CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1180|Reply: 1

Tak Perlu Pengalaman, Ratu Elizabeth Cari Pembantu Rumah Upah RM43 Sejam

[Copy link]
Post time 26-5-2022 05:13 AM | Show all posts |Read mode
Keluarga Diraja Britain mengemukakan iklan mencari pembantu rumah profesional bagi memastikan kediaman pemerintah kerajaan itu berada dalam keadaan terbaik sepanjang masa, lapor akhbar Metro UK, semalam.


Kakitangan baharu itu akan bekerja selama 40 jam seminggu sama ada di Istana Buckingham atau Istana Windsor.




Kredit foto: IG The Royal Family




Upah yang ditawarkan adalah pada kadar £7.97 sejam (RM 43.88), kurang £1.93 (RM10) berbanding kos sara hidup standard di Britain. Namun, kakitangan akan menerima lokasi penginapan dan makanan yang disediakan oleh pihak istana.


Dalam pakej sama, terdapat 15 peratus skim pencen caruman majikan tambah faedah dan 33 hari cuti termasuk cuti umum.


“Ini adalah laluan kerjaya dalam hospitaliti yang akan mengembangkan kemahiran dan kepakaran mengemas anda.


“Sertai pasukan profesional kami, anda akan membersihkan dan menjaga pelbagai ruang dalaman dan barangan serta memastikan ia dipersembahkan dengan sebaik mungkin,” tulis iklan itu.




Kredit foto: Getty Images





Calon yang berminat juga tidak perlu mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan kerana majikan iaitu Ratu Elizabeth sendiri lebih berminat dengan pendekatan proaktif dan keupayaan bakal kakitangan untuk menangani cabaran baharu.


Orang ramai berpeluang membuat permohonan sehingga 19 Jun ini dan mereka yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga pada bulan Julai.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2022 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi apa, housemaid, lady’s maid, butler, footman,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.185689 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list