View: 3395|Reply: 50
|
Bapa Tergamak Liwat Anak Sendiri!- Budak 4 Tahun Jadi Muram, Mengadu Sakit 'Belakang'
[Copy link]
|
|
Kangar: Polis menahan seorang penganggur kerana dipercayai melakukan seks luar tabii terhadap anak perempuannya yang berusia empat tahun di sebuah rumah di Arau.
Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek berusia 51 tahun itu ditahan tengah malam semalam, selepas polis mendapat maklumat mengenai kejadian daripada nenek mangsa yang tinggal bersebelahan rumah suspek.
Gambar Hiasan
"Terdahulu, nenek mangsa yang melihat cucunya sedang bermain di halaman rumah memanggil mangsa untuk ke kediamannya selepas melihat keadaan cucunya itu yang muram serta serba tidak kena.
"Mangsa kemudian mengadu kepada neneknya bahawa dia berasa sakit di bahagian 'belakang'. Curiga dengan keadaan itu, neneknya meminta mangsa menceritakan apa yang berlaku.
"Kanak-kanak itu memberitahu neneknya perlakuan bapanya ketika mereka berdua saja di rumah," katanya dihubungi hari ini.
Nenek mangsa kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada polis.
Menurut beliau, mangsa adalah anak bongsu daripada tiga beradik yang mana kakak dan abangnya berusia 10 serta enam tahun.
"Sebelum ini, nenek mangsa sudah pun curiga dan mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan mangsa sejak Julai tahun lalu kerana perubahan sikap mangsa yang menjadi pendiam selain enggan bercakap.
"Siasatan awal mendapati, rumah nenek mangsa dan kediaman suspek yang juga menantunya itu terletak bersebelahan," katanya.
Bagaimanapun, menurut beliau, namun disebabkan sikap suspek yang dikatakan panas baran serta malas bekerja menyebabkan nenek mangsa dan suspek tidak bertegur sapa.
Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan.
Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan semakan mendapati, lelaki terbabit turut mempunyai rekod lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Off with his head. Tu ja ubat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
4 tahun tu kecikk sgt lagi |
|
|
|
|
|
|
|
sila mengadu pada ustazah ASSma |
|
|
|
|
|
|
|
Celaka
Stress aku baca kes bapak setan |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 14-4-2022 07:09 AM
sila mengadu pada ustazah ASSma
Setuju. Bab begini tak rajin pulak alim ularmak tanahair nak tegur kaw2 padu kasik pedas2 siap ungkit pasal syurga neraka. |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai porom pun tak minat komen tered begini. Bab kopek bini orang laju ja dia komen. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa nak carut tapi tgh pose...
  |
|
|
|
|
|
|
|
panas baran
bekas convict
pedo
memang kena rejam mati patutnya |
|
|
|
|
|
|
|
tak mention pula pasal ibunya ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Keje tak, pastu liwat darah daging sendiri. Sehina2 seorang lelaki... itu pon ada perempuan hadap. Nenek tu dah nyampah sgt la tu rumah sblh pon tak bertegur. |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak tu umur dia 51 tahun?
Anak pun kecik2 10, 6 & 4 tahun...
Sebelum ni ada anak lagi ke tak?
Kiranya puas menyetan kemudian kawin membiak liwat pulak anak?
Apa sangat la si mak tu hadap suami panas baran pemalas pulak tu.
Sakit hati baca cerita macam ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sajat tersenyum sinis  |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan pemjara
Campak kandang singa ke ngimaou ke
Save budget beli dgg
Simpan penjara kena tanggung lagi nnt |
|
|
|
|
|
|
|
mohon usjajah tiktok beri komen sepatah dua kata,jgn krik2 jah..kalo bab justin bibir tu kemain lajuuu merempann kann |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus nenek.
Padan muka jantan setan |
|
|
|
|
|
|
|
Setan tul perangai ko. Aduih speechless |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus nenek terus report
Nenek pun dh menyampah
Check jgk adik beradik lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|