CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 922|Reply: 1

"Pernah Sampai Nak Toreh Tangan Dan Cederakan Diri," - Chacha Maembong

[Copy link]
Post time 11-4-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Instagram Chacha Maembong




Baru-baru ini, pelakon Chacha Maembong telah mengatakan dia pernah mengalami tekanan yang teruk apabila timbulnya gosip-gosip palsu mengenai dirinya ketika baru bergiat aktif dalam industri seni.


Menerusi laporan dari Kosmo, pelakon ini berkata ketika itu dia pernah mempunyai niat untuk mencederakan dirinya sendiri sehingga tahap dia terfikir untuk menoreh tangannya kerana tidak tahan dengan kata yang dilemparkan oleh netizen.


Sumber: Instagram Chacha Maembong







Menurut Chacha, dia tidak pernah melakukan perkara-perkara seperti yang digosip oleh netizen. Namun, dia bersyukur kerana akhirnya dia sedar dan dapat mengelakkan dirinya daripada membuat tindakan bodoh itu.


Sumber: Instagram Chacha Maembong







Tambah Chacha, semua fitnah dan gosip mengenai dirinya telah menjadikan dia orang yang lebih matang. Chacha juga sedar ini semua merupakan lumrah sebagai seorang artis di mana setiap tindak-tanduk yang dilakukan pasti akan menjadi perhatian ramai dan Chacha tahu dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.


Kini, Chacha lebih matang dan berhati-hati dalam membuat keputusan untuk mengelakkan dirinya menjadi bahan gosip yang tidak berkesudahan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 02:40 PM | Show all posts
Edited by mizruncing at 11-4-2022 02:42 PM

taknak netizen mengata so jgn la buat bnda2 yang mengundang cercaan netizen. senang.. ni dah terang2 kau kannn. naseb la ko ni lawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.254201 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list