CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 623|Reply: 1

Lelaki Dipecat Kerana Alami Serangan Panik, Menang Saman RM1.91 Juta

[Copy link]
Post time 20-4-2022 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dari Kentucky yang dipecat selepas majikannya menyifatkan serangan panik dialami pekerja itu sebagai ‘tindakan ganas’, dilaporkan menang dalam kes saman terhadap syarikat tersebut.


Kevin Berling yang bekerja di makmal Gravity Diagnostics di Convington selama 10 bulan, layak bayaran ganti rugi sebanyak AS$450,000 (RM1.91 juta).




Gambar hiasan




Lapor Daily Mail, Berling mengalami gangguan itu selepas rakan pejabatnya menganjurkan kejutan majlis hari jadi untuknya di tempat kerja mereka.


Berling sebelum ini sudah memaklumkan kepada pengurus pejabatnya untuk tidak mengadakan majlis demikian disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya sejak Ogos 2019.


“Apabila Berling mendapat tahu satu majlis sudah dirancang pada waktu tengah hari, dia menghabiskan masa rehatnya di dalam kereta dengan cuba menghilangkan tekanannya.


“Pada keesokan harinya, dia mengalami serangan panik lagi dalam mesyuarat bersama dua penyelia yang berbincang mengenai kelakuannya,” jelas laporan New York Times.


Berling dipecat menerusi emel tiga hari selepas insiden tersebut.


“Syarikat itu mendakwa Berling menunjukkan tanda-tanda berkelakuan ganas seperti menggenggam tangan dan wajahnya bertukar merah selain mengarahkan pegawai atasan diam ketika mesyuarat itu.


“Perbuatannya mengejutkan pegawai atasan tersebut,” jelas laporan itu.   


Sementara itu, peguambela Berling berkata, punca anak guamnya menggenggam tangan adalah sebahagian tindak balas untuk mengatasi situasi tegang itu.


Juri mengarahkan syarikat tersebut membayar ganti rugi sebanyak AS$150,000 (RM636,323) dalam bentuk gaji dan faedah serta AS$300,000 (RM1.27 juta) bagi penderitaan dialami Berling selepas mendapati majikannya mendiskriminasi ketidakupayaan.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 01:40 AM | Show all posts
kat Malaysia, ada panic attack ke, anxiety ke, mental disorder ke. hatta on medication dan stabilize pun, hujung-hujung, HR "nasihatkan" staff untuk resign. tak nak masalah untuk mereka katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 1.178573 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list