View: 3098|Reply: 40
|
Pondan Kecewa Kena Gelak Bila Masuk Surau, Dah Solat Dihina Pula
[Copy link]
|
|
Video luahan hati seorang individu yang mendakwa ditertawakan sekumpulan lelaki ketika mahu menenunaikan solat di sebuah surau meraih perhatian ramai.
Menerusi video itu, Ikram Hamid atau lebih dikenali sebagai Jelly Belly berkongsi kisah tersebut yang dikatakan berlaku di surau sebuah hospital swasta di Pahang, Khamis lalu.
 Foto: mStar
"Assalamualaikum. Saya nak bagi satu pesanan untuk rakyat Malaysia yang suka pergi surau, yang suka pergi masjid. Kalau nampak orang macam saya... pondan atau bapuk yang pergi masjid, tolonglah jangan gelakkan dia. Tolong jangan ketawakan dia.
"Kita nak pergi menghadap Allah ni kan, takkan la nak gelak. Nampak pondan sikit terus gelak. Janganlah macam tu, doa je baik-baik.
"Mana tahu kita orang boleh potong rambut macam korang ke, kita orang boleh pakai serban ke. Tak chill, sedih sangat saya rasa. Kenapa orang nak ketawakan kita pergi solat," ujarnya dalam nada sebak.
Ketika dihubungi mStar bagi mendapatkan gambaran sebenar, Jelly menyifatkan situasi seperti itu adalah cabaran bergelar lelaki lembut di Malaysia.
"Saya berada di hospital untuk melawat kakak. Masa tu waktu Asar, dah agak lewat. Saya masuk ke surau hospital, tiada sesiapa pada waktu itu dan saya solat seperti biasa.
"Masa nak keluar, ada tiga ke empat orang lelaki macam tehcnician, mereka masuk ke surau dan pandang saya dengan pelik. Saya senyum je la apabila orang masuk, kemudian saya tunduk dan keluar.
"Mereka ketawa berdekah-dekah, dia mention bapuk weh. Dia gelak-gelak. Masa tu saya berpakaian normal. Saya pakai kurta lengan pendek. Mungkin sebab saya berisi, mereka nampak shape badan saya, nampak ke arah dia fikir yang saya ni perempuan," ceritanya.
Menurut anak kelahiran Pekan, Pahang yang berusia 30-an itu, dia sejujurnya terkilan dengan situasi berkenaan, namun menganggap ia sebagai ujian yang perlu dilalui dengan tenang.
"Ikutkan memang dah fed up. Dah banyak kali orang pandang pelik. Memang sangat terkilan. Walaupun pakai kopiah, tetap orang pandang-pandang. Tapi nak buat macam mana. Sebagai orang Islam, ini ujian untuk saya.
"Kepada orang luar, sebagai Muslim, berdoalah untuk orang macam saya. Apabila pergi solat, janganlah gelakkan kami. Sekarang pun dah masuk fasa endemik, kalau nak salam pun boleh.
"Kepada golongan lembut macam saya, janganlah pula kita ke surau dalam keadaan tak sepatutnya. Orang selalu pandang kita sebagai simbol kepada sesuatu, tapi saya tetap akan bawa agenda kebaikan, nak tunjuk yang kami juga orang baik, bukan semua buat kerja tak elok," ujarnya.
Dalam pada itu, Jelly yang mengusahakan bisnes produk kecantikan turut terharu apabila video yang dikongsi di aplikasi TikTok meraih sokongan ramai, malah dia turut dihujani dengan kata-kata semangat daripada netizen.
"Ramai yang positif di TikTok. Walaupun saya faham rakyat Malaysia tak berapa suka golongan macam kami, saya akan terus bawa aura positif. Saya makin bersemangat apabila ramai yang komen baik-baik.
"Terima kasih Allah kerana hadirkan orang yang baik-baik menerusi TikTok, saya hargai sangat-sangat. Teruskan berdoa untuk orang macam saya serta umat Islam yang lain, moga kita jadi sahabat di syurga," ujarnya lagi. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
teruskan jihad ke arah kebaikan tu uols.. abaikan segala macam kutukan dari orang sekeliling.. meols doakan uols & adik-adik lain terus diberikan kekuatan jiwa.. |
|
|
|
|
|
|
|
hasanah versi jelly belly pulak dah..
apa nama produk dia tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada benarnya kat tanah air ni ada ramai je species macam tu suka sangat ketawakan orang macam diri dah lengkap segalanya. Salah orang suka dikaji tapi sampai lupa akan kesalahan dan kekurangan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini punca akak benci manusia dekkk…. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je lelaki jenis menyanyi kuat2 bila perempuan lalu, melalak panggil2 kawan dia, then ketawa terbahak2. Macam orang sasau padahal dok bandar. Memang kena jelingan maut jela kau. Annoying. Sabar jela sis Jelly, boleh sambung posing.  |
|
|
|
|
|
|
|
confirm orang yang mengata tu nanti dapat anak pondan berderet2  |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 1-6-2022 07:19 AM
Ada benarnya kat tanah air ni ada ramai je species macam tu suka sangat ketawakan orang macam diri d ...
Jangan jadi:
1. Pondan
2. Gemuk
3. Hitam
Di Malaysia atau mana2 negara di dunia ini. Confirm dikutuk keji. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 1-6-2022 03:39 PM
Jangan jadi:
1. Pondan
Pendek, hudus..
Tapi bab hitam tu mmg betui la.. |
|
|
|
|
|
|
|
rileks la..jadi Perdana Menteri pon orng kutuk kt Msia ni...ni kan pulok jd 'orng lain'... |
|
|
|
|
|
|
|
Ak sentiasa doakn bebaik utk semua... Tibahhh.. Doakan kesejateraan acik foromer jugak... Moga pnjg umo and murah rezeki selalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 1-6-2022 06:19 PM
golongan lgbt yg melawan nafsu/naluri mereka sdg berjihad akbar.... ntah2 kt akhirat nanti kedudukan pondan ni lg tinggi dari 4 technician yg gelakkan tu |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 1-6-2022 03:23 PM
Ini punca akak benci manusia dekkk….
Pooh dan beruang akak benci tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
gudluck dan selamat berjuang bro..semoga istiqamah |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 1-6-2022 03:32 PM
Ada je lelaki jenis menyanyi kuat2 bila perempuan lalu, melalak panggil2 kawan dia, then ketawa terb ...
baling taik kucing dgn jantan b40 tersebut sis |
|
|
|
|
|
|
|
Orang nak berubah takyah ler gelak.. lagi pun walaupun dia pondan tapi dia masuk surau tu berpakaian lelaki.. bukan bertelekung.
Kalau macam sajat tu wajar ler kalau nak kutuk pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
kekdahnya bukan kt surau jer ada org yg mcm tu.. dan pondan ni bukannya tak pernah kene gelak sebelum ni. ni semua konspirasi nk viral utk lariskan produk. Tudia hati hitam aku berbunyi  |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bukan sebab nak viral and free marketing, aku doakan semoga Allah luaskan rezeki kau dan semoga hati kau kuat. Teruskanlah solat |
|
|
|
|
|
|
|
Zack8hunter replied at 1-6-2022 07:01 PM
kekdahnya bukan kt surau jer ada org yg mcm tu.. dan pondan ni bukannya tak pernah kene gelak sebelu ...
Ya kau hitam dek. Kau satu level dengan kapir dek. Selamat datang ke neraka kena seksa dek. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|