View: 5885|Reply: 47
|
Elyana Penat Pura-pura Kuat, Mahu 'Hilang' Cari Diri
[Copy link]
|
|
Sumber IG
Menghidap penyakit kanser dan kini semakin sihat, penyanyi dan pelakon, Elyana Emrizal dilihat sebagai seorang individu yang tabah serta kuat berhadapan dengan masalah kesihatannya.
Bagaimanapun, selebriti itu menganggap dirinya tidak sesuai dijadikan contoh oleh masyarakat apatah lagi sebagai individu kuat berdepan penyakit tersebut.
Memetik laporan mStar dari sumber asal live di IG selebriti itu, pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 32, mengakui sudah tidak mampu lagu untuk berpura-pura bahagia dan kuat selain tidak gembira dengan orang yang berada di sekelilingnya.
Jelasnya, dia sudah tidak mampu menjalani kehidupan sebegitu serta berusaha untuk pergi jauh 'menghilangkan diri'.
"Selama ini, orang anggap saya kuat tapi sebenarnya tidak. Selama ini saya hanya berlakon menjadi kuat meskipun berpijak di bumi nyata, saya tidak kuat pun.
"Saya tunjuk kuat dan bahagia namun sejujurnya saya tidak kuat dan bahagia.
"Siapa yang menjadikan saya contoh atau anggap saya seorang yang positif, mungkin sudah boleh lupakan sahaja semua itu.
"Saya sudah penat untuk berpura-pura dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi," katanya.
Sumber Kosmo! Online
Elyana turut meluahkan rasa kesal kerana gagal mendapat sokongan daripada individu terdekat namun tidak mendedahkan identiti orang yang dimaksudkannya.
"Saya sudah tidak boleh hidup macam ni. Sama ada saya lari jauh-jauh dan tidak timbul dan atau telan sahaja semua sengsara. Tiada orang cuba faham tetapi orang mempunyai rasa ingin tahu.
"Saya faham perasaan ingin tahu itu lebih kuat daripada ingin memahami. Saya cuba bahagia tetapi orang negatif masuk campur. Saya penat sebab cuba untuk kuat dan sembuh untuk positif.
"Tetapi orang sekeliling cuba menjatuhkan saya. Tipu kalau saya tidak cari jalan keluar, saya juga sudah berjumpa dengan psikiatrik tetapi tidak jumpa jalan keluar.
"Saya sudah tidak keinginan lain lagu, walaupun pergi ke tempat yang menarik tetapi jiwa tetap rasa tidak bahagia," katanya yang merancang untuk membeli tiket penerbangan tetapi masih tidak tahu destinasi percutian. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga tabah elyana. Tak sanggup nak bayang alami kesakitan yg dia alami.
I dulu 3 tahun ulang alik klinik pakar pun rasa down gila, ni pulak kalau kanser n takde support dari keluarga. Memang boleh depressed.
Cadangan untuk elyana, tutup semua socmed dan stay dekat memana tepi pantai sebulan dua n jumpa psikatris. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmmm pulak dah. Mace-mace. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pulak dekat elyana... mesti ada personal problem la tu...
sokongan orang terdekat dah tentu la sominyerrr... takkan lah parentnya pulak kan...
adakah sebab bibik lari tu jugak salah satu puncanya... jadi benda tu agak terkesan bab2 kerja dan uruskan hal rumah... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba ingat masa sakit teruk. sapa yg bertunggu betangga layan karenah dia.. dah sembuh sikit, kena lah bersyukur..
kanser ni kdg2 boleh relapse. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 11-7-2022 12:47 PM
kesian pulak dekat elyana... mesti ada personal problem la tu...
sokongan orang terdekat dah tentu ...
Semalam dekat live ig terang2 dia mention sorang2 family dia chuols yg tak bagi support. So ada kaitan dgn family jugak. But tak tahu la sejauh mana kan problem dorang. Dia ada mention "memang nak kena bersengketa ke baru boleh bahagia?" banyak lagi dia luah semalam |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannyaa....
biasalah uoollsss... awal2 kita sakit mungkin kawan, temen, sedara semua penuh ada...
tapi masuk bulan kedua... pasti support semua da berkurang...
ini lagi laaa mcm elyana da bertahun sakit kann..
jadi possibiliti laa support kengkawan, sedara, adik2 beradik berkurangan...
dia org pun binggung nak support mcm apa lagi.. dia orang pasrah aja...
di situ kot, elyana rasa kecik hati..
biasalah orang sakit ni mudah terasa....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kecik hati dengan family
Canang kat sosial media
Dapat apa?
Bipolar ke dia ni
Dah sakit tu cuba lah duduk dendiam tenangkan minda |
|
|
|
|
|
|
|
Bipolar ni camne sbnrnya? Dia nak attention dan validation dari org tersayang..lepas tu at the same time nak bersendirian jugal?ke camne |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mustahil pun org yg sakit lama ni boleh jadi depression |
|
|
|
|
|
|
|
Mademoisellee replied at 11-7-2022 02:42 PM
Semalam dekat live ig terang2 dia mention sorang2 family dia chuols yg tak bagi support. So ada ka ...
Siapa kah yg disebutnya itu? Boleh share? Tq. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian elyana, dia dah masuk fasa depresi. |
|
|
|
|
|
|
|
berkongsi dengan satu dunia dapat selesaikan masalah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah bagai dikata
Kasih ibu membawa ke syurga
kasihnya ayah sanggup berkorban
kasihnya saudara semasa berada , ada harta
Balik lah kepada Allah
bertaubat , xperlu kita tala masalah hidup atau sakit ini kepada org lain...
Biar sendiri selesaikan
sabar
faham...hati sakit tp sudah org lain xkisah kan diri ko xkanlah ko nak bunuh diri?
galas cabaran Allah ini dan bergerak maju
habis episode sedih kita didunia , semoga di akhirat kelak kita mendapat apa yang selama ini kita ikhlaskan dan diterima sebagai amal soleh disisi Allah.
Hidup jangan alpa
sakit sikit xpe jangan hidup sentiasa mudah sehingga kita jadi manusia lalai sedar sedar sudah 6 kaki ke bawah. |
|
|
|
|
|
|
|
laksmanabentan replied at 11-7-2022 03:28 PM
kesiannyaa....
biasalah uoollsss... awal2 kita sakit mungkin kawan, temen, sedara semua penuh ada ...
Betul chuols, itulah lumrah manusia, takde apa sempurna. Manusia bukan malaikat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn gelakkan dia. Dia depress ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yg takde penyakit kanser pun skrg ni ramai depress , inikan pulak yg ada penyakit. Sometimes tak tau pun mana punca tp tetap rasa sedih berpanjangan. Smg semua yg tengah lalui fasa kegelapan ni dapat jumpa cahaya semula |
|
|
|
|
|
|
|
Akak tak tau sapa yang sakit.
Elyana atau korang yang kasik komen2 tadak empati yang sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia sakit bertahun2.. Dalam masa tu mesti ada byk berbalah n makan hati.. Terutama bab sape nk jaga berulang alik hosp, jge anak2,kos perubatan, makan tahun ni lama2 makan hati.. Sakit ni buat letih mental. Org sakit letih, yg menjaga pun letih. Tu hakikatnya.. Jd kne sama2 memahami saja.. Yg sakit jgn demand lebih2, yg menjaga kne ikhlaskan hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah kak Dib sakit teda pun menagih simpati sampai hujung hayat
Kadang kita sakit
Lama mana nak mengharap perhatian?
Nak apa sebenarnya dalam kehidupan ni?
Mana ada kehidupan sempurna
Susahlah kalau ‘it’s all about me’
Cerita fake kanser pun tak reda lagi
Ke terasa hati sebab orang semua menjauh lepas isu pura2 sakit kanser tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|