View: 14756|Reply: 195
|
Warganet Kongsi Pengalaman Date Dengan Pasangan Kedekut
[Copy link]
|
|
Bagi sesetengah orang, mereka sudah tentu mempunyai kriteria tertentu sebelum memilih seseorang jejaka atau wanita itu untuk dijadikan pasangan.
Pastinya dalam senarai check list masing-masing, individu yang bersikap kedekut atau suka berkira berada dalam kategori lelaki atau wanita yang ingin dihindari.
Ia ibarat red flag yang sekaligus membantutkan hasrat untuk seseorang meneruskan hubungan ke fasa seterusnya.
 Gambar Hiasan
Menerusi ciapan di Twitter, pertanyaan seorang individu tentang pengalaman warganet yang pernah berpasangan mahupun date dengan individu yang bersifat 'Haji Bakhil' cukup meriah dengan pelbagai perkongsian.
"Kongsikan pengalaman anda date dengan lelaki or perempuan kedekut," demikian ciapan yang ditulis oleh seorang pelayar di Twitter sehingga menyaksikan ia dibanjiri ribuan komen.
Antara yang menarik perhatian ialah perkongsian seorang wanita tentang pengalamannya berjanji temu dengan seorang jejaka yang sentiasa memberi alasan tentang masalah pengangkutan.
"Dia ajak keluar. Aku pickup. Sampai McDonald's suruh aku jaga tempat dan dia pergi beli makanan. Dia sampai meja, 'dah awak pula pergi beli'. Aku cakap aku kenyang. Tapi aku makan fries dia satu.
"Dia tegur, 'jangan habiskan ya... nak letak dalam burger'. Hahaha," kongsinya.
Menurutnya lagi, lelaki tersebut juga kerap memberi alasan seperti tiada kereta, motor rosak dan jarak yang jauh ketika mahu mengajaknya keluar.
" atutnya time hantar balik mintak duit minyak baru kena. Tapi part pesan jangan habiskan fries tu sumpah lawak," komen netizen lain.
Selain itu, seorang wanita lain berkongsi kisahnya pernah bersuamikan lelaki yang berkira termasuk perbelanjaan keperluan dapur yang sememangnya menjadi tanggungjawab suami.
"Kes saya bukan dating, (tapi) kahwin dah. Beli barang dapur pertama kali selepas nikah. Dia bayar. Esok tengok dia tampal resit dekat peti sejuk. Hujung bulan kita kira katanya. That's it. Dah jadi 'ex' (bekas suami) dah pun," kongsinya.
Tambah wanita tersebut lagi, apa yang membuatkannya lebih tersentak adalah apabila terjumpa resit di mana bekas suaminya berbelanja barangan mewah secara sembunyi-sembunyi.
" aling tak boleh terima, jumpa resit shopping for himself. Semua branded goods. Korek-korek jumpa semua barang tu dalam but kereta. Hati saya pecah berderai. Kemudian saya failkan penceraian," katanya lagi.
Seorang gadis ini pula terkedu apabila perlu membayar makanan sendiri ketika keluar bersama seorang lelaki sedangkan harganya tidak lebih daripada RM10.
"Makan dekat kedai ayam penyet tepi jalan. Dia order, aku cari tempat. Dah habis makan, dia kata belum bayar lagi. Pergi kaunter ingatkan dua dua makanan belum bayar. Sekali akak tu kata 'dia dah bayar, awak punya je belum dik'. Nasi ikan keli RM7 je pun," kongsinya.
Sementara itu, ada antara warganet yang menitipkan nasihat terutama bagi mereka yang mempunyai pasangan suka berkira.
"Satu je nasihat. Lelaki first date kalau nak offer bayar, let them be. Jangan offer dulu sebab lama-lama dia terbiasa. Perempuan especially yang ada karier, dia tak hadap pun duit tapi lelaki kedekut ni buat diorang rasa turn off. Lepas tu mengungkit, angkat kaki saja!" tulisnya.
Namun ada yang berpandangan, perbelanjaan ketika keluar berjanji temu tidak seharusnya diletakkan di bahu lelaki semata-mata, sebaliknya masing-masing perlu mempunyai sikap tolak ansur.
"Bukan ke sepatutnya kalau dating, kenalah sama-sama keluarkan duit. Dah kahwin tu lain ceritalah.
"Both side kena contribute. Dah kahwin lain cerita sebab dah jadi isu nafkah. Ini baru dating nak laki tanggung dah kenapa? Nafkah couple ke?" demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Untunglah mrasa ada jodoh wlaupun ada cabaran, yg dh lama single ni diam je lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 31-5-2022 06:03 PM
"Baju kurong maternity U tu RM600+ I beli tau tak!"
Dah aku arwahkan pon dengan talaq 1. Kejadian 1997.
Get lost..  |
|
|
|
|
|
|
|
Asal ajak jumpa suruh aku yg gi tempat dia. Mulanya ingatkan sbb senang gi tempat mkn Dan jln2. Sekali dia terlepas cakap .. dia tak nak membazir duit minyak & tol. Cam hara* |
|
|
|
|
|
|
|
Keluar makan kat kg baru. Dia order nasi putih dua, sup kosong satu dengan telur dadar. Dia order air teh o ais aku punya air suam. Tapi bila menyembang jota2 ajer. Kenal datuk ni datuk tu. Sembang karipuley. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kalau 1st date nak belanja makan pun tak mampu, babai jelah, fasa memikat kot, ke mmg kena byr sendiri sendiri klu 1st date |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 31-5-2022 05:56 PM
Untunglah mrasa ada jodoh wlaupun ada cabaran, yg dh lama single ni diam je lah.
Ahahahahaha  |
|
|
|
|
|
|
|
First time keluar dgn org sskjp. Dah la dia yg ajak keluar, aku minum air kopi o je sebab sejenis X makan malam.
Dia order nasi rasanya+ air jus. Pendek kata aku la yg bayar lepas tu ajak jumpa lagi. P mampos la |
|
|
|
|
|
|
|
Apa la nasib korang ni ye terjumpa orang2 kedekut. Gelihati baca komen korang.  |
|
|
|
|
|
|
|
Dpt couple kedekut x pernah, tapi dapat kawan kedekut ramai..
Sorg member aku, tiap kali lepak ramai2, Lepas makan mesti buat tak tau jer.. Mengharap org lain kuarkan duit dulu.. Pastu klu pi cuti2 pon, dah tau kongsi kereta apa seme, dia blh buat dekkkk jer..
Tapi yang lawaknya, pastu leh cakap terima kasih sebab kawan2 selalu belanja x suka bagi dia kuar duit.. Hak tuiiii, orang bayar sebab malas nk bagi waiter tunggu lama2 ko nak kasik duit... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah rasa thread ni mcm thread lawak...sb semua cerita buat aku x tahan gelak...amponn  |
|
|
|
|
|
|
|
Kenangan…
Masa dua2 kje x menentu, keluar share2 duit mkn, wyg, tp minyak keter still dia byr full sbb keter dia. Bila kje dah stabil semua dia byr bila keluar.
Tp xda jodoh. I kawen org lain  |
|
|
|
|
|
|
|
geng MLM leteww
tak punn sifoot ailio bashi punya students 
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat cite lama , masa order makanan , aku bagi sesiap duit untuk byr and aku pegi cari tempat duduk...
alih alih dia bawak food ke meja...pastu siap ckp..mintak lagi 20sen ..tak cukup tadi...jenuh dia kena keluarkan duit nak tambah ..grrrrrrrrrrrrrrrrrr 20 sen kot...kalau 20hengget aku faham laaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak penah lagi jumpa ex bf yg kedeks... mebi meols sedikit bertuah or meols tak kisah makan warung ke makan mamak..  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by TOPwind at 31-5-2022 10:13 PM
bukan kedekut tapi takde duit nak belanja- sabarlah boleh,
asal pompuan je nak makan free, pepek bukan satu okay
jgnlah xtion
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols.belum pernah kena
Tp roommate iols.masa study dolu pernah cite..
Ada mamat ni..konon nak ajak.dating lah..
Eceh..dia pung okay lah konon nak kenal2
Iols pung support lah siap bg pinjam.tudung senada..hahahaahhahaha...
Pastu dia balik muka masam
Rupanya mamat tu ajak ke kedai abe ni..order ikan siakap bagai..tiber2 lupa bawak wallet
Mujur la budak ni berduit...
Pastu konon nak.ajak dating lg..kat kfc
Pegi.lagi...
Pastu kawan iols ckp duit tak cucuk
Terus dia ckp ada hal.urgent
Cancelled |
|
|
|
|
|
|
| |
|