CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 899|Reply: 6

2 Lelaki Gaduh Tepi Jalan Tak Puas Hati Dihon

[Copy link]
Post time 1-6-2022 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Tidak puas hati dihon didakwa menjadi punca pergaduhan dua lelaki di tepi Jalan Gasing, Petaling Jaya pada Isnin.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kedua-dua individu tersebut tampil membuat laporan polis pada jam 6.31 petang Isnin.


"Hasil siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara kedua-dua lelaki yang mencetuskan pergaduhan itu disebabkan tindakan salah seorang daripada mereka yang memarahi dan menampar lelaki berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.




Insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki di tepi Jalan Gasing tular di media sosial sejak Isnin.




Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya mengesan video berdurasi tiga minit 31 saat yang tular di media sosial itu.


"Dalam video tersebut, salah seorang lelaki mencetuskan provokasi dan menggunakan perkataan kesat kepada seorang lelaki lain, sebelum berlaku pergelutan antara mereka.


"Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik dan tidak mahu sebarang siasatan lanjut diteruskan," katanya.


Bagaimanapun, media hari ini melaporkan bahawa pihak polis membuka kertas siasatan berkaitan kes itu di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar.


"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan pada Rabu.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 10:14 AM | Show all posts
Gambar HD - good
Kameraman tak goyang - nice
Shooting sebelum, semasa dan selepas gaduh - very very nice

Cina gaduh, Melayu tepok tangan.. ekekek
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg auto ttinggal otak kt umah once masuk keta/pulas throttle moto la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahana kesan covid dan barang makin naik harga ni mmg ramai org gila
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 10:33 AM | Show all posts




MAKIN RAMAI ORG GILA
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 11:43 AM | Show all posts
Gaduh la sampai puashati.
Org skrg bnyk gila sudah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2022 01:16 PM | Show all posts
lembam mata si baju merah kena
hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.173106 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list