CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 917|Reply: 10

[Dunia] Abuja: 30 mati ketika berebut makanan

[Copy link]
Post time 29-5-2022 05:30 PM | Show all posts |Read mode
30 mati ketika berebut makanan



Abuja: Acara amal di sebuah gereja di selatan Nigeria, pada Sabtu, bertukar menjadi tragedi apabila lebih 30 terbunuh semasa penduduk miskin berebut-rebut makanan yang diagihkan sehingga terjadinya rempuhan.

Kasut dan selipar berselerak di atas tanah selepas situasi menyayat hati di bandar Port Harcourt, apabila orang ramai cuba memasuki acara amal berkenaan, kata polis dan saksi.

Sebuah pertubuhan gereja tempatan sedang menawarkan makanan dan hadiah untuk golongan miskin di Kelab Polo Port Harcourt apabila orang ramai mula hilang kawalan, kata polis.

"Malang terjadi apabila keadaan menjadi kecoh dan tidak terkawal. Semua usaha yang dilakukan oleh penganjur untuk mengembalikan kewarasan orang ramai ketika itu terbukti tidak memuaskan," kata polis dalam satu kenyataan.

Imej yang disiarkan di media sosial dan disahkan oleh AFP menunjukkan keadaan pilu di luar hospital tentera di bandar itu apabila ramai ahli keluarga mangsa menangis dan merawat mangsa yang cedera, kebanyakannya kanak-kanak.

Saksi berkata, terjadinya pelakuan tolak-menolak hingga ada yang terjatuh dan dipijak ketika orang ramai berpusu-pusu cuba ke pintu masuk hingga ada terpaksa berundur.

"Mereka memberitahu orang ramai 'Balik, balik, balik'.

"Ketika sesetengah orang yang menolak ke belakang, pada masa sama kumpulan lain sedang berarak ke arah orang itu," kata saksi, Chisom Nwachukwu.

Polis berkata, siasatan sedang dijalankan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... ika-berebut-makanan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pihak yg bagi tu tk pikir ke benda cmni leh terjadi . patut selidik dlu
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 06:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 06:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 06:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 06:37 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2022 06:38 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 06:39 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 06:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 01:06 PM | Show all posts
Sementara kat Msia acik2 sibuk dok berebut kepci..apooo
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur takde yang terkorban berebut kfc kat openhouse semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.242961 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list