View: 2830|Reply: 27
|
10 Hari Hilang- Budak 10 Tahun Dirogol, Kepala Dipenggal, Badan Dikerat-Kerat
[Copy link]
|
|
BANJAR: Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan selama 10 hari terjawab selepas mayatnya ditemukan dalam keadaan menyayat hati dan tidak sempurna.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai PWU, 10 tahun, berasal dari Banjar, Kalimantan Selatan itu dilaporkan hilang oleh keluarganya dan sejak itu, polis giat melakukan pencarian.
Pada 13 April lalu, penduduk kampung dikejutkan dengan penemuan tengkorak, rambut dan gigi di sebuah kebun milik penduduk setempat.
 Foto: Kompas.com
Dua hari kemudian, polis menemukan sejumlah lagi tulang dan keratan badan mangsa yang sudah reput.
Hasil siasatan mendapati, tengkorak itu milik mangsa dan polis mengklasifikasikan kehilangannya sebagai kes bunuh.
Sehubungan itu, abang saudara mangsa berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Jurucakap polis Banjar, Suwarji berkata, berdasarkan pemeriksaan dan siasatan, mangsa dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian oleh suspek.
Katanya, polis menemukan kesan air mani pada badan mangsa dan suspek turut mengakui memperkosa mangsa sebelum membunuhnya.
“Suspek menceritakan dia memasuki rumah mangsa dan mencekiknya sehingga pengsan lalu merogolnya.
“Tidak lama kemudian, suspek terdengar suara ibu mangsa memanggil anaknya dan kerana panik, suspek terus mencekik mangsa hingga mati.
“Suspek kemudiannya membawa mayat mangsa ke sebuah kebun yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa dan mengerat badan kanak-kanak itu kepada beberapa bahagian, termasuk kepala dipenggal,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.
Sementara itu, polis memaklumkan, jenazah mangsa sudah dibersihkan dan diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. -CARI
Sumber: Utusan Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
binatang sgt perangai ape la dosa budak tu  |
|
|
|
|
|
|
|
kejam nya..syaitan betul punya perangai |
|
|
|
|
|
|
|
10 hari dah jadi tengkorak ee. kesiannya mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Friska oh friska.. kejam nya kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
polis indon kalau siasat kes .begitu detail.pelik sungguh. dari A ke Z boleh tau |
|
|
|
|
|
|
|
mak oi... bulan pose gak byk syaiton |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya..kenapa begitu sekali. Mendadah ke |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar blur pun boleh nampak jelas tengkorak tu.
Ramadan kali ni dipenuhi kisah sedih dan tragis.
|
|
|
|
|
|
|
|
angelofish replied at 18-4-2022 11:20 PM
polis indon kalau siasat kes .begitu detail.pelik sungguh. dari A ke Z boleh tau
Tu la. Memang effisyen ke atau ada unsur sinetron? |
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk igtkan kat yindia..rupanya kat tanah leluhur reporter cari |
|
|
|
|
|
|
|
setori_mori replied at 19-4-2022 06:11 AM
Tu la. Memang effisyen ke atau ada unsur sinetron?
Bukan la. Sebab media mereka takda konsep tutup aib lapor berita sekerat2 bagai. Cuba kalau kes Nurin Jazlin tu berlaku di Ndon, sah cerita jumpa terung dalam kemaluan semua pun keluar di media mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku teringat ada satu kes kemalangan ke atau pembunuhan di indon 2,3 tahun lepas. Detail macam mana pun jangan sampai gambar kemaluan yg dirodok tu ditayang depan publik dah le, badan ug berkecai tinggal daging tu janganlah pertontonkan depan public...ntahla negara kau, undang2 kau |
|
|
|
|
|
|
|
zonan4 replied at 18-4-2022 11:22 PM
mak oi... bulan pose gak byk syaiton
Syaitan kena rantai tapi nafsu masih ada. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 19-4-2022 03:30 PM
Bukan la. Sebab media mereka takda konsep tutup aib lapor berita sekerat2 bagai. Cuba kalau kes Nu ...
Aaaaa iolls tak boleh ingat ya kisah tu. Sedih sangat2. Eh tapi kisah terung tu tak masuk media ka? Macam mana iolls bolej tahu, rasa iolls bawah umur lagi nak masuk forum time tu. Gitchu iolls perasan muda  |
|
|
|
|
|
|
|
Iblis pun seram dgn kau ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|