CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1620|Reply: 15

Budak Perempuan Masih Bersekolah Bangga Hisap Vape Dalam MRT, Risau Generasi Muda Sekarang Makin Tak Tahu Malu

[Copy link]
Post time 13-7-2022 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau vape diakui semakin meningkat dalam kalangan golongan muda tanpa mengira jantina.


Perkara ini menjadi satu kebimbangan dalam masyarakat apabila wanita atau gadis yang masih bersekolah mula menjinakkan diri mereka dengan menghisap vape mahupun rokok pada peringkat awal usia.


Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang pelayar dikenali sebagai Yazeed Hair Johari meluahkan rasa terkilan setelah melihat kejadian kurang menyenangkan ketika menaiki pengangkutan awam beberapa hari lalu.


Foto: FM




Cerita Yazeed, dia menyaksikan dua orang gadis yang dipercayai masih bersekolah menggunakan vape tanpa rasa malu atau bersalah.


"Beberapa hari yang lepas saya naik MRT untuk ke Stadium Bukit Jalil. Temankan isteri saya yang fanatik badminton ni untuk tengok Malaysian Masters 2022.


"Jadi masa dalam perjalanan balik tu ada dua orang budak perempuan, sekali imbas nampak lebih kurang macam pelajar tingkatan dua atau tingkatan tiga dengan menggalas beg sekolah.


"Rambut dye warna ungu dan yang seorang lagi warna perang," katanya.





Namun kata Yazeed penampilan itu bukanlah menjadi masalah utama kerana itu hak masing-masing untuk berfesyen.


"Siapa saya nak complaint fasal warna rambut mereka. Bukan pakai duit saya pun.


"Tapi apa yang membuatkan saya terfikir apabila nampak mereka, kedua-dua budak perempuan ni pegang disposable vape. Vape tu memang terkenal. Ramai yang kenal dengan rupa bentuk dia.


"Tambahan pula rokok elektronik ni kecil jadi senang untuk disorok dan juga tak berbau macam rokok. Kalau zaman dulu balik sekolah, memang kantoi kalau kau bau rokok.


"Tapi zaman sekarang vape tak meninggalkan kesan bau pada pengguna," tulisnya pada hantaran yang menjadi tular.


Jelas lelaki berkenaan, pengalaman menyaksikan kaum wanita menghembuskan asap vape secara terang-terangan bukanlah kali pertama.


Malah dia mendakwa sudah berkali-kali bertemu dengan para pelajar yang pulang dari sekolah menaiki motosikal sambil menikmati rokok elektronik..


Ujarnya, kejadian yang berlaku ini berbeza dengan situasi zaman dahulu di mana pelajar sekolah takut sehingga terpaksa menyorok untuk melakukan kesalahan merokok.


Apa yang terjadi membuatkan lelaki ini berfikir sejenak tentang budaya menghisap rokok elektronik dalam kalangan remaja.


"Kalau zaman dulu budak sekolah yang hisap rokok. Semua menyorok. Sekarang selamba saja 'open' macam biasa.


"Siapa yang patut bertanggangung jawab? Orang yang menjual vape tanpa mengawal had umur? Ibu bapa yang terlepas pandang dan tak ambil tahu?


"engaruh kawan-kawan dan masyarakat setempat? Iklan vape yang berleluasa di sosial media tanpa dipantau?" tulisnya dengan pelbagai soalan tanpa jawapan untuk direnungkan bersama.


Berikutan posting yang menjadi tular, lelaki ini telah dihujani pelbagai komen yang bersetuju dan bimbang malah mengutarakan pendapat mereka tentang remaja masa kini.


Untuk rekod, hantaran itu telah meraih lebih 5,700 tanda suka dan dikongsikan lebih 900 di Facebook.   -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 11:30 AM | Show all posts
budak muda skrg mmg tak berapa nak malu dengan ong tua. tak pastilah sebab apa. kena kaji ni pasaipa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 11:33 AM | Show all posts
pengaruh socmed yg terlalu banyak unsur2 negatif...mereka tidak dpt bezakan yg mana fake dan yg mana realiti
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kang nasihat kang, mak bapak tu maki kau balik kata menyibuk lah ape lah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
xde common sense ke pegi vape dlm kenderaan awam. sekolah dia xde undang2x ke boleh kaler rambut macam2x. sekolah aku dulu xleh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
intan244 replied at 13-7-2022 07:30 PM
xde common sense ke pegi vape dlm kenderaan awam. sekolah dia xde undang2x ke boleh kaler rambut mac ...

Pakai tudung pergi sekolah..
Bukan benda baru pun..
20 tahun dulu pun da start kaler rambut n pkai tudung gu sekolah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Punca mak bapak zaman sekarang la... anak ni kena didik... tegur.... marah kat mana yang patut... bukan biar je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 07:56 PM | Show all posts
if you cannot stop them join them
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan berhijab rilek2 hisap vape, corrupted sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 13-7-2022 07:39 PM
Pakai tudung pergi sekolah..
Bukan benda baru pun..
20 tahun dulu pun da start kaler rambut n pka ...

oo keluar pagar sekolah cabut terus. gigih sungguh pakai tudung semata nk tutup kaler rambut
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 08:05 PM | Show all posts
nak sangat freedom of speech. freedom of expression tanpa batasan.. ini lah akibatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah rambut kaler pelik2 pun mak bapak tak kisah, vape pun rasanya tak kisah jugak... Mak bapak gagal..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 09:06 PM | Show all posts
anak azha sulaiman yg perempuan tu pun bukan hisap rokok ke ???

tengok cara  didikan mak bapa juga

ada anak berzina dia ok

dia anggap itu hak dia

nilai agama bagi sesetngah mak bapa hanya sewaktu nak menikkah dan sewaktu nak di kambus 6 kaki ke bawah sahaja , selebihnya agama hanya menyusahkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
My body my choice kekdahnya. Bila cukup masa x ray dada tak nmpk paru2. Nafas tak cukup. Baru nak menyesal. Tu pun kalau rasa menyesal. Sakit tak kira tua muda. Belum lagi kanser paru2. Tapi melampaulah duk vaping dlm kenderaan awam. Rasa bangga sangat? Penyakit kirim salam tu adalah.


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Rebel la tu. Lepas tu strip di kelab komedi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:56 AM | Show all posts
ultra78 replied at 14-7-2022 07:16 AM
Rebel la tu. Lepas tu strip di kelab komedi.

rebel without a cause

JD kim salam



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.064449 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list