CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10667|Reply: 71

Gempar! Unsur-Unsur Kafir/Syaitan Laknatullah Dalam Sambutan Hari Raya!

 Close [Copy link]
Post time 8-9-2010 09:05 PM | Show all posts |Read mode
source: http://luf-kin.blogspot.com/2010 ... r-kafirsyaitan.html


Baru-baru ni kita gempar dengan iklan raya kontroversi di TV3 yang mengandungi unsur-unsur Pagan Santa Claus Kristus dan Yahudi illuminati, Mashaallah lihatlah betapa ghairahnya mereka menyesatkan umat Islam di Malaysia dengan cara tersembunyi, tanpa disedari kita telah didoktrinkan dengan unsur-unsur Pagan Syaitan dengan teknik 'Subliminal Message' mereka.

Sebenarnya Freemasonry telah lama bertapak di Tanah Melayu sejak zaman Sir Francis Light Laknatullah yang membuka Pulau Pinang, dan sejak itu unsur-unsur Freemason Nirrajim telah berjaya didoktrinkan sehingga menjadi amalan tanpa disedari oleh orang Melayu Muslim, termasuklah sambutan Hari Raya, Kini saya akan mendedahkan satu-per-satu amalan kafir yang telah menjadi sebahagian dari hidup orang Melayu!

#1: Unsur Freemason/Illuminati Pada Ketupat

Dalam kitab suci Al-Quran dan sunnah nabi tidak ada satu perkataan pun yang memerintahkan umat Islam memakan lemang dan ketupat semasa sambutan Hari Raya.

Jadi bagaimanakah adat memakan ketupat wujud dikalangan Melayu? Ternyata adat memakan lemang dan ketupat semasa raya bukan mengikut syariat Islam dan tanpa disedari kita telah mengikut amalan Freemason semasa menyembah Syaitan.



Seperti yang kita tahu corak 'checked board' adalah unsur penting dalam amalan ritual Freemason, namun tahukah kita unsur ini telah diserapkan dalam makanan tradisi orang melayu iaitu ketupat! Masyaallah apa yang telah kita makan!? Selama ini kita menyuapkan anak-anak kita dengan makanan yang berunsurkan Freemason!

Corak 'checked board' pada ketupat!
Bentuk segitiga juga melambangkan piramid Firaun, dan bentuk segitiga ini juga merupakan simbol Illuminati yang terletak di belakang bil Dollar Amerika! Tahukah anda sebenarnya ketupat palas adalah hasil ciptaan agenda Illuminati?

'All Seeing Eye' dan segitiga piramid Illuminati
Ketupat Palas mempunyai unsur segitiga Illuminati!
Malah jika diletakkan di atas pinggan ianya seolah-olah menyerupai Pyramid Firaun kafir pagan, sungguh tidak disangka selama ini kita menyokong Firaun tanpa disedari kerana bersubahat membuat ketupat palas yang menyerpai pyramid! Masyaallah apa yang telah kita lakukan! Bertaubatlah!

Tiga Piramid Firaun di Giza
Tiga Ketupat Palas yang menyerupai tiga piramid!
#2: Unsur Kristian/Yahudi Pada Lemang

Seperti ketupat, lemang juga tidak dapat lari dari dipengaruhi unsur tersembunyi pihak Yahudi dan Kristian dalam usaha mereka melemahkan iman seluruh umat Islam!

Lemang yang enak tetapi enuh dengan tipu daya!
Jika dilihat susunan lemang yang dibakar, ianya tidak ubah kelihatan seperti piano organ di gereja yang selalu dimainkan semaca upacara keagamaan orang kristian! lihatlah susunan buluh lemang amat menyerupai tiub udara pada piano organ.

Piano Organ di gereja yang menyerupai susunan lemang
Susunan lemang yang telah dipotong juga tidak ubah kelihatan seperti gulungan kitab orang yahudi, sudahlah masyarakat Islam Malaysia menyokong Yahudi dengan membeli McD dan produk-produk Yahudi yang lain, malah tanpa disedari meniru amalan orang yahudi dalam makanan kita.

Lemang siap dipotong kelihatan seperti gulungan kitab yahudi
Gulungan kitab orang Yahudi
#3: Konspirasi Gabungan Lemang & Ketupat

Sesungguhnya Lemang dan ketupat merupakan konspirasi 'The Hidden Hand' puak Illuminati yang merapuhkan iman orang Muslim di Malaysia, mari kita lihat unsur yang tersembunyi pada kedua-duanya.

Bulat, segitiga, dan objek tidak terurus
Bulat merupakan simbol bagi mata pada logo 'All Seing Eye' manakala segitiga pula merupakan elemen geometri yang sering digunakan dalam upacara sihir dan magis. manakala rendang pula mewakili kemenyan yang selalu digunakan semasa upacara khurafat, jika digabungkan maka muncullah simbol Illuminati, nampak kaitannya di sini?



#4: Kad Raya Dan Unsur Syaitan Baphomet

Bulan sabit dan bintang selalu dikaitkan dengan simbol ke-Islam-an, malah hampir setiap Masjid dan surau mempunyai simbol bulan sabit dan bintang pada kubahnya, tetapi dari mana datangnya simbol tersebut? Pada zaman Baginda Rasulullah (S.A.W) lambang bulan dan bintang tidak pernah digunakan, Jadi sejak bila pula lambang bulan dan bintang menjadi simbol agama Islam?

Malah lambang bulan dan bintang sering digunakan sebagai corak hiasan penting pada kad raya, semasa menghantar kad raya kepada rakan-rakan anda tanpa disedari anda menggalakkan mereka menjadi 'Satan Worshipper'! Kembalilah ke pangkal jalan!

Bulan sabit dan bintang pada contoh kad raya
Bulan sabit dan bintang pada ilustrasi Syaitan Baphomet
Walaupun ada banyak yang ingin saya bongkarkan tapi terpaksa saya berhenti di sini sahaja kerana risaukan nyawa saya diancam oleh ejen-ejen illuminati... Ingat, mereka berada dimana-mana, di selipar anda, di Tesco, Jusco, malah seluar dalam anda yang kelihatan seperti segitiga piramid!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2010 09:06 PM | Show all posts
mod tolong jangan tutup thread ni sekali lagi, saya tak nampak pon celah mana thread ni racist
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 09:07 PM | Show all posts
apa jadah neh??? paranoid sngt kekdahnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 09:08 PM | Show all posts
mod, kasik banhammer je..........!





+1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2010 09:10 PM | Show all posts
ala mod, rilek laaa, orang nk bergurau sesama forumer, jangan la tutup thread ni, habis tu kn, mod ngape tak tutup pon thread pasal iklan TV3 yang banyak ulasan paranoid yg ntah apa2 tu, sampai ada samakan pacek uban pakai kopiah putih yg bawak beca mcm Pope, eeeiii teruk nya pemikiran!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 09:12 PM | Show all posts
Wah aku makan lontong pasal jawa....lain sikit dari bentuk2 yang beriku selamat!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2010 09:13 PM | Show all posts
banhammer ajer terus....:@
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 09:17 PM | Show all posts
nampaknya raya tahun ni tak de lemang dan ketupat la kat rumah aku... :@:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2010 09:18 PM | Show all posts
upin ipin nya lawak pun leh kalah ni wa cakap lu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2010 09:19 PM | Show all posts
jap, saya tak paham kenapa ada orang tak boleh terima artikel ni. Cuba read between line, kan secara tak langsung artikel ni menyedarkan orang Malay Muslim jangan jadi paranoid sangat, skit2 konspirasi, skit2 freemason & illuminati....

Saya rasa tu salah, jangan la kita ni menyempitkan pandangan kita. Kalau kita nak maju, tak payah sibuk2 tuduh pihak lain tu ada konspirasi ke apa, buang masa je. Baik kita belajar sungguh2, perbaiki diri, amik contoh2 baik dari diaorang, dan kita apply untuk menaikkan imej org Islam dan negara
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 09:22 PM | Show all posts
Corak checked yer kamu?

Toksah pakai sampin raya..
jgn lupa lucutkan sekali kain pelikat yg pak2 aji duk pakai..

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 09:22 PM | Show all posts
mod kasik banhammer trus yg bukak thread cam nih:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 09:26 PM | Show all posts
jap, saya tak paham kenapa ada orang tak boleh terima artikel ni. Cuba read between line, kan secara ...
tirjibic Post at 8-9-2010 21:19


tak salah berteori konspirasi tu seme..asal tak melampau2


kalo tak kerna konspirasi, or collaborating sesetengah manusia, saidina usman tak syahid laa..saidina ali pun


tadak ler perang jamal , perang siffin..seme tu keje conspirator or collaborators gak..musuh dalam selimut , munafik


apa quran cakap pasal kristian dan yahudi? tak ke quran peringatkan meke dua tidak akan puas hati selagi oang islam tak ikut depa?


mustahil ker yahudi dan kristian CONSPIRED untuk lemahkan or halang kebangkitan umat islam? seme ahli sejarah tau keagungan era orang islam..the golden years dan nama2 hebat, penemuan2 hebat dalam sains dan falsafah


bagaimana untuk depa conspired to avoid the rise of islam ummah? itu lah kene fikir tapi karut lah kalo sampai berlebihan or melampau2 ..kan?


lagi satu kene cek bab BUDAYA gak..macam bangsa melayu, depa zaman dulu didik anak dengan cara menakutk nakutkan dengan cite cite 'ghaib', the hidden hand gitu


maybe budaya cam ni masih kuat dan terikut2 walo zaman telah moden dan banyak perubahan..ni bab educating society ler


but conspiring, conspirators against the force of good by the force of evil tu bukan mustahil punnnnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2010 09:26 PM | Show all posts
jap2, bagi saya, artikel ni mengajar orang Melayu terutamanya jangan paranoid sangat, salah ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 09:27 PM | Show all posts
tercabar ketuanan melayu nampaknye lemang dan ketupat dilekehkan
mod jgn tutup thread ni mmg sungguh lucu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 09:30 PM | Show all posts
takkan lah golongan primason dan iluminahmati guna sesuatu corak atau bentuk bermakna itu hak eksklusif depa... samapai lain tak boleh guna... lainlah corak tuh menyalahi syariat agama...

aparaaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2010 09:33 PM | Show all posts
thread lawak ke hape ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 09:35 PM | Show all posts
hek elehhhh
bukak thread iklan raya tv3, betapa ramainya melayu konon2 urban yang paranoid kat sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2010 09:35 PM | Show all posts
kejap, kpd org yg paranoid, cuba baca link ni:

http://tafsir-sipenulis.blogspot ... an-iklan-promo.html

ni ulasan pasal iklan raya TV3 yang dah ditarik tu. Memang la betul yang awal2 iklan tu masa pacek tu kayuh beskal, kita boleh cakap iklan ni ada unsur2 Christmas..

TAPI CUBA BACA ULASAN2 scene2 kat bawah tu, awak tak nampak ke ulasan tu macam SANGAT MELAMPAU, seolah2 ditulis oleh orang yang sangat paranoid.

so point saya di sini, sedarkah awak yg paranoid ni, kereta christmas terbang ni tak ada tulis pon dalam bible ke apa, sebenarnya secara sejarahnya, kereta terbang ni direka ditokok tambah oleh orang2 puteh sana nun sebagai sebahagian dari usaha derang nak promote kemeriahan kismas, lebih kepada unsur komersial, bukan unsur agama, so xde la iklan ni memesongkan akidah ke apa kalau dilihat oleh orang tak pikiran tak sempit.

lepas tu tgk ulasan2 pasal scene2 iklan TV3 ni, macam mengaruttttt sangat, malu wehh kalau org indon tau yg org msia ni otak sempit, sikit2 konspirasiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 09:38 PM | Show all posts
bendera mesia ada stripes and star gak..adakah mesia juga the great satannnnnnnnn

saya buleh terima kekdah nak 'cure' phobia melayu pasal kristian dan yahudi macam apa tt cuba buat

tapi saya wisau ianya 'back fired'

sebab culmination agama islam dan budaya melayu terlalu kuat..campoq adok sampai tak tau mana satu agama benarkan mana satu ianya budaya yang terutama bleh jatuh syirik

apa tah lagik in society melayu 'biar anak mati tapi jangan adat mati' haaaaaa kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.081482 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list