View: 2024|Reply: 26
|
Peguam Tiada Kuasa Tentukan Siapa Salah - Respons Menteri Kepada MAZA
[Copy link]
|
|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi peringatan, seseorang itu “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” sebagai respons kepada kenyataan mufti Perlis, “berdosa” bagi peguam membela mereka yang diketahui melakukan jenayah.
Wan Junaidi berkata, peguam tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.
“Hanya hakim mempunyai kuasa mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis semalam.
 Kredit foto: FMT/IG MAZA
Semalam, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menjawab pertanyaan beberapa peguam mengenai kerjaya mereka, kadangkala membela atau mempertahankan kes yang mereka tahu berada di pihak salah atau zalim.
Mufti itu berkata, Islam melarang mereka melindungi pesalah atau pendosa, sambil menambah adalah berdosa dan haram bagi mereka menerima bayaran perkhidmatan daripada pesalah.
Beliau menegaskan dosa wang diambil daripada pihak yang salah itu lebih buruk daripada hasil pelacuran.
Asri menggesa peguam menilai kes mereka sebelum menerimanya.
Wan Junaidi menolak kenyataan Asri dan berkata, jika menerima bayaran dan yuran guaman adalah berdosa, maka tidak ada orang Islam yang mahu menjadi peguam.
Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata, kementerian mencadangan pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 atau Akta 347, dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai.
Pindaan dicadangkan itu adalah sebahagian daripada agenda reformasi yang bertujuan memperkukuh kuasa Parlimen sebagai badan perundangan tertinggi di negara ini.
Sumber: FMT |
|
|
|
|
|
|
|
Wpun aku tak suke maza tp kali ni aku sokong maza |
|
|
|
|
|
|
|
Betuilaa.. kan maza kata kalau peguam tu mmg sedari awal tahu anak guam dia salah.. mmg la takleh ambik kes tu sebab dikira bersubahat nak bela pesalah. |
|
|
|
|
|
|
|
peguam wlpn tahu anak guamnya bersalah tetap akan berusaha untuk memastikan client nya lepas melalui kesilapan teknikal, contohnya kes tangkap basah mat sabu |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sangat pilih bulu..kes najib dan zahid tahu pun diam........atau yang tu tak berdosa |
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah apa maza cakap tu |
|
|
|
|
|
|
|
klau dh taw mmg salah.. tp ko bela juga.. mmg bersubahat la tu.,. ko bela sebab apa.. sebab duit kn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 21-4-2022 06:01 AM
Wpun aku tak suke maza tp kali ni aku sokong maza
Nabi didatangi seorang penzina yg ngaku dirinya telah melakukheun zina.....nabi menyuruhnya pulang...3 kali penzina ini berulang ngaku dan setiap kali iteww juga nabi menyuruh dia pulang kerumahnya......now kalau hadith ini betul sahih dan kita mengambil dari konteks yg disebut oleh Maza....that makes nabi kita golongan apa?
NAUZUBILLAH..... |
|
|
|
|
|
|
|
dh tu nk bg lawyer bkn islam yg bela ke?
itu jam, korg jgk yg gelupur
dh mmg kerjaya die peguam utk bela client
whatever salah ape sekalipun
kdg mmg dh tau, clear case salah dgn pembuktian yg super kokoh
tgl lg 1 tugas die yg sgt penting utk pastikan seringan2 hukuman kpd client/pesalah td
maybe pd kita2 seberat2 hukuman lh selayaknya cash kena
tp tugas die jgk selain bela adlh utk pastikan hukuman plg ringan yg mahkamah blh bg
afterall kt sana kita pun tak tau ape yg akn jd kt org yg btl2 salah dgn org yg mendapat salah penjurian
for sure semua akn dpt bhgn masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
alamak ko dah mcm tuhan pulak tahu org tu bersalah ke tidak. pui |
|
|
|
|
|
|
|
Dah bidang kerjanya macam tu kalau tak sanggup usah jadi peguam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 21-4-2022 02:40 PM
Engko tu bidang undang2. Siked2 hakim.. Dia ulamak. Dia nak tegor je.. Ko panas apasal?? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 21-4-2022 02:55 PM
kita pakai undang2 china(dedulu) la....'seseorang tu didapati bersalah...sehinggalah dia dapat membuktikan dia tak bersalah'... |
|
|
|
|
|
|
|
apabila...undang2 & praktiknya...drp acuan barat...tetapi dilihat dpr perspekif Islam.Benda ni kena 'diselesaikan' oleh pakar undang2 dan agama dlm konteks Malaysia kita... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukanke di dalam ajaran islam seseorang itu mesti di hakimi sebelum di jatuhi hukumam?
Ini mopt lupaka ajaran selam? |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya bagi dia 'perbicaraan' sudah berjalan di luar mahkamah lagi macam dalam medsos netizen pun dah jatuhkan hukum. Jadi lawyer pun dah tau siapa betul siapa salah why nak bicara lagi. Tutup terus mahkamah pun bagus kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
betul...DSN belum bersalah org dah cakap bersalah... |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 21-4-2022 03:56 PM
Agaknya bagi dia 'perbicaraan' sudah berjalan di luar mahkamah lagi macam dalam medsos netizen pun d ...
Mungkin dari sudut yg lain pandangannya Iteww berdasarkheun pada mereka yg dah mengaku bersalah pada peg yam yg dilantik cuma mahu kheun khidmat dari sudut membuat presentation dari sudut getting the minimum punishment? Perhaps? |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 21-4-2022 03:56 PM
Agaknya bagi dia 'perbicaraan' sudah berjalan di luar mahkamah lagi macam dalam medsos netizen pun d ...
kan, loyer da decide da siapa pegang pisau berdarah misalnya..diala yg bunuh.
so loyer islam tak boleh la nak bela org yg NAMPAK CLEAR bersalah ni kan kan kan
biar netizen decide siap siap |
|
|
|
|
|
|
|
seseorang bersalah atau tak dia kena ada peguam. bicara dlu. kalau bersalah jatuh hukum,peguam bleh merayu kurangkan hukuman. |
|
|
|
|
|
|
| |
|