CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1373|Reply: 8

Adi Putra Tak Nak Digelar Jutawan, Pegang Rukun Islam Elak Sifat Riyak

[Copy link]
Post time 14-7-2022 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Adi Putra enggan digelar sebagai seorang jutawan seperti mana pernah dikatakan sebelum ini walau sudah berjaya dalam dunia perniagaan.


Dengan rasa rendah diri, Adi, 41, berterima kasih pada pihak yang memberi gelaran berkenaan namun menganggap wang ringgit bukanlah erti kekayaan sebenar.


Foto: IG




“Wang ringgit itu samalah seperti sehelai kertas. Kalau dikoyakkan ia sudah tidak bernilai. Bukan saya yang jutawan, tetapi Allah adalah jutawan sebenarnya.


“Kalau ada yang kata saya jutawan, saya berterima kasih. Namun saya minta janganlah panggil saya dengan gelaran sebegitu,” katanya kepada mStar.




  



Adi yang mengusahakan sebuah syarikat pengurusan jemaah haji berkata demikian ketika ditemui dalam satu sesi bersama media di Kuala Lumpur pada Rabu.


Sementara itu, bercakap tentang kejayaan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang kini berjaya meraih kutip tertinggi, Adi berkata, ia bagaikan satu lembaran baharu dalam industri perfileman negara.




  



Dalam masa sama, Adi melihat fenomena ini menjadi satu saingan hebat buat pembikin filem lain untuk terus menghasilkan karya bermutu selain meningkatkan promosi.


Mendapat komen positif tentang lakonannya dalam filem tersebut, Adi bimbang sekiranya hanyut dengan pujian dan disebabkan itu sentiasa berpegang kepada lima rukun Islam sebagai prinsip serta pelindung dirinya daripada sifat riyak.




  



“Kejayaan filem Mat Kilau adalah satu lembaran baru dalam sejarah filem negara. Kita juga perlu fikirkan filem-filem lain yang akan keluar kerana semua ada sasaran sendiri. Jadi ia merupakan satu persaingan sihat dan terpulang kepada produksi bagaimana untuk mempromosikan karya mereka.


“Setiap pujian itu ada ujiannya juga. Saya takut lupa diri apabila filem ini menjadi fenomena. Justeru apa yang ada sekarang ini amat saya syukuri.


  



  



“Rukun Islam sentiasa menjadi prinsip hidup saya kerana di dalamnya sudah ada syahadah sebagai satu pengakuan kita sebagai seorang Muslim. Kalau berpegang kepadanya, Allah akan sentiasa menjaga kita,” ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 04:44 PM | Show all posts
phuuuuiiii…  jangan lupa bayar loan bekas bini ko tu ya…
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 05:49 PM | Show all posts
semoga beliau terus beristiqamah....

wife dia walaupun chubby nmpk comel....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 16-7-2022 10:35 AM

Wah....panas panas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
SweetRehan replied at 16-7-2022 10:40 AM
Wah....panas panas...

Benda dah byk hari dah uols, tapi iols sejenis malas nak menggelupur buka threads macam Raline, Racurve, Gayahmengayah, semua2 tu. Iols tak de keperluan bukak thread untuk naik level disebabkan dlm kehidupan sebenar takde level.
NOT MY LEVEL naik2 level dlm Cari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Biorle dia murali nampak nau bunga2 dengki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 16-7-2022 10:53 AM
Benda dah byk hari dah uols, tapi iols sejenis malas nak menggelupur buka threads macam Raline, Ra ...

I like uols punya statement...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.729208 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list