CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6252|Reply: 11

[Tempatan] Layan Johor sebagai rakan kongsi, kata TMJ

  [Copy link]
Post time 10-6-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam audiosiar langsung di Facebook berharap 20%-30% hasil cukai dari Johor akan dikembalikan kepada negeri itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menggesa reformasi sistem persekutuan, dengan Johor dilayan sebagai rakan kongsi serta mencadangkan parti politik di negeri itu bersatu dalam gabungan dikenali ‘Gabungan Bangsa Johor’ bagi menjamin kepentingan negeri.

Dengan melihat gabungan pemerintah Sarawak Gabungan Parti Sarawak terdiri daripada beberapa parti, Tunku Ismail berkata negeri itu telah menggunakan kelebihan berkenaan untuk berunding lebih berkesan dengan pihak berkuasa persekutuan.


“Di Sarawak, yang berkuasa adalah parti Sarawak. Di Johor, ada PKR, ada DAP, ada Umno, ada PAS, macam-macam. Kenapa awak tak buat Gabungan Bangsa Johor saja?” katanya dalam audiosiar secara langsung di Facebook.

“Apabila awak bergabung, apabila awak bersatu, suara anda, kerajaan persekutuan tidak boleh lagi pekakkan telinga. Anda akan jadi kingmaker,” kata Tunku Ismail, yang sering dirujuk sebagai TMJ.

Bukannya kita nak buat rusuhan, bukannya kita nak melawan kerajaan ataupun nak menjatuhkan mana-mana parti politik…tidak. Cuma kita nak di negeri Johor ni, kita nak hak kita, kita nak keperluan kita. Itu yang saya cakap, sampai bila Johor nak jadi pengemis?” katanya sambil menambah ia adalah pandangan peribadinya.

Tunku Ismail turut menggesa sistem persekutuan diubah “kerana Johor…Ia bukan milik Malaysia. Kami adalah rakan kongsi. Jadi anda perlu mula melayan kami sebagai rakan kongsi”.

Beliau berharap pada masa hadapan “sekurang-kurangnya 20-30% daripada hasil negeri akan kembali ke Johor”.

Beliau berkata semua hasil cukai negeri pada masa ini diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

“Itu RM48-49 bilion setahun, dan mereka memberi kami kembali RM1.4 bilion. Bagaimana kita hendak menjaga rakyat Johor dengan RM1.4 bilion setahun?”

GPS, gabungan pemerintah di Sarawak, ditubuhkan selepas Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasa pada PRU 2018 dan kini merupakan gabungan politik keempat terbesar negara, dengan 23 kerusi di Dewan Rakyat.

Gabungan itu mempunyai 79 kerusi daripada 82 kerusi DUN Sarawak yang terdiri daripada empat parti: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Demokratik Progresif, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 10-6-2024 03:54 PM

Maafkan patik jika silap tp rakan kongsi setaraf d dlm pembentukan negara Malaysia pd 1963 cuma malaya, sabah dan sarawak. Johor join pembentukan persekutuan tanah melayu jd setaraf je ngan mana2 negeri di semenanjung. Berbeza ngan sabah sarawak yg boleh argue pasal MA63
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabungan Bangsa Malaysia


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentaliti atok nenek moyang playboy sembah queen of e.


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mereka ckp kt rumah i u ke patik,hamba..curious pulakkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan mak mampos
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2024 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 10-6-2024 03:48 PM
Maafkan patik jika silap tp rakan kongsi setaraf d dlm pembentukan negara Malaysia pd 1963 cuma mala ...

Homework, mustahil tak buat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 10:35 PM | Show all posts

Janganlah berhalunisasi tentang eksistensi virtual dan dongeng bangsa malaysia yang x pernah ada ....  

Menarik jika sikap indepedensi dan otonomi serta mandiri  yang lebih besar  yang sekarang diminta oleh Sarawak dan Johor  .. dan mungkin akan diikuti oleh lainnya ... mungkin akan menjadi awal hancurnya Malaysia ...atau akan menjadi pemicu lahirnya gerakan revolusi oleh rakyat ...

Menarik untuk  diamati lebih lanjut terkait konflik ....Bangsa Melayu vs  Bangsa Johor vs  Bangsa Sarawak ...Hehehehe


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 10-6-2024 10:35 PM
Janganlah berhalunisasi tentang eksistensi virtual dan dongeng bangsa malaysia yang x pernah ada . ...

Ko gila.


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Seperti biasa,no komen.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 12:34 AM | Show all posts

di Johor .....orang melayu dah bukan majoriti mutlak.
jadi nak buat apa-apa kena ambil kira Kristian dan Chinese jugak.
Ini sebab kenapa Johor tak boleh keluar Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 10-6-2024 03:48 PM
Maafkan patik jika silap tp rakan kongsi setaraf d dlm pembentukan negara Malaysia pd 1963 cuma mala ...

Maybe buku sejarah untuk golongan diraja x sama ngan buku sejarah rakyat marhein kut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.070349 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list