View: 342|Reply: 0
|
Mastercard Sedang Menguji Bayar Dengan Hanya Senyum Sahaja
[Copy link]
|
|
Kalau kita mahu membeli sesuatu barang, kita sama ada bayar menggunakan wang tunai ataupun kad pada terminal pembayaran untuk melakukan transaksi tersebut.
Mastercard Sedang Menguji Bayar Dengan Hanya Senyum Pada Terminal.
Dengan teknologi yang semakin berkembang pesat, syarikat Mastercard sedang mencari jalan untuk memudahkan proses pembelian tanpa menggunakan kad ataupun berikan wang secara fizikal.
Difahamkan, teknologi terbaru yang dinamakan "Mastercard Biometric Checkout" akan membenarkan pengguna membayar dengan senyum pada terminal pembayaran sahaja. Pengguna hanya perlu daftar menggunakan aplikasi Mastercard khusus akan melakukan imbasan wajah dan mengesan senyuman pengguna.
Justeru, apabila pengguna berada di kaunter pembayaran, pengguna hanya perlu senyum pada sebuah peranti khas yang disediakan dan ia akan memproses pembayaran tersebut.
Tambahan pula, Mastercard sekarang ini sedang menguji ciri itu di negara Brazil dan mungkin akan memperluaskan ke negara lain pula. -CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|