Walaupun sudah dua tahun tidak menyambut Aidilfitri dengan meriah, penerbit terkenal, Datuk A.Aida, 52, mengakui tidak teruja meraikan hari raya pada tahun ini kerana banglo mewa milikinya di Janda Baik, Pahang masih belum siap sepenuhnya.
Memetik laporan Kosmo! Online, mereka sekeluarga juga sepatutnya meluangkan masa dengan bercuti di Pulau Sipadan, Sabah tetapi perancangan itu juga tidak kesampaian.
"Tahun ini, saya dan anak-anak rancang untuk bercuti di Sabah tetapi semua tutup. Raya ketiga baru buka. Oleh itu, yang paling dekat adalah Genting Highlands tambahan pula saya sudah 90 peratus nak siapkan rumah di Janda Baik.
Sumber Kosmo! Online
"Jadi, saya tiada mood nak raya sedangkan mereka semua ajak bercuti ke Switzerland. Saya beritahu saya tiada mood. Kalau mereka adik-beradik nak pergi, silakan.
"Selepas raya nanti Aleesa dan Natassha akan bercuti ke Switzerland. Saya tak boleh nak ikut sekali sebab nak siapkan rumah Janda Baik," katanya.
Jelasnya lagi, selagi rumah banglo tersebut belum siap sepenuhnya, dia tidak dapat pergi kemana-mana dalam tempoh panjang terutama sekali ke luar negara.
"Selagi rumah tak siap, mereka ajak nak bercuti tempat menarik macam London pun saya tak dapat turut serta," katanya.
Sebelum penularan wabak Covid-19 dan diisytiharkan pandemik, sudah enam tahun A.Aida dan anak-anak merayakan Aidilfitri dengan bercuti di luar negara. -CARI
|