View: 524|Reply: 0
|
Google Imagen Boleh Buat Imej Realistik Dengan Menggunakan Input Teks Saja
[Copy link]
|
|
Kecerdasan buatan (AI) bukan satu perkara baru untuk zaman sekarang kerana pelbagai teknologi terbaru dan sistem baru memudahkan kehidupan seharian manusia seperti carian enjin Google, telefon pintar, kenderaan pandu sendiri dan lain-lain.
Kredit foto: Twitter
Baru-baru ini, penyelidik di Google sedang membangunkan AI terkini yang membenarkan pengguna menghasilkan imej realistik dengan hanya menulis input teks sahaja.
Difahamkan, teknologi itu yang dinamakan "Google Imagen" mampu menghasilkan imej lebih baik berbanding AI imej lain seperti DALL-E 2, Latent Diffusion Models dan VQGAN.
Tetapi, Imagen masih belum dilancarkan kerana Google mahukan melakukan beberapa ujian sebelum melancarkan kepada orang ramai.
Anda hanya perlu letak teks seperti "ular sawa besar yang diperbuat daripada jagung" dan anda hanya tunggu hasil gambar itu siap, ianya dikatakan amat cepat dan mudah untuk digunakan kepada mereka yang mahu membuat gambar sendiri. - CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|