CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 722|Reply: 5

Guru Hantuk Kepala Pelajar Di Meja Sebab Tertidur Dalam Kelas

[Copy link]
Post time 27-5-2022 11:04 AM | Show all posts |Read mode
BEIJING – Seorang guru di China telah diarahkan bercuti selepas dia dirakam memukul seorang pelajar yang didakwa mengantuk semasa di dalam kelas, lapor akhbar Daily Star.


Pelajar sekolah menengah yang hanya dikenali dengan nama keluarga Liu itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Kejadian berlaku di bandar Zhaotong, wilayah Yunan.


Menerusi rakaman kejadian, guru bernama Ma itu dilihat menarik rambut pelajar tersebut dengan kuat lalu menghantuk kepalanya ke meja berulang kali.




Foto: Daily Star




Pelajar itu kemudian diheret dari kerusi dan dipaksa berdiri di hadapan kelas sambil dilihat oleh pelajar lain yang ketakutan. Dia kemudian ditolak jatuh ke atas lantai lantas belakang badannya dipijak.


Video yang dirakam pada 10 Mei lalu itu kemudian disahkan oleh pegawai daerah Ludian selepas siasatan dijalankan di Sekolah Menengah No.2 daerah Ludian.


“Video seorang guru memukul pelajar sekolah di Zhaotang, wilayah Yunan telah tular di internet. Klip itu merakamkan kejadian yang benar-benar berlaku pada 10 Mei lalu di Sekolah Menengah No.2 daerah Ludian.


“Selepas kejadian, Biro Pendidikan dan Sukan daerah Ludian terus menghantar pelajar bernama Liu itu ke hospital daerah untuk pemeriksaan.


“Tiada kecederaan dalam pemeriksaan awal dan mangsa dihantar kembali ke sekolah untuk belajar,” demikian kenyataan rasmi mengenai kejadian terbabit. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh cikgu nih sukati ye buat anak org mcm tu. Kut ye pun kejut je la elok2.. dah mcm gusti pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 11:49 AM | Show all posts
Zaman iols cikgu baling dengan blackboard duster.
Dah kena baling cikgu suh cuci muka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 12:58 PM | Show all posts
Apa yang tak ganas kalau disana
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 02:30 PM | Show all posts
Nnasda53 replied at 27-5-2022 11:49 AM
Zaman iols cikgu baling dengan blackboard duster.
Dah kena baling cikgu suh cuci muka.

sama dengannnnnnduster atau kapur terbanggggggg


muka ngantok/mamai, berborak dgn kwn sebelah kiri kanan depan belakang & buat bising

mmg mendapat la tepong gomakkkk
kalau sekolah rendah, abis uniform sekolah warna biru gelap tu bercapuk2
ehh kenapa kau tak eeeelakkkkkkk
kalau sempat elak, kena kwn belakang

kalau tak kena baling dgn duster/kapur, kena berdiri atas kerusi atau luar kelas jd jaga pintu.. lg seronok kot boleh jengah kelas sebelah sambil buat isyarat muka

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 09:56 AM | Show all posts
cikgu mental ke ni..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.108775 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list