CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 730|Reply: 5

Jakim 'OK' Import Ayam Brazil

[Copy link]
Post time 25-5-2022 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) tidak mempunyai masalah untuk menerima produk ayam dari Brazil asalkan ia mengikut pematuhan halal berdasarkan standard dan protokol yang ditetapkan negara ini.


Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, sekiranya terdapat permohonan untuk mengimport ayam dari Brazil, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan menguruskan audit pematuhan ke loji di negara berkenaan dan Jakim akan turut serta bagi memastikan pematuhan halal yang ditetapkan itu dipatuhi.




Kredit foto: The Straits Times




"Jakim tidak mengeluarkan sijil halal kepada loji dari luar negara tetapi mewajibkan loji berkenaan mempunyai pensijilan halal daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf di negara pengeluar.


"Namun, pensijilan halal di negara pengeluar itu tidak bermakna mereka boleh mendapat kebenaran import produk ke Malaysia secara automatik.


"Ia hanya hanya berlaku selepas pemeriksaan dibuat dan diluluskan oleh JPV, selepas itu barulah produk berkenaan diterima masuk ke negara ini," katanya.


Hakimah berkata, dengan proses itu, ia menolak kenyataan yang mengatakan bahawa ketiadaan sijil halal daripada Jakim membantutkan usaha kerajaan mendapatkan bekalan ayam yang lebih murah dari Brazil.


"Isu ini tidak berbangkit kerana urusan pemeriksaan diuruskan oleh pihak JPV dan Jakim bersedia untuk menghantar juruaudit bagi memastikan pematuhan halal menepati keperluan halal di negara ini," katanya.


Sebelum ini, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera Datuk Ameer Ali Mydin mendakwa usaha usahawan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah akan sia-sia sekiranya agensi kerajaan yang memberikan pengiktirafan dan pensijilan halal serta keselamatan makanan gagal membantu usaha berkenaan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 03:14 PM | Show all posts
jauh ayam mai dr brazil no...
kobis dari cina
ayaq dari singapore
minyak petrol dari thai
..............................................................................
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Halal ke...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 03:20 PM | Show all posts
Moga ia benar2 halal selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 03:27 PM | Show all posts
dulu masa dok luar negara jadi buruh am selalu makan ayam jenama sadia dari brazil. dia ada 2 versi. satu ade tanda halal satu takda. yakin je la beli yang ade tanda halal tu. hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je orang dimalaysia Tak perlukan ayam halal ..apa salah import untuk mereka. Hanya segelintir je antara mereka yg non Muslim memilih ayam halal kerana hygiene factor
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.061496 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list