Pernah membatalkan perkahwinan mereka hampir 20 tahun lalu, akhirnya jodoh Jennifer Lopez dan Ben Affeck ternyata kuat apabila pasangan selebriti itu sekali lagi kembali bertunang.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah cincin pertunangan mereka yang merupakan permata warna hijau yang berharga lebih RM21 juta.
Kredit foto: Page Six
Malah, dikatakan bentuk dan gaya cincin tersebut juga sama cincin berlian merah jambu Harry Winston 2002 yang diberikan Ben pada tahun 2002 sebagai simbolik pertunangan mereka ketika itu.
Sebelum ini, Jennifer atau JLo berkongsi klip dirinya disarungkan cincin permata warna hijau di jarinya sebagai simbolik pertunangan dengan aktor itu.
Kredit foto: USA Magazine
Menerusi video tersebut, penyanyi lagu On The Floor itu dilihat menangis dan mengelap air matanya sambil mengatakan kekasih hatinya cukup sempurna buatnya.
"Anda sangat sempurna," kata JLo kepada Ben.
Untuk rekod, JLo dan Ben mula berpacaran 20 tahun lalu dan mengumumkan pertunangan mereka pada November tahun yang sama.
Bagaimanapaun pasangan itu mengambil keputusan untuk memutuskan tali pertunangan dalam masa beberapa hari majlis perkahwin diadakan pada Januari 2004.
Tiga hari selepas putus tunang, JLo mengejutkan orang ramai apabila mula menjalin hubungan dengan penyanyi, Marc Anthony dan berkahwin pada Jun 2004.
Sumber: mStar
|