CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2655|Reply: 10

Fesyen 'Beanie' Nabil Jadi Ikutan, "Memang Itulah Gaya Saya Apabila Bersama Jemaah Tabligh"

[Copy link]
Post time 6-7-2022 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Ketika artis menjadi 'role model' dianggap tidak relevan, pengacara popular, Nabil Ahmad berusaha mengembalikan kepercayaan dengan cara tersendiri.


Nabil berkata, sebelum ini pembabitannya dalam bidang seni lebih menjurus kepada mengejar wang ringgit dan populariti, kini 'nawaitu' sudah berubah.


Foto: IG




"Ketika mula menceburi bidang seni, fikiran saya untuk berhibur, mengejar nama dan wang ringgit.


"Memang tak terfikir langsung soal mengejar pahala. Namun, sekarang, perasaan mencari pahala lebih banyak dan ia terbit secara semula jadi dalam hati.


"Disebabkan itu, dalam apa juga yang dilakukan, niat saya biarlah ia mampu memberi manfaat kepada orang lain.


"Jika ada ganjaran pahala di sebalik perbuatan, saya amat bersyukur," katanya kepada BH Online.




  



Penjelasan diberi pemilik nama lengkap Ahmad Nabil Ahmad, 39, itu secara tidak langsung menjawab tanda-tanya kemunculannya mengenakan topi berbentuk kopiah yang digayakan ketika mengacarakan malam kemuncak, Anugerah MeleTOP, tidak lama dahulu.


Bekas penyandang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2008 itu berkata, dia tidak menjangka penampilannya mendapat perhatian peminat.


  



"Topi dipakai sebenarnya adalah 'beanie'. Memang itulah gaya saya apabila bersama jemaah tabligh.


"Apabila ada yang suka dengan penampilan saya dan mengaitkannya dengan unsur Islamik serta perlu dijadikan contoh, saya amat bersyukur.


"Seperti yang dikatakan, jika apa yang dilakukan memberi manfaat dan kebaikan kepada penonton, itu sudah cukup menggembirakan, apatah lagi, perbuatan ini mendatangkan ganjaran pahala," ungkap artis serba boleh yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti, Raja Lawak.




  



Sementara itu, sebagai pengarah yang pernah menghasilkan beberapa filem, anak jati Mambau, Negeri Sembilan ini menyatakan keinginan mahu menghasilkan filem pecah-panggung.


Menjadikan produser filem terkenal tanah air seperti Datuk Yusof Haslam, Datuk Rosyam Nor dan Allahyarham Mamat Khalid sebagai sumber inspirasi, Nabil bagaimanapun tidak mahu terburu-buru, malah, memerlukan masa yang lebih panjang dalam membuat persediaan.


  



"engalaman menghasilkan beberapa filem untuk siaran Astro First sebelum ini menyedarkan saya betapa sukarnya menjadi penerbit.


"Duit mengalir keluar sangat laju. Pernah berlaku dalam masa sehari saya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM700,000 untuk kos penerbitan.


"ening kepala juga dibuatnya. Apabila melihat kejayaan Yusof dan anak-anak dalam pembikinan filem hingga berjaya mengutip puluhan juta, keinginan mengikut jejak langkah memang ada.




  



"Namun, apabila memikirkan saya belum cukup ilmu dan pengalaman yang boleh menjadikan semangat sekental mereka, saya pendamkan dahulu hasrat ini.


"Mungkin selepas cukup ilmu dan rasa sudah bersedia sepenuhnya termasuk dari sehi kewangan, barulah saya berani untuk meneruskan niat menghasilkan filem," ujar Nabil.


Terdahulu, Nabil pernah mengarahkan telefilem The Hantus dan muncul dengan filem pertama berjudul Mat Bond Malaya, tahun lalu.


Kini, Nabil bersama rakan baiknya, Saharul Ridzwan mengusahakan Restoran Human Gang di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur sejak Mac lalu. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 05:08 PM | Show all posts
asalkan tak kephammm macam hapis suip & saharul rizuan sudahlahhh,....rengsek dengan kurta & kopiah renyuk berkepham tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 05:57 PM | Show all posts
Filem sengal camtu pun bajet 700k



Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel2 anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 06:08 PM | Show all posts
la so tu bukan gamabr dating ngan lembaga kat puncak bukit malam malam?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan ke objective nye untuk kelihatan zuhud…benda benda duniawi ni ke…tapi kasut nabil tu mahal mahal belaka….dia memang macam imelda marcos…obses kasut….
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2022 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar kat pantai Tu cantik..kat pantai mana Tu ye..anyone tau?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aura terpaling da meresap sikit2 kat dia ni..lay low jela bil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kancilkering replied at 8-7-2022 05:46 AM
bukan ke objective nye untuk kelihatan zuhud…benda benda duniawi ni ke…tapi kasut nabil tu mahal m ...

Tu dah beli sebelum bertobat kot chuols
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 05:00 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 7-7-2022 10:08 AM
asalkan tak kephammm macam hapis suip & saharul rizuan sudahlahhh,....rengsek dengan kurta & kopiah  ...

puyu tak masok list ke chuolls
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
aku susah nk husnuzon ngan dia ni.. sharifah shahira ada leak kot dia pakai short n bini tak bertudung.. sorilah aku tak percaya penunggang ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.142040 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list