CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5218|Reply: 57

Bainun Dera Bella Setiap Hari- Bainun Tak Bagi Kakak Hidayah Pegang, Tengok, Dan Susukan Bayi Sendiri

[Copy link]
Post time 14-4-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah mendera remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella, setiap hari selama hampir empat bulan.


Yasmin Nahar Mahmood, 18, penghuni Rumah Bonda, berkata kejadian itu berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.


"Saya dan Aida (penghuni rumah itu) turut diarahkan oleh Siti Bainun untuk memukul Bella," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja berumur 13 tahun itu.


Menceritakan sikap Bella sewaktu beliau kali pertama berjumpa remaja itu, Yasmin berkata pada mulanya Bella seorang periang dan suka bercakap tetapi dia berubah sikap apabila ternampak Siti Bainun.




Bainun, Foto: BERNAMA




"Bella takut sangat dengan Siti Bainun, sampaikan hendak keluar bilik pun dia takut-takut. Kena tengok kiri kanan," kata Yasmin.


Saksi pendakwaan kelima itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Farhan bahawa beliau senasib dengan Bella.


Disoal peguam itu mengapa saksi tersebut tidak keluar dari Rumah Bonda, Yasmin menjawab: "Sebab Siti Bainun tidak bagi".


Sementara itu, Yasmin memberitahu mahkamah bahawa terdapat juga penghuni lain yang didera oleh Siti Bainun selain Bella, yang dikenali sebagai 'Kakak Hidayah'.


Saksi itu mendedahkan perkara tersebut selepas tidak bersetuju dengan cadangan Farhan bahawa tiada kejadian seumpama Bella yang terjadi pada penghuni Rumah Bonda lain mahupun anak angkat kepada pengasas rumah kebajikan itu.


Disoal Farhan, apa yang Siti Bainun lakukan kepada Kakak Hidayah, saksi itu menjawab: "Bila Kakak Hidayah tidak mendengar arahan Siti Bainun, Siti Bainun tidak membenarkan Kakak Hidayah memegang, melihat dan menyusukan anaknya".


Yasmin juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau inginkan layanan seperti puteri apabila tinggal di Rumah Bonda.


Menurut Yasmin, beliau perlu menjaga dan mengemas rumah kebajikan itu selain ditugaskan untuk mengemas tempat tidur dan mengurut Siti Bainun serta menyusun baju-baju pengasas rumah kebajikan berkenaan.


Ketika disoal sama ada saksi itu menyayangi Siti Bainun, Yasmin menjawab: "Sayang".


Bagaimanapun, Yasmin bersetuju dengan cadangan peguam terbabit bahawa perasaan sayang itu semakin berkurangan.


Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.


Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.


Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -CARI


Sumber: Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 11:24 AM | Show all posts
aku doakan la pompuan gemok huduh perangai ni seksa sepnjang hayatnya kerana mendera kanak2 yg xberupaya..smoga kat dunia ni lg Allah dh turunkan pembalasan sbb terlalu la kejam dan yg heran tu ape yg susah sgt nak sabitkan kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgr cite dibekap vvvvvvip..betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 11:33 AM | Show all posts
Rasa nak marah tapi kena sabar..nak marah tapi kena sabar tapi kalau dah perangai macam hanat ni, aku nak marah gak. Ko tak bagi budak disusukan sedangkan sendiri badan dah macam oink oink dah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:23 PM | Show all posts
betina celaka
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati hitam boleh tutup dengan jubah. Eh eh eh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah bicara dah la semua dah terang bersuluh mmg dia berperangai syaiton kejam..!!
Dia nak deny lagi apoo?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Psycho belaka
Sama mcm Khalid Redza ni
Pendera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lamaaaa x nampak loyer asiyah ulas pasal kes ni…pesbuk sheolls kena cold storage ke tewww
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:45 PM | Show all posts
one of the peguambela benon, hafizah yg selalu menang kes retis
semoga bella mendapat keadilan didunia & akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:46 PM | Show all posts
xsabar nak tau keputusan... asyik bicara jek ni... bile keputusan mahkamah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa jadi dengan kawan dia si SA tu? Dengar citer ada petisyen suruh dia letak jawatan as penasihat mahkamah kanak2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 01:42 PM | Show all posts
#prayforbella               
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
rifaa replied at 14-4-2022 12:45 PM
one of the peguambela benon, hafizah yg selalu menang kes retis
semoga bella mendapat keadilan didun ...

Owh dia pun side benon? Wonder la benda camni yg soo obvious tp still dorg willing to be the lawyer, cmna takde hati ke ek?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 02:04 PM | Show all posts
kotakominami replied at 14-4-2022 11:27 AM
Dgr cite dibekap vvvvvvip..betul ke?

rasanya tak kot... macam kes yang amoi basikal lajak tu pun ramai kata di bekap vvip... last2 di sabitkan bersalah juga...padahal sebenarnya memang undang2 di malaysia ni sangat haukkk dan lemahhh...

hanya perlu duit saja dan lawyer untuk lepas... sape tak mampu maka cepat la masuk ke dalam...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 14-4-2022 11:27 AM
Dgr cite dibekap vvvvvvip..betul ke?

Hearsay anak saudara bekas iron lady yang panjang umur nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 02:13 PM | Show all posts
Betoi ke Siti Gundu Boyak ni anak bekas Meneteri Besar Selangor dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 14-4-2022 11:27 AM
Dgr cite dibekap vvvvvvip..betul ke?

Vvvvvip mn tu sis?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 05:07 PM | Show all posts
baca kat komen fb katanya menantu jahit komidi
betol ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 30 umurnya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.655046 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list