CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79116|Reply: 1629

SAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu memfitnah

[Copy link]
Post time 26-9-2024 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by friedfishsoup at 1-10-2024 09:04 AM
Kami mahu beri satu peringatan bahawa kami sudah kenal pasti pihak tertentu dan tindakan sepatutnya akan diambil melalui pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Nur Fazura bakal mengambil tindakan terhadap lima individu yang sudah dikenal pasti didakwa memfitnah pelakon itu berhubung kes perceraian dengan suami, Fattah Amin.

Sehubungan itu, peguam syarie yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, pihaknya bakal menghantar surat tuntutan (Letter Of Demand) kepada individu berkenaan dalam masa terdekat ini.

"Pihak pengurusan Fazura terkilan dengan kenyataan dirasakan sudah memfitnah Fazura. Perkara yang diperkatakan itu tidak benar.

"Saman melalui prosiding mahkamah juga akan dibuat terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah sepanjang kes perceraiannya mula diperkatakan sehingga sekarang," katanya selepas prosiding kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi.

Pada 19 September lalu, media melaporkan pengurus aktres itu, Iman Tang menafikan Fazura pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung butiran permohonan cerai terhadap Fattah termasuk berkongsi tarikh prosiding seperti yang tular dalam media sosial.

Tang berkata, syarikat pengurusan termasuk peguam dilantik tidak terbabit dengan apa yang didakwa kenyataan rasmi berhubung permohonan cerai secara baik Fazura terhadap Fattah.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, hari ini menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti berkenaan ke tarikh baharu pada 7 Oktober ini.

Berita Harian



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2024 09:21 AM | Show all posts
Edited by maklukpenggoda at 27-9-2024 03:23 AM




Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
By Lawyer Nor Zabetha
https://www.facebook.com/share/p ... hF/?mibextid=oFDknk

Sikit-sikit nak saman..

Saya rasa ramai kurang jelas tentang isu saman-menyaman fitnah ini.

Beberapa kali saya dirujuk menjawab soalan kena gertak saman fitnah. Bukan hanya isu-isu yang berlaku kebelakangan ini tetapi bab ugut saman ini, selalu terjadi. Boleh jadi kalian pun pernah kena.

7 tahun saya mula aktif menulis di media sosial. Dalam tempoh ini, saya banyak berkongsi pandangan tentang isu semasa dan isu-isu masyarakat sama bila terjadinya sesuatu isu yang masyarakat cakna.

Dalam perkongsian ada ketika saya menyentuh isu, individu dan saya menegaskan pendirian saya yang tidak menyokong atau menyelar. Saya kongsikan tentang hak dan undang-undang dengan masyarakat.

Ada yang suka dan tak suka. Ada yang setuju dan tak setuju. Ada yang puji dan ada yang kecam. Ada ketika saya diperli-perli. Ada ketika saya ditegur, bila ditegur dan saya salah, saya minta maaf. Kita manusia.

Dikecam atau diperli itu adat hendak berkongsi pada umum di media sosial. Pandangan kita berbeza. Bagaimana kita melihat sesuatu perkara juga tidak sama. Pendirian masing-masing.

Tetapi saya tidak suka bazirkan masa untuk berdebat berjela-jela di ruang komen atau di Facebook saya untuk menunjukkan bahawa siapa betul dan siapa salah dengan pengguan media sosial yang menyerang.

Perang siapa betul, siapa salah ini letih. Makan tenaga, masa dan emosi. Bab begini, saya fokuskan di mahkamah bila mewakili anak guam.

Di media sosial, saya jaga 'energy' dan  'emosi'. Saya block pengguna yang bentuk menyerang dan memperlekehkan. Kalau jenis menegur dan memberi pandangan berbeza, saya raikan.

Sepanjang tempoh 7 tahun ini, belum pernah sekali pun saya disaman fitnah atau menjatuhkan reputasi oleh sesiapa kerana penulisan saya atau mana-mana perkongsian saya di TV, Radio atau mana-mana ceramah yang saya dijemput yang menyentuh individu atau isu semasa.

Kenapa? Kerana negara kita ada kebebasan bersuara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bukanlah sikit-sikit pun nak saman.

Bersuaralah selagi mana menjaga segala peruntukan undang-undang, jangan sampai menghasut. Jangan memfitnah. Jangan muatnaik kandungan jelik, sumbang, palsu atau lucah di media sosial.

Kita bebas bersuara tetapi jangan sampai membuat cerita atau mungkin menularkan orang dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasinya.

Kalau tidak boleh bersuara langsung tak mungkin media atau akhbar melaporkan segala jenis berita tentang jenayah yang dilakukan, siapa pelaku, dakwaan di mahkamah sehingga kita tahu bahawa si polan ini melakukan jenayah dan dibawa ke mahkamah.

Kenyataan berita begini adalah justifikasi dan ulasan saksama. Benar berlaku. Ulasan kes yang tidak meletakkan pandangan berat sebelah tetapi hanya melaporkan berita.

Bawah undang-undang fitnah, jika kita disaman dan kita membuat kenyataan atau tulisan atas alasan justifikasi. Perkara yang sebenar dan wujud. Maka, itu adalah pembelaan untuk kita kemukakan di mahkamah tetapi perlu ada bukti. Ulasan saksama juga adalah pembelaan bagi tindakan fitnah.

Ada perkara kita ulas atas dasar kepentingan masyarakat. Kita ambil isu semasa ini dan kita ulas tanpa membuat tuduhan sehingga mengherdik dan menghina dengan niat jahat.

Maka, kenyataan meningkatkan kesedaran untuk kepentingan awam juga adalah pembelaan. Tak perlu risau bila digertak sikit-sikit nak disaman.

Ada jenis manusia, kerana dia ada duit, kedudukan atau kelebihan untuk melantik peguam menyaman itu dan ini. Jadi mereka suka menggunakan undang-undang untuk menunjukkan kuasa dan mengawal orang untuk terus diam.

Saya ada satu kes saman fitnah yang sedang berjalan, mewakili Defendan (orang yang dituntut) yang menulis tentang scam.

Plaintif telah ditahan reman, dituduh di mahkamah kerana kesalahan pengubahan wang haram, pengambilan deposit secara haram dan beberapa kesalahan melibatkan kewangan yang lain.

Jumlah yang dibekukan beratus juta dan kes jenayah terhadapa Plaintif masih dibicarakan di mahkamah. Plaintif kini bebas atas jaminan. Anak guam saya dan beberapa yang lain menulis tentang duit yang mereka laburkan jadi lebur dan makluman tangkapan Plaintif kepada mangsa-mangsa yang lain.

Plaintif menyaman kesemua 9 orang yang menulis tentangnya. 5 orang Defendan takut dan rasa tertekan. Waktu sesi mediasi 5 orang ini setuju membuat permohonan maaf, mereka janji takkan menulis lagi. Mereka akan diam. Objektif Plaintif berjaya.

Ada antara Defendan setuju membayar RM5,000. Sudahlah duit pelaburan lebur, terpaksa bayar pula jumlah ini.

Ada yang hanya setuju permohonan maaf. Sebenarnya yang Plaintif mahu permohonan maaf dan diam, jangan bersuara. Duit itu, tiada masalah baginya.

Berbaki 4 lagi yang masih mempertahankan kes mereka. Melawan bahawa kenyataan mereka bukan fitnah dan benar.

Salah seorang anak guam saya. Kenyataannya benar. Memang duit pelaburannya lesap sehingga ke hari ini. Memang Plaintif ditangkap dan dituduh di mahkamah seperti penulisan anak guam saya. Jadi di mana fitnahnya? Kita lawan.

Sudahlah salah. Mengugut dan menakutkan-nakutkan orang kerana ada kelebihan untuk melantik peguam.

Ada kes, lain yang saya wakili anak guam disaman dan  jelas Plaintif menyaman untuk menggunakan kuasa mahkamah untuk kepentingannya sendiri. Plaintif kalah kes dan mahkamah memberikan kos sangat tinggi yang dibayar oleh Plaintif kepada Defendan.

Mahkamah pun tidak suka ada pihak yang ambil kesempatan untuk menyalahgunakan kuasa dan undang-undang untuk kepentingan sendiri dan mengawal orang.

Jadi jangan takut. Undang-undang tujuannya untuk melindungi dan bukan disalahgunakan.

Oleh Nor Zabetha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 10:26 AM | Show all posts
rasanya yg dia sebut nak saman tu adalah pada 5 individu yg mula2 timbulkan fitnah tu .. mungkin fitnah :

1. berkaitan faz terlibat drugs
2. faz curang
3. faz ada skendel di indonesia
4. faz kaki parti
5. faz ..... ntah tak boleh nak pikir

so pada acik2 forum yg mula2 sebarkan citer tak betul tu dah boleh lah pergi pajak gadai buat apa yg patut ya ...

sbb terang2 lawyer faz cakap fitnah di forum ... forum apa lg yg paling terpaling klu bukan cari forum!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak samakan dgn neelofa plk. neelofa tak nak saman, tu hak dia. Fazura nak saman, tu pun hak dia. U nak fitnah, hak u. Klu u kena saman sbb fitnah u, tu hak org yg difitnah. Sape menang sape kalah, tu hak yg buat decision. Bukan susah pun nak faham.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok iv manager Fazura kat youtube tadi memang dia cakap individu yeah. dia cakap yang kat forum tu ibarat menggeletar kalau sehari tak masuk forum menaip segaa benda yang bukan2. wakakakaaka terasa iols tapi iols bukan cerca artis Iman Tang laa. Pastu dia cakap dia buat igs haritu pasal trofi tu memang pon dia tujukan kat forumer terpaling tahu pasal krisis pazura fatah (padahal tak betol)  kikiki. bukan kah kita semua macam tu dalam ni. maybe ada nick yang terpaling2 paling kot di mata team pazura, yang lain2 tu tak terlampau2 sgt. so tak tahu lah siapa yang dorang maksud kan. dia memang sebut forum Cari haha. tapi hopefully takde lah sesapa dari sini terpilih hendaknyer.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah retis mahu divorce... Netizen gossiping  boleh kena saman...what a loser
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 08:57 AM | Show all posts
zaman loyar carik duit guna socmed nyah....celah mana boleh kaut dia kaut. 24 jam agaknya loyar berjaga ngadap socmed
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki loyar

Wang besar.. wang besar...

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:30 AM | Show all posts
Tak sabar nak tgk muka pemfitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Siap la berangkut pc memasing.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumber dari mana ? Mana dtg ? Pokok mana angin goncang2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu acik bod gossip
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Deme tgk kat bodgos ka apa?
Smlm baru iols jenguk
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 26-9-2024 09:54 AM
Deme tgk kat bodgos ka apa?
Smlm baru iols jenguk

confirm acik forum ke??
bkn byk bergasak sesama forumer je ke dlm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 26-9-2024 10:00 AM
confirm acik forum ke??
bkn byk bergasak sesama forumer je ke dlm tu?

Ntah, ada poremer habaq poremer manatah pi SS pastu hantaq ke peguam mekjura.. apa yg kena SS pun tatau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik porem kebanyakan mencerca je bukan menfitnah.over na penyembah missfake  nak tgk acik porem kena angkut segala bagai.dasar bangang membaca artikel yg serius pun pemalas.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 26-9-2024 10:02 AM
Ntah, ada poremer habaq poremer manatah pi SS pastu hantaq ke peguam mekjura.. apa yg kena SS pun  ...

perghhh...ada kaki report plak
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:01 AM | Show all posts
Yang kaya Loyer.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik @pooh~key kew?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
acík retis yg spill kena kah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 26-9-2024 10:48 AM
perghhh...ada kaki report plak

Lepaih tu baru kluaq citer mekjura nak saman 5 org.. sapa 5 org tu, tatau la
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Adan ukeee..rasainlah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sheols tak main drama kt media, xde siapa nk speku. Ramai je yg senyaaapp aja, tiba2 dh settle aja. Banyak jalan yg boleh dipilih sebenarnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.427495 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list