CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1999|Reply: 24

[Tempatan] Isu harga ayam. Pembekal jadi punca tapi penguatkuasa periksa peniaga

[Copy link]
Post time 7-4-2022 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga ayam mengeluh terpaksa tanggung kerugian
Oleh Ruwaida Md Zain - April 7, 2022 @ 10:06am

SHAH ALAM: Peniaga ayam di Pasar Moden Seksyen 16, di sini, mengeluh terpaksa menanggung kerugian apabila akur dengan arahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menjual barangan keperluan itu pada harga kawalan RM8.90 sekilogram.

Rata-rata peniaga terkilan kerana mendakwa pembekal menaikkan harga ayam sehingga menyebabkan mereka berada dalam keadaan tersepit apabila berdepan risiko dikompaun sekiranya turut menaikkan harga jualan.

Seorang peniaga terbabit, Sazali Ramli, 42, mendakwa beberapa hari menjelang Ramadan, pembekal sudah memaklumkan kenaikan harga ayam bermula hari pertama puasa pada Ahad lalu.

"Sebelum itu, kami memang mengikut harga kawalan RM8.90 sekilogram yang ditetapkan KPDNHEP. Namun apabila pembekal menaikkan harga ayam, kami terpaksa turut menaikkan harga kepada RM9.30 sekilogram. Jika tidak, kami tidak dapat menampung gaji pekerja dan kos sampingan lain.

"Bagaimanapun pada Isnin lalu, pegawai KPDNHEP datang membuat pemeriksaan harga sebab menerima laporan harga ayam naik di sini. Kami diarahkan menjual ayam pada harga RM8.90 sekilogram. Jika tidak, kami akan dikompaun.

"Justeru, kami akur dengan arahan KPDNHEP walaupun terpaksa menanggung kerugian sebab harga (harga jualan berbanding harga ditetapkan pembekal) tidak memberikan kami keuntungan sepatutnya," katanya ketika ditemui di pasar berkenaan, semalam.

Walaupun akur, Sazali berkata, mereka agak kesal berikutan ada peniaga di pasar sekitar Shah Alam dan Subang didakwa tetap menaikkan harga ayam hingga RM9.30 ke RM10 sekilogram.

"Kami tersepit sebab harga kawalan ini ditetapkan hingga 5 Jun depan. Namun, jika sekali lagi (pembekal) naikkan harga, kami terpaksa naikkan juga. Kami tidak dapat menanggung kenaikan harga ini," katanya.

Seorang lagi peniaga ayam, Muhammad Hafidz Hafifi, 24, mengaku berasa seperti teraniaya kerana terpaksa akur dengan arahan penguatkuasaan, sedangkan terdapat peniaga di pasar lain didakwa menjualnya pada harga tinggi.

"Kami memang amat terbeban dengan situasi ini kerana pembekal meletakkan harga tinggi tetapi kami di sini terpaksa mengekalkan harga jualan mengikut arahan KPDNHEP. Di tempat lain pula, penguatkuasaan didakwa tidak dilaksanakan dengan betul.

"Setiap hari, saya terpaksa mengambil bekalan 300 ekor ayam walaupun banyak kerugian ditanggung, demi menjaga pelanggan.

"Oleh itu, saya berharap ada tindakan sama adil di pasar lain juga yang didakwa menaikkan harga. Diharapkan isu harga ayam ini dapat diselesaikan secara baik," katanya.

Beliau turut berharap penguatkuasaan dilakukan secara menyeluruh kerana mendakwa peniaga tidak akan menaikkan harga ayam dengan sewenang-wenang sekiranya tiada faktor mendesak.

Bagi Muhammad Amran Thazuddin, 44, isu kenaikan harga ayam menjelang Ramadan dan Aidilfitri bukan perkara baharu, sebaliknya berulang saban tahun.

"Setiap kali menjelang Aidilfitri, pasti ada kenaikan harga daripada pembekal. Kami berharap kerajaan, terutama pihak berwajib di bahagian kawalan harga, memantau harga ayam dari ladang lagi.

"Keadaan sekarang menyebabkan saya tidak mengambil bekalan ayam yang banyak. Saya menempah bekalan kira-kira 150 ekor ayam sehari tetapi mendapat kadar keuntungan kecil kerana perlu menjual pada harga kawalan.

"Diharapkan menjelang Aidilfitri nanti, kami mendapat harga lebih baik supaya memperoleh kadar keuntungan bersesuaian dengan pelbagai kos terpaksa ditanggung," katanya yang berniaga ayam sejak kira-kira 10 tahun lalu.

sumber: bharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 11:08 AM | Show all posts
hmmm.......no komen
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 11:11 AM | Show all posts
sume mangkuk
last2 pengguna gak kena tanggung suma
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Di Kelantan hari tu, pembekal turunkan harga tetapi peniaga Melayu tidak mahu turunkan sebab mahu untung maksimum, pembekal pun naikkan balik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sori..kerajaan UMNO sibuk nak buat pilihanraya..mana ada masa nak fikir masalah korang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2022 02:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 7-4-2022 11:16 AM
sori..kerajaan UMNO sibuk nak buat pilihanraya..mana ada masa nak fikir masalah korang

'ari ni perintah..sok ayam rm5/kg.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2022 01:27 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga dedak ayam sedunia tersenyum sinis dengan perang Ukraine-Rossiya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 06:09 AM | Show all posts
Apa kata klu pembekal jual mahal, peruncit jgn beli. Daripada menanggung kerugian. Tak pun ambik bukti video harga pembekal dan viralkan ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hapuskan orang tengah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 02:24 PM | Show all posts
menteri dan kementerian ni bodo betul la..benda ni sama jer berulang2 kali setiap musim perayaan.

apa tindakan dorang??

bukan nak puji sangat,tapi setahun masa PH dulu la, aku cakap pasal harga barang masa puasa dan raya, masa tu takde lak isu kenaikan harga ayam dan barang2.... surat khabar,portal berita keluar berita penguatkuasa rajin turun padang buat pemantauan, buat perbincangan dengan pemain industri..

sekarang ? sampah senyap jer sampai ke sudah.... senarai harga kawalan sempena raya pun takde dihebahkan ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2022 04:01 PM | Show all posts
KPDNHEP nafi hanya ambil tindakan terhadap peniaga ayam
Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri menafikan dakwaan penjual ayam segar yang menuduh tindakan hanya dikenakan terhadap peniaga dan bukannya kepada pemborong.

Pengarah KPDNHEP negeri, Saharuddin Mohd Kia berkata, seorang pemborong dan 17 penjual ayam dikenakan kompaun berjumlah RM6,600 atas kesalahan menjual ayam melebihi harga ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata, pemborong dan penjual ayam itu didapati bersalah menjual harga ayam melebihi harga ditetapkan kerajaan ketika Op Pantau 2022 diadakan bermula Sabtu hingga semalam.

Katanya, KPDNHEP negeri melakukan 1,935 pemeriksaan ke atas pemborong dan penjual ayam di seluruh negeri dalam tempoh lima hari bermula Sabtu lalu.

"Daripada jumlah keseluruhan pemeriksaan, kita menemui satu kes kesalahan membabitkan pemborong dan 17 lagi membabitkan penjual ayam," katanya.

Terdahulu, Saharuddin melakukan pemeriksaan dan tinjauan harga makanan serta minuman di bazar Ramadan Batu Burok, di sini, semalam.

Saharuddin berkata, jumlah keseluruhan pemborong ayam berlesen di seluruh negeri hanya enam syarikat dan Terengganu tidak mempunyai peladang ternakan ayam.

"Kita akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri menerusi Op Pantau 2022.

"Op Pantau dilakukan bertujuan memastikan rakyat berada dalam keadaan selesa dan mudah untuk mendapatkan bekalan makanan serta keperluan harian pada harga berpatutan pada Ramadan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Saharuddin berkata, ketika pemeriksaan dilakukan di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) diadakan sejak 5 Februari lalu, seorang pemborong dan 41 peniaga dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM96,100 atas kesalahan menaikkan harga barangan.

Disiarkan pada: April 8, 2022 @ 3:31pm
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 04:58 PM | Show all posts
Aku ada kat situ pagi isnin masa kpdn datang...memekik pakcik jual ayam tu marah diorang
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 05:00 PM | Show all posts
n3ar replied at 8-4-2022 02:24 PM
menteri dan kementerian ni bodo betul la..benda ni sama jer berulang2 kali setiap musim perayaan.

a ...

Haaa kann...senyap betul team menteri2 yg baru2 ni..
Betul2 tungu duit cukup bulan masuk bank, dah laaa dapat duit pencen ehh ada ke.
Kuangajorr betul!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 11:25 PM | Show all posts
Radzor replied at 7-4-2022 10:09 PM
Apa kata klu pembekal jual mahal, peruncit jgn beli. Daripada menanggung kerugian. Tak pun ambik buk ...

patut invoice pembekal tu boleh di jadikan bukti.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 11:27 PM | Show all posts
Meiizu replied at 8-4-2022 09:00 AM
Haaa kann...senyap betul team menteri2 yg baru2 ni..
Betul2 tungu duit cukup bulan masuk bank, dah ...

sebab pemborong / penternak ramai Cina.
yang runcit ramai Melayu.
mmg ada sejarah asal usul macam mana
Cina boleh dapat idea Pemborong / Penternak kat Tanah Melayu ni.
kebanyakkan orang tua tua tahu cerita ni.
dia ada dua taktik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tgh ni mmg...tak kisah la ayam ke sayur ke....org yg tanam sayur tu punya susah...pemborong beli mur mur..naik ke pasaran jd mahal...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 8-4-2022 11:27 PM
sebab pemborong / penternak ramai Cina.
yang runcit ramai Melayu.
mmg ada sejarah asal usul macam ...

X paham..citer bagi habis la chuollss
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.091963 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list