CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3234|Reply: 35

Dulu Pergi New York Dan LA Enam Kali Setahun- Sekarang Hilang Rasa Nak Melancong, Daiyan Tunai Umrah Pula

[Copy link]
Post time 11-4-2022 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Pernah hilang rasa untuk melancong biarpun pintu sempadan telah dibuka, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengakui Tanah Suci Mekah membuka pintu hatinya untuk kembali ‘terbang’ ke luar negara seperti yang sering dilakukan sebelum ini.


Bukan untuk bercuti, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, sebaliknya selamat berlepas ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.


Foto: IG






“Mereka yang dah lama ‘follow’ saya selama bertahun barangkali tahu yang saya suka berada di bandar berbeza setiap minggu, menaiki penerbangan selalu waktu pra-Covid.


“Saya akan berada di New York atau Los Angeles lima enam kali dalam setahun. Saya akan berdepan tekanan darah rendah di Marrakech (Maghribi) disebabkan semua pengembaraan tersebut.


“Saya akan berada di Seoul seminggu dan minggu berikutnya di Tokyo. Saya akan berada di luar negara lebih kerap berbanding dalam Malaysia. Menggembara merupakan perkara yang memang sangat saya tunggu pada ketika itu,” kata pelakon drama rantaian, Projek: Anchor SPM.




  



Ujarnya, biarpun sempadan antarabangsa sudah dibuka, masih ada sesuatu yang belum lengkap dalam jiwanya secara peribadi dan rupa-rupanya, perkara tersebut adalah melibatkan hubungan rohani dengan agama.


“Apabila sempadan dan dibuka semula dan peluang mengembara negara luar hadir — saya rasa macam belum bersedia. Ada sesuatu yang menghalang.


“Sama ada saya terlalu sibuk atau belum punya kelapangan untuk merancang dan apa yang penting, saya tak rasa nak keluar mengembara macam sebelum ini.




  



“Ada perasaan dalam jiwa yang menginginkan sesuatu yang istimewa dan berbaloi untuk ‘tarik’ saya keluar dari sini.


“Dan, rupa-rupanya inilah, Tanah Suci. Tempat paling indah untuk dilawati. Saya patut dah tahu, tempat yang saya tak pergi, tetapi rasa rindu saya sangat kuat kepadanya. Saya tak pernah teringin nak pergi satu tempat macam saya rasa nak pergi tempat ini (Tanah Suci),” luah Daiyan.




  



Daiyan memanjatkan rasa syukur dalam hantaran status sama kerana Allah akhirnya membuka hatinya dan menerima diri sebagai tetamu pada bulan yang mulia iaitu Ramadan.


“Ya Allah ya Tuhanku, terima kasih kerana menerimaku sebagai tetamu-Mu dalam bulan yang mulia ini.


“Terima kasih kerana menjemput pada waktu saya sangat-sangat memerlukan-Mu. Rasa macam saya dah lama tunggu momen ini untuk hadir sebagaimana saya rasa macam Engkau (Allah) menunggu diriku,” katanya.




  



Semalam tadi, buat pertama kali, pelakon dan penyanyi jelita itu menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah demi mengerjakan umrah pada bulan Ramadan.


Lebih bermakna, wanita berusia 29 tahun itu dapat ke destinasi tumpuan umat Islam tersebut bersama-sama keluarga tersayang iaitu ibu bapa dan seorang adik lelaki.




  



“Assalamualaikum semua. Saya akan mengerjakan umah bersama keluarga. Saya dengan rasa rendah hati mengharapkan doa kalian agar umrah kami selamat, sempurna dan mabrur. Selamat pergi dan selamat pulang.


“Saya juga nak mohon kemaafan kalau ada salah silap. Semoga semua sentiasa dalam lindungan-Nya dan semoga doa kalian dimakbulkan juga, insya-Allah,” coretnya menerusi satu hantaran terbaharu dalam Instagram. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 09:00 AM | Show all posts
alhamdulillah. sebab pegi dgn family. iols cuba utk husnuzon di bulan pose ni, moga ada perubahan tak menyeksi lps pulang dr umrah. amin yarob.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 03:44 PM | Show all posts
bila pakai menutup aurat mcm tu terus tak kenal sape dia ni. tp byk jugak ek duit dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dpt pergi banyak2 negara sbb tajaan kan. I don't think she used her own money. Banyak je celebrity social media lain like shalma aina, yaya zahir  semua tu free je pergi mcm2 negara.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 04:19 PM | Show all posts
so, sudh bersih suchi la ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidung dia back to original
Rajin dia menaip pepanjang
Warisi bakat ibunya ye dop
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2022 04:22 PM | Show all posts
gambar atas elok bertutup rapi, sekali bawah tu haa..bersinglet
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 11-4-2022 04:17 PM
Dia dpt pergi banyak2 negara sbb tajaan kan. I don't think she used her own money. Banyak je celebri ...

HAHAHAHAHAHAHA


Itu lah Nak juga selit “dulu pergi New York and Los Angeles”. Padahal mostly
ditaja jeeeeee.
Bukan pakai duit sendiri pun #doneshaming
Lain macam Yuna itu ke takpe jugak nak kata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 11-4-2022 04:17 PM
Dia dpt pergi banyak2 negara sbb tajaan kan. I don't think she used her own money. Banyak je celebri ...

Bestnya dapat pergi free je
Tapi tengok pergi umrah pun pakej bisnes class
Banyak duit jugak family ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 11-4-2022 04:55 PM
Bestnya dapat pergi free je
Tapi tengok pergi umrah pun pakej bisnes class
Banyak duit jugak fami ...

Pergi umrah mostly ramai naik business class chuols. Kadang boleh dapat discounts. Especially time nak nak puasa. Family iols pergi umrah duduk hotel betul2 depan
Makkah and khutbah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 05:23 PM | Show all posts
moga tidak mengangkang lagi lepas balik dari umrah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak Salah tulis bahasa engeris, tapi diknon, follower kau tu semua Bangsar bubble ke? Tanya je…
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 11-4-2022 04:17 PM
Dia dpt pergi banyak2 negara sbb tajaan kan. I don't think she used her own money. Banyak je celebri ...

Ditaja produk yg ambil dia jd duta ke? mcm sendu je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan chuolss, semua ditaja. Mmg lah dpt naik business class sbb tak keluar kan duit banyak sgt pon utk travel dia. barang2 branded pon kebanyakan dpt free kan. Tu yg dpt beli kereta rumah bagai
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya. Doakan kami jugak dapat pergi
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 11-4-2022 05:44 PM
Ditaja produk yg ambil dia jd duta ke? mcm sendu je..

Tak sure lah you. Kadang2 tengok bukan as duta pon. Baru2 ni iolss tengok shalma aina ke spain kot di taja by pretty ballerinas. Tahun bila i pernah tengok dorg di taja khiels pergi finland. Rezeki dorg kot kje jd celebrity
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 11-4-2022 04:55 PM
Bestnya dapat pergi free je
Tapi tengok pergi umrah pun pakej bisnes class
Banyak duit jugak fami ...

Pakej Umrah Naik business class ni kalau Naik MAS ada agent yg bg harga extra rm1200 je banding pakej biasa sis. Kalau Naik Saudi atau lain2 airlines lbh Mahal la. Iols mmg kalau gi Umrah ambik kesempatan ambik BC dgn harga mcm tu. Berbaloi2 tuk penerbangan 9 jam each.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 11-4-2022 05:58 PM
Tak sure lah you. Kadang2 tengok bukan as duta pon. Baru2 ni iolss tengok shalma aina ke spain kot ...

Ohh gitu.. patutlah ramai bbnu gigih nk jd celebs..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mendeluk replied at 11-4-2022 05:17 PM
Pergi umrah mostly ramai naik business class chuols. Kadang boleh dapat discounts. Especially time ...

Apa kau merepek hotel betul2 depan mekah Dan khutbah ni dik? Ke maksud kau betul2 depan masjidilharam & masjid nabawi?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 11-4-2022 04:55 PM
Bestnya dapat pergi free je
Tapi tengok pergi umrah pun pakej bisnes class
Banyak duit jugak fami ...

Tau takpe..iollss x kisah la pun ditaja janji dapat free..cuma tu je la ditaja meaning takde la kena jadi skandal jootawan pekgi ni kan..selisih..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.442466 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list