CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Kedah] Harga ayam naik 30 sen akibat caj perkhidmatan

[Copy link]
Post time 5-4-2022 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Peniaga ayam di negeri ini terpaksa menjual ayam melebihi harga siling yang ditetapkan selepas dikenakan caj perkhidmatan 30 sen bermula 1 Ramadan lalu.

Peniaga ayam Pasar Besar Alor Setar Wan Ahmad Fauzi Wan Ismail, 51, berkata, dia terpaksa menjual ayam pada harga RM9.30 sekilogram berbanding harga siling RM8.90.

"Pemborong mendakwa mereka terpaksa naikan harga kerana caj perkhidmatan pengangkutan. Kami sebagai peniaga hairan kenapa tiba-tiba ada caj perkhidmatan pada Ramadan kali ini.

"Ketika Ramadan tahun lalu, harga ayam stabil tetapi apabila pada fasa peralihan ke endemik harga naik pula. Sebelum ini pemborong juga hantar ayam, tetapi tiada caj perkhidmatan.

"Sekarang ada pula caj, jadi mahu tak mahu saya terpaksa jual pada harga RM9.30 kerana tidak mampu menampung modal," katanya ketika ditemui hari ini.

Bagi peniaga ayam di Pasar Pendang, Mat Saat Nayan, 54, berkata, dia turut menerima alasan yang sama daripada pemborong dan menganggap alasan itu tidak masuk akal.

Katanya, dia kini memperoleh harga ayam daripada pemborong sebanyak RM8.50 sekilogram iaitu kenaikan sebanyak 30 sen.

"Sebagai contoh hari ini, saya beli daripada pemborong 100 kilogram (kg) ayam, selepas dilayur api beratnya akan susut menjadi 96 kg. Saya terpaksa tampung kos gas dan plastik lagi yang turut berlaku kenaikan harga.

"Jadi saya jual kepada pelanggan RM9.50 sekilogram, itu pun untung saya hanya sedikit, gaji pekerja juga saya perlu bayar," katanya yang mula berniaga ayam sejak tahun 80-an.

Mat Saat berharap, kerajaan dapat melakukan siasatan secara telus agar pemborong tidak terus memanipulasi harga setiap kali musim perayaan.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya mengesan kenaikan harga ini sejak kerajaan mengumumkan akan memberi subsidi kepada peladang ayam bagi membantu menampung kenaikan pelbagai kos terutama makanan ayam.

Katanya, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu membuat pemantauan di peringkat pemborong kerana mereka yang mengenakan caj perkhidmatan.

"Selalunya, KPDNHEP akan lakukan siasatan di peringkat ladang tapi sebenarnya siasatan kenaikan harga ayam ini perlu dilakukan di peringkat pemborong atau orang tengah.

"Mereka ini yang mengawal harga dan biarlah siasatan dan pemeriksaan harga ini dilakukan dengan telus," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-caj-perkhidmatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.650947 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list