View: 729|Reply: 4
|
Badan Berkudis, Tak Boleh Gerak- Suami Hidap Sakit Misteri, Dah Jumpa 20 Pengamal Perubatan Dan Bomoh Tapi Tak Sembuh
[Copy link]
|
|
Gua Musang: Luluh hati seorang isteri apabila suami yang menjadi tempatnya untuk bergantung harap kini terlantar tidak berdaya akibat menghidap penyakit misteri tidak diketahui punca sejak enam tahun lalu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nik Azimah Nik Musa, 30, berkata, lapan bulan lalu, keadaan suaminya, Abdul Malik Md. Mahyuddin, 31, semakin teruk apabila badannya dipenuhi kudis dan tidak mampu bergerak langsung.
“Saya sudah banyak kali merujuk penyakit suami ke hospital, namun, mereka gagal mengesan punca penyakit itu. Selain itu, kami juga sudah menggunakan khidmat 20 pengamal perubatan Islam dan bomoh dalam tempoh lapan bulan ini.
“Tetapi, keadaan suami tidak juga sembuh, malah, seluruh anggota badannya sudah dipenuhi kudis selain sudah tidak mampu bergerak bebas,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Tanah Putih di sini.
Foto: Utusan Online
Bagi menyara suami dan seorang anak lelaki berumur tujuh tahun termasuk makan-minum mereka tiga sekeluarga, Nik Azimah menjadi ejen jualan dengan pendapatan antara RM15 hingga RM20 sehari.
Sementara itu, Abdul Malik pula berkata, sebelum ini, dia bekerja sebagai pemandu lori membawa barangan runcit.
“Penyakit ini datang tiba-tiba ketika saya sedang bekerja. Saya diserang rasa sakit di bahagian pinggang hingga kaki. Selepas itu, saya sudah tidak boleh berjalan sebelum bahagian perut dan lengan berkudis.
“Kudis di badan saya ini bukan sekadar berair, tetapi, amat menyakitkan terasa seperti kulit ditoreh dengan pisau,” katanya.
Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan Pengerusi Persatuan Cakna Kasih Gua Musang, Siti Nor Azila Zulkifle yang bertanyakan khabar sambil menyampaikan sumbangan lampin pakai buang kepada Abdul Malik.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank CIMB di atas nama Nik Azimah Nik Musa 7620478790 atau menghubungi wanita itu di talian 0179040181.- CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Lain maciam
Mcm ketumbuhan pun ye
At least x bertambah ank
Moga cpt sembuh dpt Sara ank bini
|
|
|
|
|
|
|
|
try letak tembakau...sama mcm my friend kn bomoh sb nk bg lumpuh..kes putus tunang..naik mcm ni..apa org ckp kudis api..n tiap2 ari wajib bc yasin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni macam human papilloma virus. Semoga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
https://youtu.be/PRR-wHfBavA
Mcm sakit ni ke, complex regional pain syndrome. Mcm same dlm vid ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|