CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 624|Reply: 0

[Kedah] Kedah catat 15 kematian sepanjang 9 hari Op Selamat 18/2022

[Copy link]
Post time 8-5-2022 04:48 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Mahiri (kanan) bersama pegawainya memeriksa rekod jumlah kematian dan kemalangan sepanjang Op Selamat 18/2022 ketika melakukan tinjauan di Plaza Tol Alor Setar Utara. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Kedah mencatatkan 15 kes kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang sembilan hari Op Selamat 18/2022 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussin berkata, jumlah itu membabitkan 995 kemalangan yang direkodkan sejak 29 April lalu.

Beliau berkata, antara punca kemalangan berlaku adalah akibat kecuaian sehingga terbabas atau mengantuk.

"Kebanyakan mangsa berusia antara 15 hingga 30 tahun. Ini termasuklah kemalangan maut yang berlaku di Kilometer 19.4 Lebuhraya Utara Selatan iaitu persimpangan jalan Kampung Nongka yang menyebabkan dua kenderaan dan seorang daripadanya rentung terbakar, Khamis lalu," katanya ketika ditemui sewaktu melakukan tinjauan di Plaza Tol Alor Setar Utara, di sini hari ini.

Mohd Mahiri berkata, sepanjang sembilan hari Op Selamat berlangsung, sebanyak 17,004 saman dikeluarkan terhadap pengguna di atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.

Beliau berkata, ia termasuk kesalahan utama iaitu memandu di lorong kecemasan, penggunaan telefon bimbit ketika memandu, tidak patuh lampu isyarat, memotong garisan berkembar dan memotong barisan.

"Penunggang motosikal antara penyumbang terbesar kemalangan diikuti pembonceng yang dikesan sepanjang Op ini berlangsung.

"Selain itu, tiga daerah yang menjadi penyumbang tertinggi kemalangan iaitu Kuala Muda, Kota Setar dan Kulim yang mana kebanyakan kemalangan berlaku di jalan negeri," katanya.

Mohd Mahiri berkata, keadaan aliran trafik didapati sibuk ketika ini terutama di lebuh raya disebabkan ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke destinasi pada saat akhir bagi mengelak kesesakan.

Beliau berkata, kelancaran trafik di kawasan pusat bandar juga adalah disebabkan kawalan anggotanya seramai 229 orang sejak hari pertama operasi berlangsung.

"Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, 1.4 juta kenderaan memasuki negeri ini sempena sambutan Aidilfitri menyebabkan peningkatan kenderaan berlaku di beberapa kawasan.

"Disebabkan itu, saya nasihatkan pemandu yang mengantuk atau letih supaya berhenti dahulu untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan bagi mengurangkan kemalangan berlaku," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-op-selamat-182022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.328861 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list