Dah la keluar bekerja ke Thailand berminggu-minggu tinggalkan saya dengan tiga orang anak terkontang-kanting. Saya tepu duduk rumah, tak tahu nak cakap macam mana.


"Kalau nak keluar bawa semua anak. Susahnya nak dukung anak sambil menangis. Sebab itu mental saya terganggu. Tetapi saya selalu pujuk hati katakan orang lain lebih susah.


"Saya cuma penat pendam, tiada ruang nak bercakap dan jelaskan dekat dia (suami), Sibuk dengan kerja 24 jam. Kadang-kala kalau saya cakap, masuk telinga kiri keluar kanan. Sedih sebab apa saya cakap dia tidak ambil peduli.
















"Saya duduk rumah uruskan anak seorang diri. Kalau dapat luahkan dan dia buat saya senang, boleh juga kurangkan rasa sayu ini. Nak cuba cakap pun takut. Jadi lebih baik diam dan pendam sahaja," katanya menerusi IG Sory.


Malah Nadya juga tidak senang apabila suaminya pulang lewat malam sehingga dia terpaksa menunggu untuk membuka pintu rumah.








"Saya memang cepat terasa kalau dia pergi senang lenang bershisha bagai sedangkan saya bertungkus-lumus urus anak 3 ni sorang-sorang."


Tambahnya, "Saya kerja untuk anak-anak dan bila ada duit memang banyak dihabiskan untuk mereka. Tiada cara lain yang buat saya gembira melainkan melihat anak-anak gembira. Kasihan apabila saya stres mereka terkena tempias.




  



  



"Aleena dan Mamad kerap kena marah kebelakangan ini sebab saya penat. Anak-anak apabila hendak membesar ada sahaja perkara dilakukan yang buat saya marah."


Untuk rekod Nadya dan Fizul mendirikan rumah tangga pada September 2015 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aleena Rose, 7, Mohamad Dayyan, 6, dan Muhammad Barr Adam, 3 bulan.


  



  



Tabahlah ya, bawa bincang sebelum ia menjadi barah dalam rumah tangga. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kali dia meroyan dengan tok laki. Laki ni dah la pernah kawen pun sebelum dia, jangan cakap busy kerja la tapi ko tak tinggal maid/babysitter utk tolong wife jaga anak. Nampak sangat laki dia ni tagune berlindung alasan kerja tapi entah2 kerja sejam melepak berjam2. Kalau nak enjoy sangat jangan membiak, hujung2 expect bini je jaga anak. Btw kenapa dia duduk rumah kedai? Iols assume rumah kedai tu kedai makan bawah, dia dok atas?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh... Tak reti guna whatsapp ke?!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 dia yg 7 dgn 6 tu tsk sekolah ke? At least 7 tshun tu sekolah petang, 6 tahun tu hantar full day kindy tinggal je yg 3 bulan kurang la stress.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:20 PM | Show all posts
SEMUA ORANG MULA NAK TUNJUK BETAPA RUMAHTANGGA MASING-MASING MCM KAPAL TERBANG KEPATAHAN SAYAP


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia ni kan dulu penah ada skandal. Berantakan kejap. Tak mustahil akan ada lagi. What to expect jantan camtu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2022 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian eh..bertabah lah..iolls dah hadap bende2 camni..i rasa banyak je jantan2 yg mcm ni..depends pada u as wifey sanggup nak sabar atau tak je..sbb hidup berumahtangga mmg banyakkkkk kene sabar give n take..kalau tak sabar, aku rasa mmg bercerai berai lah semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Fly_over at 14-7-2022 06:54 PM

deleted

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Realiti perkahwinan. Sebab tu meols senyum sinis jah pada kapel kapel muda yang heboh nak kawen awal. Nanti lepas fasa honeymoon ko habis, rasain looohhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:29 PM | Show all posts
Patut jangan beranak lagi...

Dah tahu perangai suami camtu. Anka anak 2 tu dah besar, tetiba kena ulang balik berbaby.. Emm koser...

Kita ni semua ada option sendiri untuk buat happy...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
So macam mana nak handle suami yang bz kerja? Ada tips x?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga tabah laaa mgharungi onak dan duri dlm brumah tangga
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dah membulat muka lakinya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ad edisi kalkulator ke mereka ini..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo laki x nak bantu jaga anak2, mintak la laki sediakan maid, at least ada gak yg boleh bantu uruskan time anak2 tu kat umah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari awal kawen lagi kan dah mcm2 isu tp tak sangka sampai dah 3 anak dah ye.
Lepas ni stop dulu la beranak memandangkan ko pun tak larat nk urus sorang2 kan.
Sian anak2 kang asik jd tempat mak lepaskan kemarahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
putu replied at 14-7-2022 06:35 PM
So macam mana nak handle suami yang bz kerja? Ada tips x?

bagus ape rajin kerja...kita masak sedap2 and enjoy duit dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
putu replied at 14-7-2022 06:35 PM
So macam mana nak handle suami yang bz kerja? Ada tips x?

Kalau bizi sbb keje nak wat cemana dah mmg dia kena cari nafkah, kalau mampu maybe sediakan la pembantu utk isteri tu.
Pastu dah tahu laki jarang ada kat rumah jgnla menambah anak kecil.
Bila ada baby kecil mak2 mmg mudah burnout kalau laki jrg ada kat umah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
jahatnya laki dia.dasarrrr
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus teringat cerita dolu2 si latah konerang ni. Mmcmla dia niii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.527193 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list