CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 981|Reply: 6

Cari Kain Putih Orang Mati Dibunuh Hari Selasa- Pesakit Kanser Otak Habis Puluhan Ribu Ringgit Berubat Dengan Bomoh

[Copy link]
Post time 1-6-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Padang Terap: Sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mendapatkan rawatan bomoh bagi mengelak menjalani rawatan kemoterapi di hospital boleh mengundang bahaya kepada pesakit kanser.


Perkara itu didedahkan Pengerusi Canser Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal yang mengakui kebanyakan pesakit kanser di negara ini sanggup berjumpa bomoh yang kononnya untuk mendapatkan penawar bagi menyembuhkan sakit kanser dialami.


Menurutnya, ada sebahagian mereka mengadu sudah terlambat untuk mendapatkan rawatan di hospital selepas kanser yang dihidapi sudah merebak di peringkat akhir kerana lebih percayakan bomoh sehingga menyebabkan habis wang simpanan.


Che Intan (kanan) bersama ibunya, Foto: Harian Metro




"Saya nasihatkan semua pesakit kanser, tolonglah...dapatkan rawatan awal di hospital sebaik dikesan menghidap apa juga kanser kerana hanya rawatan hospital saja dapat membantu memulihkan sakit yang dialami.


"esakit kanser biasanya perlukan wang yang banyak untuk menjalani rawatan dan bukannya untuk dibayar kepada bomoh serta membeli produk kesihatan tanpa saranan doktor," katanya ketika ditemui sewaktu menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanser di sini, semalam.


Pesakit kanser otak, Che Intan Md Zain, 60, berkata, dia hilang segala-galanya selepas terpaksa menjual rumah, barang kemas serta wang simpanan gajinya yang dianggarkan lebih RM60,000 kerana percayakan bomoh yang diperkenalkan oleh rakannya.


Katanya, sejak dikesan menghidap penyakit itu, dia dihantui kebimbangan memandangkan tahap kesihatannya terganggu selain tumor di otak sebelah kiri semakin besar.


"Saya mula sakit pada 2011 dan bekerja di sebuah kilang di Seberang Jaya, Pulau Pinang.


"Sebelum itu, saya sudah menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang untuk membuang tumor di sebelah kiri selain menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan Pengimejan Resonans Magnetic (MRI).


"Atas nasihat seorang rakan, dia menasihati saya supaya bertemu dengan bomoh terkenal ketika itu di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan saya terus bersetuju untuk bertemu bomoh berkenaan asalkan kanser yang dialami sembuh," katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 3 1/3 Jalan Pokok Sena, di sini.


Menurut Intan, bomoh lelaki berusia lewat 40-an itu menasihatkannya supaya tidak menjalani rawatan di hospital jika berubat dengannya berserta syarat tertentu.


"Dia suruh saya cari kain putih orang mati kena bunuh hari Selasa, tanah kubur selain memaklumkan dalam badan saya ada gangguan makhluk halus.


"Saya tak dapat cari kain tu tapi dia mintak saya bayar RM2,000 untuk tolong dia carikan selain banyak lagi wang yang perlu dibayar selepas itu dengan alasan untuk perubatan saya," katanya.


Menurutnya, akibatnya keadaan kesihatan terus merosot hingga menyebabkan tumor di otaknya semakin membesar sehingga sekarang dan penglihatan juga kabur serta terpaksa dipapah ketika berjalan.





Katanya, dia hilang segala-galanya sekelip mata dan kini terpaksa menumpang tinggal di rumah ibunya, Hatijah Long, 84, yang semakin uzur.


Che Intan berkata, dia malu dengan semua orang termasuk ahli keluarga dan suaminya pula, Maznan Mohd Din, 60, sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan tetapi kini tidak bekerja kerana sudah berusia," katanya.


Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki yang sudah berkahwin dan tinggal berasingan serta anak angkat lelaki berusia 13 tahun yang menetap di situ.


Terdahulu, Che Intan menerima sumbangan daripada Zuraini iaitu wang tunai, barangan keperluan dapur serta telekung untuk kegunaan harian selain sokongan moral kepadanya untuk meneruskan kehidupan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm dh ada tered pasal acik ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambil lah pengajaran dan ikhtibar dari cerita2 sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by addamnor at 1-6-2022 03:08 PM

Entah lah.. bila dah desperate sebegitu, manusia akan hilang akal yang waras. Pentingnya kesederan kendiri utk melindungi diri dari hilang pertimbangan.
They must be very desperate to be healthy again, but then so far many brain cancer dont have good prognosis.

Ilmu agama yang tinggi jua dpt mencegah kita dari sebarang bentuk perbuatan kufur.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 04:30 PM | Show all posts
sama macam mak sedara aku, geng sskjp

sanggup habis beribu walaupun miskin, nak berubat anak dia yang kononye selalu dengar bisikan halus dengan kuat mengamuk

padahal anak dia tu makan pil kuda dengan drug ape ntah

tetap tolak nak bawak anak masuk aadk
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari kain putih orang mati kena bunuh hari selasa.

Pandai moh. Sungguh detail syaratnya. For sure gagal dipenuhi. Ujung2 kena moh gak cari. Sial kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bukak kedai kat Shopee sekarang zugak pi juey kain kapan orang mati kene bunoh hari Selase kalo betoi in demand..  Masyukkk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.319785 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list