View: 6587|Reply: 51
|
[Tempatan]
Belum tentu dapat kerja, ramai dakwa karnival kerjaya sebenarnya scam
[Copy link]
|
|
Belum tentu dapat kerja, ramai dakwa karnival kerjaya sebenarnya scam
Tangkap layar pandangan orang ramai berhubung penganjuran karnival kerjaya.
PENGANJURAN karnival kerjaya merupakan antara insiatif pihak tertentu dalam usaha menawarkan maklumat, peluang dan penempatan pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Saban tahun, dapat dlihat pelbagai syarikat yang turun padang untuk bersama-sama menjayakan inisiatif tersebut.
Bagaimanapun, baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan bahawa penganjuran program yang berbentuk seperti itu sebenarnya hanyalah satu penipuan semata-mata.
Menerusi satu audio siar (podcast) yang dimuat naik di aplikasi TikTok @rehatsantaistudio, seorang lelaki menyuarakan pandangan dan pengalaman peribadinya sewaktu mengunjungi karnival kerjaya yang diadakan di Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Mengulas mengenai kriteria pengambilan, individu tersebut mempersoalkan tindakan segelintir syarikat bertindak mengenakan syarat-syarat yang dianggap tidak wajar.
Malah katanya, tiada apa yang diperoleh sepanjang kunjungannya ke situ, melainkan maklumat berkaitan syarikat yang terlibat dalam pameran berkenaan.
"Sejujurnya, tiada apa-apa yang saya dapat dari sana. Saya (hanya) dapat pendedahan daripada beberapa syarikat, apa yang mereka cari dari segi pengambilan pekerja dan jawatan kosong.
"Kalau suka, mereka mungkin akan panggil anda untuk sesi temu duga, tetapi setakat ini saya tidak menerima satu panggilan pun daripada mana-mana syarikat.
"(Hal ini) yang menyebabkan saya percaya bahawa kadangkala pameran kerja seperti ini dianggap sebagai satu penipuan," katanya.
Lelaki itu turut menjelaskan satu contoh situasi atau syarat pengambilan yang dirasakan tidak rasional.
Jelasnya, kebanyakan syarikat mencari graduan yang baru menamatkan pengajian untuk bekerja di bawah mereka.
Namun, walaupun mereka mencari graduan baharu, pada masa sama, mereka juga mahukan individu yang mempunyai minimum dua hingga tahun pengalaman bekerja.
"Jadi bagaimana dengan graduan yang tidak mempunyai pengalaman, sedang mencari kerja, dan sudah mengganggur untuk beberapa bulan dan melihat ini (karnival kerjaya) sebagai satu peluang untuk mereka dapatkan pekerjaan?
"Sejujurnya bagi saya, ia membuang masa sebab mereka tidak spesifik dalam menyatakan kriteria pekerja yang dicari.
"Jika mahukan graduan baharu, tidak perlulah masukkan dua hingga tahun pengalaman bekerja (sebagai syarat).
"Jika perlukan individu yang ada pengalaman, nyatakan secara jelas," tambahnya.
Jelas lelaki itu lagi, terdapat juga syarikat yang mencari seorang pengurus dengan sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman.
"Dalam masa sama turut menetapkan syarat umur yang muda. Mungkin umur dalam lingkungan 20 ke 30 tahun. Adakah ia masuk akal?" soalnya lagi. — Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak database je. pastu jual info utk marketing.
pppffftttt........ |
|
|
|
|
|
|
|
minta kena boikot kot |
|
|
|
|
|
|
|
aha entah.. x pernah join pun.. cuma iols pernah join under perkeso je.. tru online
yes i dpt interview but then they all nak diploma.. i cuma ade degree je.. then they all ckp i overqualified.. iols pun cuma nak test market je.. whether experience i laku ke x.. but then iols x pernah dipanggil physical interview la.. tu yg agak kiciwa |
|
|
|
|
|
|
|
karnival utk perabia duit kerajaan. hukhukhuk... |
|
|
|
|
|
|
|
susah nk dpt kerja sekarang lgi jika dh lebih 40+ dan overqualified |
|
|
|
|
|
|
|
ada ke syarikat mutlinasional atau internasional join buka booth kat tempat2 begini? yg buka sekadar syarikat kecil je. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg la scam.
Kebanyakannya nak amek orang baru dgn gaji lebih murah.
Agensi gomen mcm socso atau hrdf pulak ditekan politaik utk kurangkan pengamgguran
Ujung2 dia buat lelongan mcm ni la.
Syarikat untung dpt tenagakerrja lebih murah
Gomen untung nampak prihatin
Rugi rakyat gaji ditekan. Kau tak accept takde duit lap, SIP tak dibayar
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 21-6-2024 06:32 PM
Mmg scam, kutip resume ramai org dan buang atau pergunakan resume org awam tanpa kebenaran, job sebenarnya xde pun cam company ai gigih karnival job sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah gi skali career fair pas graduate, aku drop resume kat air asia utk flight attendant, dia call back der arrange interview. aku pon terkejut. sudah la dia call tu masa aku tgh membuta tengahari huhuhu, tu je skali aku try. selebihnya aku apply kat jobstreet jer. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg pun...sekadar mengaburi mata masyarakat kononya dah buka peluang...last2 hire ikut kabel...especially oil and gas...tak de orang dalam....kebarangkalian ko nak di hire tu nipis la.....panggil interview mungkin...just nak data tunjuk kat boss benefit spend duit join the career fair...bukak booth bukan murah...ngan letak pekerja ko berhari2 kat situ tak buat apa...kerja kat opis berlambak kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
career fair yg pernah aku gi pas graduate byk company besar2 la joint, especially oil n gas, glc, mnc, air asia. air asia aku igt sebab dia punya yg jaga booth tu encourage aku drop resume, surprisingly they call me back utk interview. so nak kata scam mcm tak juga kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana lah nak dapat kerja, maked pun boleh masuk resume |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 20-6-2024 04:18 PM
Macam mana lah nak dapat kerja, maked pun boleh masuk resume
I tolded you.
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah pergi career fair sekali, zmn sebelum kewujudan jobstreet. dedulu kat thestar pon ada je vacancy kat ads segment. and now linkedin, ok je lompat2 every 2 years |
|
|
|
|
|
|
|
lepaskan seekor lipas terbang dalam tu
semua akan lari sebab itu adalah BABIIIIIIIIIIIIIIIIII
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba perkeso dan engage dgn officer
Sbb mmg officer hantar resume i terus ke hr
Tapi i haritu amik mss
Tak sure if saje2 cari kerja lain tu dpt assign officer tak
Tapi gunala myfuturejobs tu selain linkedin jobstreet |
|
|
|
|
|
|
|
Bila tak dipanggil untuk interview lepas drop resume itu kebarangkalian besar uol tak dapat memenuhi jangkaan company ya. Resume yang sama berulang kali, pencapaian orang lain lebih banyak daripada uol, usaha buat resume pun cetakan online tiru bulat-bulat. So anggaplah bukan rezeki uol, dan ada orang lain yang LEBIH layak dan deserve daripada uol. Ingat company nak perabih duit ratus ke ribu ke spend untuk bukak booth except yang pree daripada gomen. Improve diri, resume, pengalaman lebih penting untuk dipanggil company. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan body language korang berdua camtu dalam podcast, sapa nak hire nyah!
Boleh tak akak judgmental? Boleh? |
|
|
|
|
|
|
| |
|