CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 568|Reply: 0

Polis Buru Lelaki Selalu Bakar Rumah Penduduk Kampung

[Copy link]
Post time 1-6-2022 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dipercayai penagih dadah diburu polis kerana disyaki membakar sebuah rumah di Kampung Keruak di Hulu Besut, Jertih petang kelmarin.


Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki tempatan berusia 40-an itu dipercayai sedang bersembunyi di dalam hutan di sekitar kampung berkenaan selepas melakukan perbuatan khianat itu kira-kira jam 4 petang.




Gambar hiasan




"olis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran dan kes ini sedang disiasat menurut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.


"Suspek dikatakan mahir dengan selok-belok di dalam hutan di situ menyebabkan usaha memberkasnya berdepan kesulitan," katanya.


Dalam kejadian itu, rumah milik Nor Baidi Abdullah, 60, musnah sepenuhnya dipercayai dibakar lelaki terbabit menggunakan minyak petrol.


Menurut Nor Baidi, perbuatan suspek itu sempat dilihat anak lelakinya berusia 16 tahun yang ketika itu berada di dalam bilik air sebelum terdengar suatu bunyi mencurigakan.


"Anak saya terkejut kerana ketika mengintai melalui lubang bilik air, dia ternampak suspek sedang menjirus cecair dipercayai petrol ke dinding rumah sebelum membaling kain yang dinyalakan api ke salah satu bilik tidur.


"Kejadian kali ini merupakan perbuatan kali keenam suspek membakar rumah saya termasuk ada sekali suspek membakar kereta saya dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, namun kami sekeluarga sempat memadamkan api sebelum merebak pada lima cubaan sebelum ini," katanya.


Nor Baidi berkata beliau tidak mengetahui motif lelaki berkenaan bertindak sedemikian kerana beliau sekeluarga tidak pernah mengganggunya selama ini.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.124251 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list